Followers

Tuesday, December 29, 2009

Muhammad al-Fateh penakluk Konstantinopel


MUHAMMAD al-Fateh dilahirkan pada 1432 Masihi di Andrianapolis, berdekatan sempadan Turki-Bulgaria. Beliau menaiki takhta pemerintahan pada usia 19 tahun dan menjadi khalifah ketujuh empayar Uthmaniyah. Beliau memerintah selama 30 tahun sebelum meninggal dunia akibat diracun musuh.

Beliau yang mendapat pendidikan agama daripada Syeikh Syamsudin al-Wali adalah seorang yang sangat pintar, malah berkebolehan dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.


Sewaktu berusia 12 tahun, beliau dilantik bapanya sebagai pemimpin di Pulau Magnesia, sekali gus mendidiknya dalam bidang pemerintahan negara.

Panglima tentera unggul melatih beliau dalam bidang taktikal peperangan, ilmu memanah dan bermain pedang serta menunggang kuda.

Sejak menjadi khalifah empayar Uthmaniyah, beliau membuat kajian terhadap kota Konstantinopel pada setiap malam selama dua tahun.

"Saya mesti mengenal titik kelemahan pihak pemerintah Konstantinopel sebelum menyerang mereka. Di samping itu, saya juga harus mempelajari lokasi yang sesuai untuk pertahanan pasukan tentera saya jika berlaku serang balas daripada pihak musuh."

Beliau juga menilai punca sebenar kegagalan tentera Islam sebelum ini untuk menembusi pertahanan kota terbabit. Pada setiap masa beliau memanggil semua panglima tentera untuk berbincang mengenai strategi terbaik bagi menawan kota itu yang menjadi kebanggaan Byzantium.

"Saya perintahkan supaya pasukan tentera membina peralatan artileri yang dapat membantu dalam serangan menakluk kota Konstantinopel nanti," katanya.

Meriam gangsa besar yang dapat meledakkan 300 kilogram bom sejaruh 1.6 kilometer dibina oleh tentera Islam di samping menara bergerak yang lebih tinggi daripada kubu kota Konstantinopel sehingga mampu memuatkan beratus-ratus tentera.

"Wahai rakyat dan tentera saya, kerja membina kubu Rumeli Hissari ini bukan tanggungjawab kalian saja tetapi tanggungjawab beta juga," katanya yang kemudian membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir untuk membina kubu yang terletak lima kilometer dari kota terbabit.

Pada awal April 1453, seramai 150,000 tentera Islam di bawah pimpinan Muhammad al-Fateh bersiap sedia dengan segala kelengkapan bagi menyerang kubu kota terbabit.

"Laungkan azan dan solat berjemaah," kata beliau kepada tenteranya sebaik mendekati kubu kota Konstantinopel.

Sebelum itu beliau mengarahkan seorang utusan menemui raja Byzantium supaya menyerah diri dan memberikan kota itu kepada orang Islam secara aman dengan jaminan keselamatan ke atas semua pihak.

Tawaran itu ditolak raja terbabit kerana berpendapat kota Konstantinopel lebih kebal daripada serangan tentera Islam. Disebabkan itu, kota Konstantinopel dihujani dengan peluru meriam selama 48 hari sehingga dinding luar kubu terbabit rosak teruk, tinggal lagi dinding tengah yang masih utuh.

Kemudian Muhammad al-Fateh berkata kepada tenteranya: "Tolak menara bergerak kita menuju ke dinding tengah kubu kota Konstantinopel untuk memecahkannya."

Melihat menara gergasi menghampiri dinding tengah membuatkan tentera Byzantium terkejut. Menara itu dapat menembusi dinding tengah kubu terbabit. Pertahanan kubu kota terbabit semakin lemah, menyebabkan raja Byzantium meminta bantuan Pope Rom.

Selepas utusan raja Byzantium menghadapnya, Pope Rom berkata: "Kami menghantar lima armada yang lengkap dengan senjata dan tentera untuk membantu Byzantium yang diserang Muhammad al-Fateh."

