Followers

Sunday, April 11, 2010

MEB UNTUK BANGUNKAN EKONOMI DAN DAYA SAING MALAYSIA


APA ITU MEB?

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) bertujuan menjadikan Malaysia sebagai ekonomi maju dan berdaya saing, dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta perpendapatan tinggi hasil dripada pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

Ekonomi Malaysia akan dipasarkan, ditadbir dengan baik, bersepadu di peringkat serantau, keusahawan dan inovatif, kata Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam Laporan Pertama Model Ekonomi Baru bagi Malaysia, yang dikeluarkan di sini pada hari Selasa.

Ia berkata sektor swasta akan menjadi pemacu utama pertumbuhan dalam persekitaran pasaran yang mengutamakan inovasi dan kreativiti.

Antara lain, MEB akan menyediakan kerangka kerja dan persekitaran yang merangsang semangat keusahawanan untuk merebut peluang-peluang pertumbuhan menggunakan pembiayaan yang tersedia.

Teknologi inovatif dan canggih akan menjana produk dan perkhidmatan yang bernilai tambah yang tinggi, teknikal kreatif dan proses sosial dan institusi.

Semua ini akan memenuhi peluasan pasaran menerusi penyepaduan serantau dalam perdagangan dan perkhidmatan dan membentuk rangkaian pengeluaran merentas sempadan serta rangkaian bekalan.

NEAC berkata Program Transformasi Ekonomi (PTE) bukan suatu perjalanan yang mudah dan keputusan keras mesti dibuat.

Syarat pertama perjalanannya ialah komitmen kerajaan, kedua, persediaan rakyat untuk menghadapi cabaran sukar dan ketiga "anjakan besar" pelaksanaan langkah dasar yang strategik.

PTE berhasat menwujudkan dana transformasi khusus yang akan menyokong firma dan individu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru pasaran dan pada masa yang sama meningkatkan jaringan keselamatan untuk menampung segmen masyarakat yang mudah terjejas serta membangunkan kapasiti untuk menyumbang secara yang baik kepada ekonomi.

Satu pasukan pemantauan padu yang terdiri daripada pakar dan profesional dalam bidang teknikal akan diwujudkan bagi memproses maklumat mengenai keberkesanan langkah-langkah yang diambil serta membuat cadangan untuk penyesuaian.

Pasukan itu juga akan mengurus tentangan pihak yang berkepentingan dan impak luar jangkaan kumpulan yang mudah terjejas, kata laporan itu.

Sementara itu, cadangan NEAC membabitkan lapan Inisiatif Reformasi Strategik (SRI) iaitu:

*SRI 1: Mencergaskan semula sektor swasta untuk memacu pertumbuhan;

*SRI 2: Membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing;

*SRI 3: Mewujudkan ekonomi domestik yang kompetitif;

*SRI 4: Mengukuhkan sektor awam;

*SRI 5: Ketelusan dan tindakan yang mesra pasaran;

*SRI 6: Membangunkan asas pengetahuan dan infrastruktur;

*SRI 7: Meningkatkan sumber pertumbuhan dan ;

*SRI 8: Memastikan pertumbuhan yang mampan.

Menerusi SRI 1, pencergasan sektor swasta akan merangsang lonjakan dalam pelaburan dalam produk dan perkhidmatan bernilai tambah yang tinggi, menjana pertumbuhan dan pendapatan tinggi.

Bagi SRI 2, dasar akan bertumpu terhadap usaha menjana tenaga kerja berbakat dalam memenuhi ekonomi berpengetahuan bernilai tambah tinggi dan pada masa yang sama menangani putar-belit pasaran buruh yang mengekang, seperti penggunaan berlebihan dan sewenang-wenangnya tenaga pekerja asing.

SRI 3, pula membabitkan subsidi, kawalan harga dan pelbagai insentif yang mewujudkan keadaan mengelirukan, akan dimansuhkan. Impak ke atas kumpulan mudah terjejas akan ditampung oleh jaringan keselamatan yang dipertingkatkan.

Menerusi SRI 4, program reformasi sektor awam akan terus ditingkatkan dan keputusan disegerakan secara perundingan dan penyampaian kerajaan.

SRI 5, program tindakan tegas akan mengukuhkan peluang ekonomi adil dan saksama namun bermatlamat mencapai objektif menghapuskan ciri-ciri merentir (rent-seeking) dan putar-belit pasaran yang mengehadkan keberkesananya.

SRI 6, tumpuan utamanya ialah untuk mempromiskan persekitaran untuk melakukan inovasi dengan mengukuhkan penyampaian pendidikan berkualiti tinggi yang mendorong inovasi dan teknologi.

SRI 7, Malaysia akan memanfaatkan kekayaan alam semula jadi dan sektor yang mempunyai kelebihan perbandingan sebagai sumber utama pertumbuhan bernilai tambah dan memaksimumkan kesan limpahan dalam bidang aktiviti baharu.

SRI 8, memulihara sumber semua jadi negara dan melindungi kepentingan generasi akan datang, disokong oleh pembiayaan awam yang mampan menerusi disiplin fiskal yang ketat.

Laporan itu menyebut, SRI akan menginsentifkan sektor ekonomi untuk membuat keputusan yang akan meningkatkan pelaburan dan produktiviti swasta yang akan menyumbang kepada pertumbuhan sebenar keluaran dalam negara kasar pada purata tahunan 6.5 peratus atau lebih tinggi mulai sekarang hingga 2020.

Sementara itu NEAC, akan mendapatkan dan menggabungkan maklum balas dengan semua pemegang kepentingan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang untuk menganalisis dan memperincikan langkah-langkah dasar dan melaksanakan kerangka kerja itu.

-- BERNAMA

2 comments:

  1. .saya tak nafikan kini, saya nampak ramai orang suka menentang.mmg dalam satu keadaan sikap itu perlu.tetapi tolonglah menentang dengan ilmu dan pengetahuan .bukan membuta tuli atau ikut2 sahaja.sikap sebegitu adalah sangat menjelikan.itu hanya merendahkan diri seseorang.bijaklah melangkah.supaya perjuangan itu jelas.

    ReplyDelete
  2. bagusla info.....mohon dibaca & moga dpt dikongsi...

    ReplyDelete