Followers

Tuesday, April 20, 2010

Kesan negatif Permainan Video.


Dasawarsa, selari dengan kecanggihan sains dan teknologi masa kini, corak permain golongan kanak-kanak dan remaja juga berubah. Jika dahulu permainan seperti gasing, layang-layang, congkak menjadi pilihan kanak-kanak dan remaja. Tetapi kini semuanya telah berubah. Permainan video komputer merupakan aktiviti yang sangat digemari oleh golongan pelajar tidak kira di bandar mahupun desa. Hal ini telah menjadi duri di dalam daging kepada masyarakat kita. Pelbagai kesan negatif telah merungsingkan banyak pihak.

Golongan pelajar yang terlibat dalam permainan ini akan menghabiskan masa berjam-jam di pusat-pusat permainan komputer . Keasyikan dan keseronokan ketika berada di pusat tersebut menyebabkan mereka lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Masa muda yang sepatutnya diisikan dengan menuntut ilmu sebanyaknya buat bekalan hari muka diabaikan begitu sahaja. Amanah dan harapan ibu bapa yang menggunung tinggi dipersia semata-mata kerana leka dengan bermain video.

Selain itu, para pelajar yang terlibat dalam aktiviti permainan ini perlu menyediakan wang secukupnya bagi setiap jam permainan. Jika beberapa jam diperuntukkan untuk bermain, sudah pasti wang yang diperlukan juga bertambah. Mereka akan menggunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa untuk tujuan yang tidak berfaedah ini. Justeru, permainan ini merudikan wang mereka. Sepatutnya para pelajar menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku rujukan dan sebagainya. Atau disimpan biarpun sedikit kerana sedikit lama-lama menjadi bukit

Pelajar yang ketagih dengan permainan ini sanggup ponteng sekolah atau melepak di pusat-pusat video komputer. Ada pelajar yang sanggup membawa pakaian persalinan untuk memudahkan mereka memasuki pusat permainan video tersebut. Justeru, pengusaha pusat permainan tersebut tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka merupakan pelajar sekolah atau sebaliknya. Ada juga pengusaha pusat video ini yang menyediakan kemudahan menyewa pakaian kepada pelajar sekolah ini. Hal ini tidak sewajarnya berlaku.

Permainan video komputer juga boleh mempengaruhi minda pelajar ke arah unsur-unsur negatif seperti peperangan dan keganasan. Aksi-aksi seperti ni juga akan merosakkan pemikiran mereka serta meracuni fikiran para pelajar. Gejaga ini dikhuatiri meninggalkan kesan dalam pemikiran mereka dan amempengaruhi mereka untuk melakukan aksi tersebut di luar bilik darjah.

Kesimpulannya , sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa permainan komputer hanya membawa kesan buruk kepada golongan pelajar. Ibu bapa dan masyarakat perlu memberi perhatian terhadap isu ini. Kita tidak mahu generasi muda terus alpa dan menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah ini.


14 comments:

  1. Salam. Ha... setuju2 :P sebernanya, permainan video nih, kene la kita nak kawal. ingat lagi zaman budak2, main game berunsurkan ilmu.

    nota tambahan: game addict sekarang merupakan salah satu 'penyakit minda'. Penyakit ini dimanifestasi apabila seseorang itu begitu ketagih dengan sesuatu 'game' dan mempengaruhi kehidupan sehariannya. Ada sehingga sanggup membunuh kerana inignkan sesuatu 'item' dalam game.

    kalau nak main sekadar nak melepaskan tensyen, dipersilakan, tapi pandai2 la memilih game yang membina. :P

    ReplyDelete
  2. Wah....
    memang sesuai sngat lam yang beri komen,sebab ada pengalaman. Beri nasihat jugak untuk kekawan yang 'game addict' itu!...

    Jangan sampai nanti bila dah kahwin pun masih gila video game!

    ReplyDelete
  3. salam.
    minta halal nk amik isi2 krgn utk wt krgn ea.
    thnx.

    ReplyDelete
  4. salam...nk mntk cket isi isi pntng tok wat krngn ye....jgn mrh ye... =)

    ReplyDelete
  5. nak copy ek tuk assgnmnt..

    ReplyDelete
  6. salam
    mintak skit nak buat untuk assignment

    ReplyDelete
  7. Hey Brother!! Thanks for the essay!! xDD

    ReplyDelete
  8. salam cikgu...
    sye nk mintak sikit isi2 untuk buat karangan.. tolong benarkan ye

    ReplyDelete
  9. Salam, saya nak minta izin untuk copy sikit karangan ni .. boleh ye..

    ReplyDelete
  10. salah satu artikel yang saya baca mengenai keburukan bermain video games

    http://www.malaysiandigest.com/frontpage/282-main-tile/532172-video-games-ruined-my-life-good-thing-i-have-two-extra-lives.html

    ReplyDelete
  11. thanks you save my life

    ReplyDelete
  12. aslm. bg saya haramkan terus sb teknologi sedang membunuh kita.smpai tk kenal ibu bapa adik beradik segala disebabkan asyik leka dengan handfon. wang dibelanjakan kearah tak betul. kadang2 brlaku pergaduhan segala hanya kerana bermain video game. kita hidup ni hanya untuk bermain video atau utk teruskan kehidupan. jika tak dibendung masa depan anak2 akan gelap. gejala ponteng dadah dan sebagainya berleluasa. saya syorkan diharamkan terus. tolong pihak berkuasa bendung masalah ini. harapan bangsa terletak ditangan kita.

    ReplyDelete