Raja Byzantium gembira mendengar khabar itu, namun kegembiraannya cuma sebentar saja dan berganti duka sebaik melihat 80 kapal empayar Uthmaniyah di Selat Bospohurus yang akan menghalang armada bantuan Pope Rom.

Kemudian raja Byzantium memerintahkan tenteranya: "Rentangkan rantai besi di perairan Teluk Golden Horn untuk menghalang kemaraan armada empayar Uthmaniyah ke arah kota kita."

Taktik itu ternyata menjadi, menyebabkan armada empayar Uthmaniyah hilang semangat untuk menentang musuh, sehingga mewujudkan keadaan yang kelam-kabut, malah khabar angin kekalahan tentera Islam makin tersebar.

Dalam pada itu, Muhammad al-Fateh menerima surat sokongan moral daripada seorang alim, Aksemseddin. Selepas membaca surat itu, Muhammad al-Fateh berkata kepada panglimanya: "Perintahkan tentera kita membawa armada yang berlabuh di Dolmabache ke Teluk Golden Horn dengan menggunakan lembu dan tenaga manusia."

Esoknya, tentera Byzantium terkejut melihat 70 kapal diangkut oleh ratusan lembu dibantu ribuan tentera menggunakan tali dan kayu menuruni lereng bukit teluk terbabit. Pada waktu petang semua kapal berada di perairan Teluk Golden Horn.

Kapal empayar Uthmaniyah membedil armada Byzantium dan bantuan Pope Rom, semuanya hangus terbakar. Seterusnya dibedil dinding kota Konstantinopel sebelum dikepung bagi menghalang sebarang bantuan dari pihak luar.

"Panjat tembok kubu dalam dengan tangga tali dan tangan untuk masuk ke pusat kota. Gunakan lastik gergasi untuk merobohkan dindingnya supaya kita boleh masuk ke dalam," kata Muhammad al-Fateh.

Hassan Ulubate bersama 30 tentera Islam berjaya memasuki ke dalam pusat kota terbabit, lalu memacak bendera Islam, tetapi mereka gugur kerana dihujani anak panah tentera Byzantium.

Melihat saat genting itu, Muhammad al-Fateh tampil meniupkan semangat tenteranya dengan menceritakan keberanian tentera Nabi Muhammad dalam perang Uhud. Akhirnya kota Konstantinopel berjaya ditakluki Muhammad al-Fateh.

Beliau menukarkan nama Konstantinopel kepada Islambol yang membawa maksud Islam keseluruhan. Tetapi ketika pemerintahan Kamal Attartuk, Islambol ditukar kepada Istanbul. Gereja besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sophia.




P/s : Buat sahabat-sahabat yang berminat untuk mengetahui mengenali sejarah Sultan Muhd. Alfateh dengan lebih dalam ana galakkan antum untuk membeli buku ini (seperti di dalam gambar).buku ni sangat bagus keluaran PTS.Kalau tak pun pinjam je dekat ana.


TAHNIAH

''TAHNIAH!

Foto yang anda hantar telah diterima untuk memenangi PERADUAN AKU DAN BUKUKU pada minggu ini. Hadiah berupa buku akan dihantar kepada anda selewat-lewatnya sebulan dari tarikh e-mel ini diterima.''

Alhamdulillah.....tak sia- usaha kami.hehehe.gambar tu menang. kepada yang nak lihat.disini saya sertakan url page tu.

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/aku&bukuku/2009/peserta%202009.html


Buku pilihan:
9 Nyawa

Nur Sakinah Bt Muhammad Faizal
Sg. Merab Luar,
Kajang. Selangor

Keterangan Gambar:
Apabila Sang Ratu Kekasih Hati Saifudin Menjadi Realiti!


tapi kesian dekat ain. ''kenapa tu gambar adik tapi nama Along.hisy..''.takpe ye ain.lain kali.

GADIS ITU...


seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...


Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI


Arabian night





salam....hehehe lama along tak update blog ummi.sian ummi.jadi untukAdd Video kali ni along nak cerita tentang aktiviti kami.ARABIAN NIGHT?..husy,,,dahsyatnye bunyi nama tu.sebenarnye takdelah dahsyat sangat.Along ada terbaca dengan satu pertandingan kat Alaf 21.kebetulan pulak pertandingan pasal fotografi.Ya mmg expert benda2 ni.so,,saje2 nak join.langkah pertama,kami telah memilih model kami untuk memperagakan buku2 alaf 21 Along.hihihdan mangsanya tak lain tak bukan ....AIN.malam tu Ya soleh ain sakan.habis hitam mata ain dek penangan celak Makkah Ummi.hihii...jadi nilah sebahagian daripada projek kami.

Macammana?cantik tak?...bak kata ummi..'tengoklah sapa mak nye'

Tuesday, December 22, 2009

Taiping. Wait 4 Us...

Wee are going here..... Wednesday, Thursday and Friday!
23, 24, and 25 Disember 2009

Peta bandar Taping
Pemandangan sekitar taman Tasik Taiping yang kami cari dalam internet. Nak tengok masih kekalkah keindahan tasik yang menjadi kebangaan orang Taiping ini?!.... tunggu dan lihat.











Amira kata, nak ke pulau dan tepian pantai, bimbang di landa Tsunami. nak ke Tanah tinggi bimbang tanah runtuh dan gempa bumi, setelah lama mencari akhirnya kami sekeluarga mengambil keputusan untuk ke Taiping sahaja melihat keindahan Taman Tasik Taiping ciptaan Allah ni!.
Agihan tugas
  • Umi dan Abah - Penasihat dan Dana
  • Amirah - mencari lokasi dan membuat penyelidikan
  • Sakinah - mengkaji sejarah, kesesuaian tempat dan membuat dokumentasi
  • Syafiqah - mencari hotel dan membuat tempahan
  • Ain & Syukri - pemantau memastikan program berjalan dan jadi (sikit-sikit macam kumpulan pendesak)
Semoga perjalanan dan percutian kami diberkati Allah. insyaAllah. Doakan kami juga.

Monday, December 21, 2009

Penawar Resah dan Gundah

Petua Untuk Hati
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

Sibukan diri dengan melakukan sesuatu


Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya


Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya


Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati







- wallahualam -

Wednesday, December 16, 2009

Happy Birthday Along G-ha!


edited by;nuramirahmuhammadfaizal

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH


Sama-samalah kita berazam untuk meningkatkan amalan dan menggandakan usaha, semoga dengan itu, hidup akan lebih bermakna dan sentiasa diberkati Allah. InsyaAllah

Sunday, December 13, 2009

DOA AKHIR TAHUN

DOA AKHIR TAHUN

Doa ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib sebanyak 3 kali. Apabila doa ini dibaca, syaitan akan mengeluh dengan berkata.Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini, dari apa yang Engkau tegah kami daripada melakukannya, mana-mana yang tidak sempat kami bertaubat daripadanya,dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, malah Engkau berlemah-lembut pula di atas kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, bahkan Engkau memberi peluang pula kepada kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunilah kami dan segala perbuatan kami, dari apa yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan kami dengan ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon daripada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerima amalan kami dan Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya.Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

DOA AWAL TAHUN

DOA AWAL TAHUN

Apabila masuk waktu Maghrib, bermulalah tahun baru (1 Muharam). Ketika ini, doa awal tahun pula akan dibaca sebanyak 3 kali. Setelah membacanya, syaitan akan berkata, “Amanlah dirinya, kerana dia dijaga oleh dua malaikat yang menjaganya dari syaitan dan pengikut-pengikutnya”


“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim dan azali dan dengan segala kemurahan Engkau yang melimpah, kami memohon dengan kedatangan tahun baru ini, Engkau peliharalah kami daripada syaitan yang direjam, para pembantu dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan-Mu dalam melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan-Mu, wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Tuesday, December 8, 2009

Tudung Ker????

