Followers

Wednesday, April 21, 2010

7 Anggota yang perlu dipelihara (Mata)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
harini saye berminat nak berkongsi intipati kitab HIDAYATUS-SALIKIN fi suluki maslakil-Muttaqin mengenai 7 anggota badan yang perlu dipelihara.tapi, harini citer pasal ''mata'' shj.nanti kite citer pulak pasal yang lain yek..

buku hidayatus salikin



MATA
kegunaan :
  1. dengan mata kita mampu memperoleh hidayah Allah
  2. Supaya kita dapat melihat keindahan ciptaan Allah dan keajaibannya
  3. melalui pemerhatian mata juga kita dapat melihat banyak tanda2 kebesaran dan kewujudan Allah

Walaubagaimanapun, jauhkan mata anda dari 4 perkara:
  1. melihat segala yang haram
  2. Melihat muda belia yang cantik @ handsome dengan syahwat
  3. melihat mukmin lain dengan niat untuk menghina die
  4. melihat keaiban orang lain.
Bila diteliti semula, banyak perkara dalam dunia ini yang Allah beri kesempatan untuk kita lihat namun seringkali kita memilih untuk melihat yang 4 tu.apatah lagi yang no.2.betul tak?..takpe..takpe..tanpa berkata saya dah maklum...(gurau je!).

ketahuilah..setiap anggota itu adalah nikmat dan pertaruhan Allah kepada setiap hambanya yang kelak akan ditanya semula. Angotamu ibarat rakyat, akal pula adalah penasihat kepada hati (raja).

'' setiap dari kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab keatas apa yang kamu pimpin''

Jadinya, kepada kalian yang rasa tak puas hati atau cemburu kerana tidak diberi apa2 jawatan dalam sesebuah oraganisasi ke atau apa2 lah.ha..jangan risau, sebenarnye kite dah ade jawatan yang sedia Allah beri pada kita. iaitu mentadbir diri sendiri. yang mane kite tahu,, sebenrnya itulah yang paling susah tapi InsyaAllah kalau benar kita golongan siddiqun,,,pasti akan menjadi mudah.Takkan nak dapat sesuatu yang baik senang2 je kot.betul tak?.

Kesimpulannya...belilah cermin mata cap ayam...hehehhe..bukan2..bukan.

kesimpulannya, marilah kite bersama2 memelihara mata kita dan kembali menggunakannnya kepada yang sepatutnya.Kita kan ''Perdana Menteri'' anggota kita.InsyaAllah boleh!

Ya Allah, permudahkanlah aku dan dirinya untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuri satiap nikmatMu dan bersangka baik denganMU

Habislah perbincangan kita pada hari ini. 6 anggota lagi tu,kenelah tunggu esok2 pulak. (insyaAllah kalau masih dipanjangkkan umur).

No comments:

Post a Comment