MAKSUD
- Rangkap 1: Seseorang itu perlu ada sifatsabar dalam dirinya kerana sifat sabar merupakan ciri orang yang beriman. Kesabaran akan menjadikan hati seseorang sukar untuk dipengaruhi oleh iblis sekali gus membolehkannya berjaya dalam hidup.
- Rangkap 2: Kelahiran seseorang utusan istimewa yang merupakan keturunan nabi Adam yang turun dari langit dan akhirnya menjadi pembimbing kepada manusia.
- Rangkap 3: Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai akibat kelalaian masyarakat setempat. Budaya Timur yang menjadi tunjang peradaban masyarakat telah dicemari oleh budaya Barat, manakala bahasa Melayu yang ditutur sejak sekian lama telah diabaikan dan hilang martabatnya yang tinggi.
· Sifat sabar, kelahiran seorang utusan Allah ke Bumi, dan sifat leka yang membawa padah kepada manusia.
PERSOALAN:
· Sifat sabar yang merupakan kunci utama kejayaan seseorang.
· Kelahiran seseorang utusan Allah yang amat istimewa.
· Pencemaran budaya Timur dan Bahasa Melayu oleh pengaruh budaya Barat.
BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN
· Terdiri daripada 3 rangkap
· Mempunyai 8 baris serangkap
· 4 baris pertama adalah pembayang,4 baris berikutnya adalah maksud
· Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris
· Mempunyai 8 hingga 13 suku kata sebaris
· Rima akhir bagi puisi ini abcdabcd (sengkeleng)
· Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
· Pemilihan kata (diksi) yang indah:
Contoh: Turun dari langit ketujuh
· Inversi:
Contoh: Menjadi riuh orang di darat
(sepatutnya: orang didarat menjadi riuh).
· Hiperbola:
Contoh: Bahasa ibunda hina terbiar.
· Asonansi:
Contoh: Berburu musim tengkujuh
(pengulangan bunyi vokal u)
· Aliterasi:
Contoh: Anak ketam disangka lelabi
(pengulangan bunyi konsonan k)
NILAI
· Kesabaran:
Contoh: Bersabar dalam menghadapi sebarang dugaan yang mendatang.
· Kesyukuran:
Contoh: Bersyukur kerana seorang yang amat istimewa telah diutuskan oleh Allah
untuk memimpin umat manusia dimuka bBumi ini.
· Tanggungjawab:
Contoh: Bertanggungjawab terhadap bahasa ibunda, budaya Timur, dan
keharmonian negara.
· Menghargai:
Contoh: Menghargai bahasa ibunda, budaya Timur, dan adat resam yang
diamalkan sejak turun temurun.
PENGAJARAN
· Kita hendaklah bersabar dalam melakukan sebarang perkara atau tugas.
· Kita hendaklah bersyukur kerana memperoleh seorang utusan untuk memimpin kita ke jalan yang mulia.
· Janganlah mudah terpengaruh oleh budaya Barat yang dapat mencemarkan ketulenan budaya Timur yang kita warisi sejak zaman-berzaman.
thnks share...^_^
ReplyDeleteOMG THANKS!<3
ReplyDeletethanks alot
ReplyDeletei really wanna say,,,thank you so much.
ReplyDeletewhoa... da jumpa... thanx
ReplyDeleteakhirnye,,,
ReplyDeletethaxx
Terima Kasih secara tulus ikhlas,semoga berjaya!
ReplyDeletewah..trima kasi ats info yg sgt bguna niii...
ReplyDeletesangat berguna..tp, mohon tambah contoh bg setiap persoalan dan pengajaran..harap dipertimbangkan..syukran..^_^
ReplyDeleteInsyaAllah
DeleteThank you veeery much its very usefull!
ReplyDeleteSama-sama
Deletetrima ksih <>
ReplyDeletebnyak membantu sye mnylsaikan tgasan..
harap bleh disertakan skali dgn latihan..
thnx you very much
ReplyDeletethanks for this ~ really helpful for avoiding me from being scolded by my teacher ~
ReplyDeletetq sgt2.. :>
ReplyDeletekat mane contoh pantun ae...tertinggal buku...hehe.
ReplyDeleteLu memang baek! Terima kasih :)
ReplyDeletethanks share bro..
ReplyDeletethanks for the note.it`s so useful
ReplyDelete