Monday, December 7, 2009

Sum'ah: Sifat Dibenci Allah



Dalam beribadah selain tidak bersifat riak (menunjuk-nunjuk) dan ujub (kagum dengan diri sendiri) kita juga ditegah bersifat sum’ah. Walaupun jarang orang bercakap mengenainya, reality penyakit jiwa ini talah menimpa ramai ahli ibadat.

Maksud Sum’ah
Perbuatan seseorang yang menceritakan amalan-amalannya agar didengar oleh orang lain lalu mereka memujinya. Contohnya, orang yang menbaca al-Quran lalu memperindahkan suara dan lagunya tatkala mengetahui ada orang lain yang mendengar dan memerhatikannya.

Selain itu Sum’ah juga sikap sengaja menceritakan kepada khalayak tentang amal ibadahnya bahawa dia beramal dengan ikhlas kerana Allah agar orang lain memberikan pujian dan sanjungan yang tinggi kepadanya.

Ancaman Allah kepada orang-orang ini, seperti terkandung dalam hadith Jundub r.a. Beliau berkata, “sesiapa melakukan perbuatan sum’ah, nescaya Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa yang melakukan perbuatan riak, nescaya Allah akan memperlihatkan aibnya” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Pendapat lain, “Sesiapa yang hendakkan pujian manusia dengan ilmu yang dimilikinya, maka Allah s.w.t akan mendedahkan rahsianya kepada sekalian manusia (di akhirat).

Bayangkan saat malunya manusia di hadapan Allah bila mana fail amalan yang rosak didedahkan Allah. Justeru, sama-samalah kita memantau dan memelihara perjalanan hati kita supaya amalan kita makbul sejahtera dan indah gemilang dijulang mengadap Rabbul Alamin, dan berdoalah agar kita tidak termasuk golongan sum'ah yang di maksudkan. Amin, amin ya Rabilalamin.

Rujukan,
ANIS DISEMBER 2009


Ahlan Wassahlan Al Mak Su n Famili!

Alhamdulillah setelah lama bercadang, merancang dan bertangguh, akhirnya sampai juga Mak Su dan keluarganya..... ke mahligai kami di Desa Damai. Bandar Baru Bangi ... Anak-anak yang paling seronok! Dapat bercerita, bermain dan sambil tu melawat tempat-tempat yang sebelum ini tak berpeluang untuk dilawati walaupun sebenarnya dekat dengan rumah je... Hari pertama dan kedua Farhan dan Hafiz nampak tak berapa ceria kerana kawan baiknya Syukri takde di rumah. Syukri umi hantar ke kelas Tahfiz sepanjang cuti ini. Tapi bila umi dah jemput Syukri pada hari sabtu mereka nampak sangat seronok!


Ours Famili!.....

Seminggu sebelum kedatangan mak Su, kami telah merangka tentatif.... Alhamdulillah semua tentatif dapat dilaksanakan walaupun ada sedikit pindaan pada saat-saat akhir kerana nak sesuaikan dengan situasi semasa. Dan cuaca pun begitu indah merestui dan mewarnai sepanjang program ukhuwah kami..



Amira n Along Najihah







BBQ









Umi dan Along Najihah






Maghrib di Masjid Sultan Mizan.

















Sakinah, Umi dan Mak Su.







Enjoynya Swiming !






Hafiz, syukri farhan dan Ain.






KHAMIS (3 Dis 2009)
  • Petang - Ketibaan Mak Su dan famili. Abah jemput di tol Karak
  • Malam - Makan malam di rumah sambil berihat dan bemesra. Mak su keletihan kerana berjalan jauh.

