Followers

Friday, January 14, 2011

Ulasan Sajak: DIRGAHAYU BAHASAKU





MAKNA


  1. Rangkap 1: Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan secara rasmi dan dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat yang mengenang budi, patuh dan setia.
  1. Rangkap 2: Bahasa Melayu merupakam maruh bangsa Melayu yang mesti (2)dipertahankan kedudukannya agar terus kukuh dan teguh. Keampuhan bahasa Melayu membolehkan kehidupan menjadi lebih bijaksana dan sejahtera
  1. Rangkap 3: Pejuang bahasa mempunyai semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan bahasa di tanah air tercinta dan mengembangkan pengaruhnya ke seluruh dunia

  1. Rangkap 4: Sejarah telah mencatatkan zaman kemasyhuran bangsa Melayu. Mereka Berjaya menjalinkan hubungan dengan Negara-negara di seluruh kepulauan nusantara. Bahasa Melayu turut dipandang tinggi serta berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perhubungan pada masa ini.
  1. Rangkap 5: Bahasa Melayu yang indah kata-katanya dan kaya dengan pelbagai ilmu, seiring dengan kesopanan bahasa Melayu berupaya untuk terus berkembang maju di arena antarabangsa dan semakin menempa kejayaan pada alaf baru.



Tema

Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.

Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan

Gaya Bahasa
1. Sinkof – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu,    bahasamu, tak
2. Metafora – lautan bijaksana
3. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
- bahasaku mencengkam
4. Inversi – gagah pelautku membelah lautan 
- di arena antarabangsa suaramu tumbuh
5. Anafora – hak bangsaku memilikimu
                    hak bangsaku mendaulatkanmu
6. Pengulangan – ke barat dan ke timur
                           ke utara dan ke selatan

Nilai 
1. Semangat patriotik; contoh, rakyat mencintai dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara kita.
2. Semangat perpaduan; semua kaum di Negara kita menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu
3. Kesyukuran; contoh, rakyat bersyukur kerana bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu yang terkenal dan digunakan secara meluas di seluruh nusantara.
4. Bertanggungjawab; contoh, rakyat bertanggungjawab menjaga dan memastikan bahawa bahasa Melayu tidak dicemari oleh bahasa asing

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.
5. Kita hendaklah bersyukur kerana bahasa Melayu diwarisi sejak turun-temurun.

1 comment: