CARA-CARA MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT.
Mahfum daripada sepotong hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “Jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit”. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita meneruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera
Asas kehidupan yang sihat bermula daripada makanan. Oleh itu, untuk menjalani kehidupan yang sihat, pemakanan yang seimbang perlu diamalkan. Pematuhan kepada pyramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan serta kurangkan pengambilan gula lemak dan makanan ringgan.Sebaik-baiknya makan di restoran atau di kedai-kedai makan perlu dielakkan. Hal ini kerana kandungan makanan yang terdapat dalam makanan tersebut tidak pasti asal-usulnya. Berkemungkinan juga makanan tersebut diragui kebersihannya seterusnya hal ini akan meninggal impak yang tidak sihat kepada tubuh badan kita.
Tubuh yang sihat juga mampu dizahirkan melalui aktiviti bersenam dan bersukan. Sebaik-baiknya aktivitia bersukan dan bersenan dilakukan pada setiap petang. Namun jika tuntuan kerja tidak membenarkan kita bersukan pada setiap petang, apalah salahnya bersenam empat kali dalam seminggu. Janganlah kerja yang membukit dijadikan alasan. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa utuh, ”di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Selain itu, ahli keluarga boleh dijadikan nukleus untuk bersama-sama melakukan senaman. Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan termasuk berlari, tai-chi dan aerobik. Namun begitu, menanam pokok bunga juga merupakan senaman yang menyihatkan. Jika berkesempatan senaman boleh dilakukan di taman-taman rekreasi atau di gimnasium. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, melakukan senaman juga boleh menjadi serampang dua mata kerana aktiviti ini dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk melengkapkan grafik kesihatan seharian. ”Meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu”. Oleh itu, doktor boleh dijadikan medium yang penting bagi mendapatkan tahap kesihatan semasa diri. Dalam pada itu, kehadiran kita ke klinik atau hospital membolehkan kita menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Apa tidaknya? Berjuta-juta maklumat terdapat di hospital. Terdapat juga papan tanda yang bermaklumat dan berwarna-warni dihidangkan. Tidak sedikit bayaranpun dikenakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Justeru, kenapakah wujud sikap malas untuk bertemu doktor? Berpeganglah kepada prinsip bukan senang hendak menjadi senang dan bukan susuh hendak menjadi susah, segala-galanya tepuk dada tanyalah selera!
Kesimpulannya, kesihatan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik Menjaga kesihatan samalah seperti menjaga nyawa sendiri hal ini kerana tiada satu barang di dunia ini boleh menandingi nikmat kesihatan pemberian Allah Kita boleh menjadikan mafhum sepotong hadis yang menyatakan bahawa kehidupan bagai sebatang tubuh, jika ada naggotanya yang sakit justeru semua tubuh akan berasa sakit. Hadis ini boleh mengambarkan bahawa kesihatan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Jika tiada kesiharan yang baik, maka tempanglah kehidupan. Berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan kesihatan yang baik.
Ulasan:
Tugasan - karangan menepati kehendak tugan
Bahasa - Gramatis dari segi kata dan ayat, walaupun ada kesalah tidak ketara
Pengolah - Menarik dan berkesan
Markah:
Cemerlang.
27/30
* Mungkin terdapat kesilapan ejaan, hal tersebut, "taiping error". mohon maaf.
* Mungkin terdapat kesilapan ejaan, hal tersebut, "taiping error". mohon maaf.
isi tentang tidur dan rehat yang cukup x de..
ReplyDeleteterima kasih.. memudahkan..
ReplyDeleteisi terlalu sikit
ReplyDeleteni buat sendiri or tgk buku?
ReplyDeleteboleh tak buat karangan psl kebaaikan meyertai laman blog ?
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat menolong,, terima kasih.. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteisi terlalu kurang..
ReplyDeletehahahahahahahaha
ReplyDeleteWah.. Analisis ttg makanan kegemaran n kesan terhadap gaya hidup sihat x de je? Mwehehe
ReplyDeletetak best pon. tak gramatis lagi bombastic . tidur dan rehat yang cukup pon tiada .
ReplyDeletetidur dan rehat yang cukup xde pon... :`(
ReplyDeletetapi ok la
ReplyDeletetq.sedikit sebanyak membantuu:) cuma perlu tambah isi lagi.the rest is ok!
ReplyDeleteHelp me alot !
ReplyDelete