JUMAAT (4 Dis 2009)

  • Pagi - Sarapan, Berihat dan bermesra rumah ( hehehe... umi ada mesyuarat pentadbiran di sekolah)
  • T/ hari - Makan tengah hari di rumah (Mak Su masak!)
  • Petang - menziarahi along di KISAS. (SPM tak habis lagi...huhu kesian along.)
  • Malam - BBQ di rumah. (Lam turut datang bertandang dan berkenalan dengan keluarga Mak Su)

SABTU (5 Dia 2009)

  • Pagi - bersarapan dan bersiap-siap ke KLIA ( pergi dengan ERL dari stesyen ERL transit Putrajaya)
  • T/Hari - Makan t/hari di KFC di KLIA. Solat zuhur di KLIA
  • Petang - Swiming di Komplek Kejiranan Putrajaya
  • Malam - Solat Maghrib di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, dan solat Isyak di Masjid Putra putrajaya. Makan malam di Taman Pertanian Putrajaya.

AHAD (6 DIS 2009)

  • Pagi - Joging di Taman Tasik Cempaka....
  • T/hari - Makan tengah hari di rumah.
  • petang - Mak Su dan famili bersiap-siap nak balik ke Jengka Pahang! Abah temankan sampai Stesyen LRT Sungai besi. (bimbang sesat)

Makan-makan di KLIA

Mak Su dan famili berangkat balik lebih kurang pukul 4.00 petang.... selepas Maghrib Mak Su masej dah nak sampai rumah. Alhamdulillah! terima Kasih Mak Su, Pak Su, Along Najihah, Hafiz dan Farhan kerana sudi bertamu ke rumah kami. TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU ADA KELAPANGAN DATANGANLAH LAGI! Akhir sekali farhan bertanya, Umi bila nak datang rumah Farhan pulak?.... InsyaAllah! Umi selalu datang rumah Farhan, Farhan je yang jarang datang rumah umi!




Berihat selepas joging


Wassalam........Sayonara!....


Thursday, December 3, 2009

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta


www.iluvislam.com
Oleh : ibnulatef


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Tuesday, December 1, 2009

Monday, November 30, 2009

Hari Tasyrik - Antara hari yang diharamkan puasa!!...

"Na, bangun dah pukul 5 pagi", kejut suamiku.
Aku bingkas bangun.... selalunya aku bangun dahulu daripada suami.... tak tahu kenapa hari ini perlu dikejut baru aku terbangun...
"Along Biologi ada tiga paper ari ni", suami mengingatkanku.
"Kita sahur simple je la ye.. dah lewatni", aku mohon persetujuan suamiku.
"Takpe... rotipun cukup".

Aku beredar dari bilikku lantas mengejutkan Amira dan Syafiqah. Merekapun ingin berpuasa hari ini. Aku menyediakan juadah sahur ala kadar sahaja.... nak masak pastinya dah tak sempat kerana waktu imsyak sekarang awal. Hampir 5.20 suami dan anak-anak turun. Kami sahur bersama-sama. Seperti biasa waktu makan suamiku akan buka satu topik untuk dibincangkan. Pagi ini dia memulakan ceritanya dengan mengingatkan kami bahawa hari ini hari terakhir hari tasyrik!

"Betul ke bang?" tanyaku sekali lagi meminta kepastian.
Dia membilang hari semula, "Jumaat, 10 Zulhijjah so betullah hari ini 13 zulhijjah! masih hari Tasyrik," balas suamiku penuh keyakinan.
"Kalau macam tu hari ni hari yang diharamkan puasa!..." Balasku.
"Wah, kita breadfast awal la hari ni!" sambung Amira.
"Takpe nanti Iqah cek dalam buku," celah Iqah pula yang sedang menyuapkan roti ke dalam mulut...
"kalau macamtu baiklah umi solat tahajjud dulu". Aku meninggalkan meja makan lalu mengambil air wuduk.

Pagi itu along menelefon umi. Rutin biasa along kalau ada exam. Terutama paper yang along rasa sangat sukar. Maka restu umi perlu didengarinya dahulu sebagai penguat semangat sebelum melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan. Umi menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah awal pagi tadi. rupanya alongpun sama!....

