Followers

Thursday, April 22, 2010

Selamat Kembali Bertugas Pn. Fadzilah Sirat.

gambar terkini

Salam alaik..

Semalam, Pn. Fadzilah Sirat telah kembali mengajar setelah berihat panjang kerana sakit. Kami semua warga SMKSI ingin merakam kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana beliau telah kembali sihat dan dapat mengajar semula, walaupun kesihatannya tidaklah pulih sepenuhnya seperti sebelumnya. Namun, dengan keadaannya yang seperti sekarang kita telah cukup bersyukur jika memandangkan keadaannya semasa sedang tenat diserang H1N1 dahulu.

Jika diingatkan semula kata-kata doktor yang merawatnya dahulu memang sukar untuk dipercayai apabila melihat keadaannya sekarang. Itulah kuasa Tuhan, doktor hanya manusia biasa yang terbatas ilmu dan akal fikiranya. Allah jua yang Maha Mengetahui dan berkuasa menentukan segalanya.. Doa boleh mengubah segalanya.

Tanda kesyukuran kembalinya beliau bertugas, rakan-rakan sekerja, khususnya Unit Peperiksaan telah mengadakan sedikit 'pot luck'.... terima kasih kak Zan, yang menjadi master mindnya!

Ketabahan beliau, suami tercita dan keluarga memang amat kami kagumi. Semoga Pn. Fadzilah akan terus sihat, tabah dan segera pulih seperti sedia kala... Amin.

Wassalam

1 comment:

  1. alhamdulillah.. ex-cikgu akaun saya dah sihat semula...

    ReplyDelete