Followers
Wednesday, June 30, 2010
Salam buat Fatihah...
Tuesday, June 29, 2010
Ya Allah permudahkan....
Kisah 1: Kecilnya Dunia ini....
Saturday, June 26, 2010
SEMINAR BAHASA MELAYU DI UPM
Selamat Berjuang.....
Friday, June 25, 2010
Tentang Cinta.
CINTA memang indah. Orang yang pernah mengalaminya sahaja dapat merasakannya. Siapa yang tidak pernah bercinta, berkuranglah kebahagiaan dalam hidupnya di dunia ini. Cinta itu di hati dan kesannya terlalu ajaib. Ia boleh menukarkan seseorang yang sedang bercinta sekelip mata. Jika berpisah dari apa yang dicintainya ia akan menangis dan bersedih. Bila berjauhan terasa rindu. Bila dekat bertambah sayang... Ah, itulah cinta. Kalimatnya pendek tapi cara dan kesannya bak lautan yang tidak bertepi.
Soalnya, cinta yang bagaimana boleh bawa kebahagiaan? Ada cinta yang bawa derita. Ada cinta sementara, cinta abadi, cinta monyet dan cinta buta. Manusia tidak akan dapat lari dari cinta. Ia mesti sedia untuk dicintai dan mencintai. Oleh kerana cinta memang fitrah manusia maka Allah SWT telah mengatur cinta yang bagaimana mesti dimiliki oleh setiap manusia. Telah Allah tetapkan apa yang patut dicintai, bagaimana membelai cinta, ke mana berakhirnya cinta dan siapa yang patut dicintai.
Hati-hatilah meletakkan cinta kerana cinta menuntut pengorbanan. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW pernah bersabda : "Manusia menjadi hamba kepada yang dicintainya." Kata orang, cinta itu buta. Memang cinta itu buta pada kesusahan, penderitaan dan kesakitan, demi mencapai apa yang dicintainya. Cinta kepada Allah, buta pada penderitaan jiwa. Bagi orang Mukmin WAJIB mencintai Allah lebih dari segala-galanya.
Sejauh manakah seseorang dapat mencintai Allah? Hassan Al Basri berkata: "Sejauh mana seseorang kenal Allah, sejauh itulah cintanya kepada Allah." Kenal Allah ertinya merasakan keindahan-NYA, kebesaran-NYA, keampunan-NYA, kegagahan-NYA, kasih sayang-NYA. Apalah ertinya wajah kekasih yang indah, kalau kita telah merasakan keindahan Allah. Itulah hakikat cinta Allah, yang sentiasa menyala dalam hati hamba yang mengenalnya.
Ketika Abu Hurairah hampir menemui ajalnya, mulutnya mengukir senyum, dengan wajahnya berseri-seri. Bila ditanya orang kenapa? Ia menjawab: "Bukankah kematian akan menemukan aku dengan Allah dan Rasulullah yang paling aku cintai?." Inilah anehnya sifat hamba Allah, mati bererti bertemu bukan berpisah. Bertemu dengan yang dicintai selama hidupnya di dunia...
"Ya Allah, kurniakanlah kepada ku dan anak-anaku cinta terhadap-Mu dan cinta terhadap mereka yang mencintai-Mu, dan apa saja yang membawa kami hampir kepada cinta-Mu, dan jadikanlah cinta-Mu itu lebih berharga kepada kami dari air sejuk kepada orang yang dahaga. Amin"
Thursday, June 24, 2010
Soalan Peperiksaan BM Julai 2010
Tuesday, June 22, 2010
21HB SEBELUM 22HB
Monday, June 21, 2010
AEROBIKTHON SMKSI 2010
salam,
Sunday, June 20, 2010
SELAMAT HARI BAPA & SELAMAT HARI LAHIR (IKAH&ABANG)
Friday, June 18, 2010
FADHILAT HARI JUMAAT
Menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah, “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul Aiyam’ iaitu Penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)
Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:
- ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
- Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Kudri bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah Al-kahfi pada hari Jumaat Allah menerangi hidupnya antara dua jumaat”
- Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
- Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Abi Khatadah bermaksud. “sesiapa yang mandi sunat pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih sehingga jumaat akan datang”.
- Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
- Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."
Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."
- Dan banyak lagi yang tidak tersurat di sini...
Semoga kita diberi kekuatan untuk sama-sama merebut fadhilat hari Jumaat ini. insyaAallah
Thursday, June 17, 2010
Ice Cream di Ice Room!...
Cuba teka.. mana tangan along, angah, alang, abang dan ain?!... hehe macam-macam tone.
Ain kalau tak menempel dengan umi dia tak SAH!... Kita orang nak duduk sebelah umipn takde peluang.
Abah terlena menunggu hidangan!... pening.
Semoga kita akan selalu diberi peluang bersama-sama. InsyaAllah