Followers

Friday, April 30, 2010

Hakim Pertandingan Masak Mee Segera!

Salam alaik....

Kalau di Seri Indah selalu jugak la umi jadi hakim pertandingan memasak. Bukan lah kerana umi ni pandai masak... tapi cara kebetulan orang pentadbiran umi je yang selalu free selain cikgu Yati. Kak Yati memangla dia boss bidang masak-memasak di Seri Indah ini. Tapi kali ini yang lainnya pertandingan masak mee segera!... hehe...Rasanya, kalau mee segera anak umi syukri dan Ainpun pandai masak.... itulah. Pening kepala umi. Tambah memeningkan bila nak kena rasa masakan 10 kumpulan pemasak mee segera. Kalau tak dikumpulkan rasanya dekat gak sebungkus umi merasanya.... Adooooooooi.... nak watcamne. kena jugak la rasa.

Tapi pelajar-pelajar ni memang kreatif.... selain rasa, rupa dan kreativiti turut menjadi nilaian... kalau nak ikut rasa semuanya lebih kurang sama je... cuma me kari ke?, me tomyam ke? atau ape2 perasa.... Mereka ni mesti pakar-pakar masak me segera di rumah mereka!...


Lepas je habis menilai, umi terus balik bilik umi.... tak tunggu keputusan pun.... tak tahu kenapa?..



para peserta sedang menunggu masakan mereka dihakimi



Antara hidangan me segera yang hidangkan....

Aik?!....yang ni rasanya tak jumpa pun tadi... cikgu Yati tangkap kat mana pulak ni? huhu gambar-gambar ni semuanya sumbangan cikgu Yati.. hfon umi low battery


Siapakah yang bakal memenagi tempat pertama, kedua dan ketiga?... sori cikgupun tak tunggu result.

No comments:

Post a Comment