"So, hari ini along periksa tapi umi dan abah tak boleh puasa.... Takpe nanti dalam solat Dhuha umi , umi akan buat solat hajat juga untuk along macam selalunya, InsyaAllah"

SEMOGA ALONG BOLEH JAWAB DENGAN BAIK DAN ALLAH PERMUDAHKAN SEMUANYA UNTUK ALONG! AMIN

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Kepada semua umat muslim,



Kepada yang sedang menduduki SPM banyak-banyakkan bersabar.....

Monday, November 23, 2009

4 ALL MUSLIM !!!!!

cuma gambar hiasan


Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika bagItau pada 21-12-2012 planet X akan linTas kat bumi ni)Adakah k ita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba k ita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Sunday, November 22, 2009

Tanbighul Ghafilin (Peringatan kepada Orang Yang Lalai)

Salam,
Sebelum ana melangkah ke Pulau Pangkor, cikgu Linda telah membelikan ana sebuah buku yang sangat simple dan nipis sahaja.. Cara kebetulan ana memang sedang mencari-cari buku yang hendak ana bawa ke Pangkor. Dalam perkiraan ana biarlah buku itu nipis dan semestinya menarik serta memberi input kepada ana. Memang ana sedang membaca buku Yakjud dan Makjud , tetapi buku itu tidak sesuai di bawa ke mana-mana kerana agak tebal dan berat!

Walaupun buku ini nipis sahaja, iaitu 70 muka surat tetapi kandungannya sangat padat dan memberi suatu keinsafan kepada diri ana.... Bila dah mula membaca sukar hendak berhenti!.

Akhirul kalam, buku ini sebuah bahan bacaan yang amat sesuai dan berguna untuk semua. Semoga selepas membaca buku ini kita akan segera sedar tentang kelalaian kita dan segera bangkit daripada kelalaian tersebut. InsyaAllah.

Indahnya Pulau Pangkor


Teksi di Pulau Pangkor!
Peserta kursus bersedia hendak pulang


Bos PPD Petaling Perdana.

Pemandangan di Pulau Pangkor pada waktu awal pagi.




Nelayan yang baru pulang dari Laut, melabuhkan bot di pantai

Salam...
Pada 18 hingga 20 November lepas ana buat pertama kalinya telah menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor... Kalau dalam sevenofus ana antara yang agak terkemudian menjejakkan kaki ke pulau ini berbanding suami dan anak-anak. Tak kisahlah, akhirnya dapat juga ana sampai ke pulau ini. Seperti kebanyakan pulau yang ana pernah sampai memang pulau-pulau di Malaysia ini cantik-cantik. Anugerah Allah s.w.t ini masih terpelihara alam semulajadinya.

Mesyuarat kali ini memang padat!... Nak jejakkan kaki ke air lautpun tak sempat. Kami cuma perkesempatan ke bandar dalam sejam (5.30 hingga 6.30) pada hari kedua mesyuarat. So apa lagi "Touch n Go" je la...

Hari ketiga, selepas sarapan pagi kami sempat berjalan-jalan ke pantai sekejap sementara tunggu mesyuarat semula jam 8.00 pagi. Ingatkan boleh shoping masa balik rupa-rupanya pun tak sempat, habis mesyuarat kul 11.30, kul 1.00 mesti ada dalam feri dan kul 1.30 mesti dah ada dalam bas!... Bila ana cerita dengan suami tenang betapa padatnya program kami hingga tak ada peluang nak menghayati keindahan pulau Pangkor, suami kata, "kalau macam tu baik buat mesyuarat kat Shah Alam sahaja, tak payah penat jalan jauh-jauh, kena naik feri lagi!... "

Tak kisahlah yang penting ana dah pernah sampai ke pulau ni walaupun tak sempat ke mana-mana.

Awal pagi sebelum memulakan mesyuarat.