Followers

Thursday, January 6, 2011

Pantun Enam Kerat

PANTUN ENAM KERAT


Maksud

  • Rangkap 1: kekeciwaan yang dialami dalam percintaan tidak diperdulikan lantaran adanya kekuatan diri  dan ketahanan dalaman walaupun kelukaan dan kekeciwaan tersebut sangat memedihkan.

  • Rangkap 2: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, bukan disebabkan salah ibu yang mengandung.
  • Rangkap 3: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah menemui pengganti atau kekasih yang berlaku dalam hidupnya sehingga dirinya sudah tidak  disayangi atau dihiraukan lagi..

Tema

Kekecewaan yang dialami oleh seseorang kerana gagal dalam percintaan.

Persoalan
  1. Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekeciwaan dalam bercinta
  2. Reda atas keteentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
  3. Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup.
  4. Kesetiaan terhadap seseorang terhadap pasangannya.


Bentuk dan Ciri-ciri Pantun.

  1. Terdiri daripada tiga rangkap.
  2. Mempunyai enam baris serangkap
  3. Dua baris pertama adalah pembayang, manakala dua baris berikutnya adalah maksud.
  4. Terdiri daripada empat hingga lima patah sebaris.
  5. Mempunyai sembilan hingga sebelas suku kata sebaris
  6. Rima akhir bagi puisi ini abcabc (sengkelang)

Gaya bahasa dan keindahan bunyi.

  1. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contoh: Hati Luka pura tiada.
  2. Repetisi. Contoh: Sudah takdir, sudah suratan.
  3. Imej alam. Contoh: putik kelapa; kedondong; buluh; ikan cencaru; gelama.
  4. Peribahasa. Contoh: ibarat kaca jatuh ke lantai; ibarat melukut di tepi gantang.
  5. Asonansi. Cth: Kelapa muda jadi kemirau (pengulangan bunyi vokal a)
  6. Aliterasi. Cth: Kail tersangkut di tepi batang (pengulangan bunyi konsonan t)

Nilai

  1. Ketahanan diri. Contohnya, memiliki ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi masalah percintaan.
  2. Percaya pada qadak dan kadar. Contohnya, reda menerima ketentuan tuhan.
  3. Kesetiaan. Contohnya kesetiaan seseorang yang tidak berbelah bahagia kepada pasangannya.
  4. Ketabahan. Contohnya, tetap tabah ketika menghadapi kekeciwaan dalam percintaan.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk melawan segala kekeciwaan.
  2. Kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian atau nasib yang menimpa kita ada hikmah yang telah ditentukan oleh tuhan.
  3. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang berkaitan dengan permasaalahan cinta beralih arah yang berlakua antara pasangan kekasih.
  4. Kita hendaklah setia kepada pasangan kita walau apa-apapun yang terjadi.




21 comments:

  1. salam..Huhuhu..dah lama saya x baca benda-benda macam nie..10 tahun telah saya tinggalkan..Pantun 6 kerat?..x pandai..Salah satu yg palig kekal dari sejak bangku sekolah rendah pada setiap org mesti had yg nie..'pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas'..Hahahaha..Tulis pada surat cinta!!..hihihi

    ReplyDelete
  2. tol uh.... wkakakka...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ilmu, mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua

    ReplyDelete
  4. terima kasih cikgu, mudah-mudahan Allah permudah segala urusan kita...Amin.

    ReplyDelete
  5. Salam....terima kasih cikgu dulu , kini dan selamanya..Mg dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  6. sekilas pandang tuk exam sok :)
    thanks

    ReplyDelete
  7. amat menjimatkan duit sy utk bli bku rujukan di psaran,mmpnyai nota yg pdat dan ringkas....tq to sesiapa yg sdiakn nota nie thanks a lottt....

    ReplyDelete
  8. terima kasih..besok saya ada ujian MIBF,wish me luck..doakan saya coz saye kna fight dgn org untuk mendapatkan high markhs..:)

    ReplyDelete
  9. salam. boleh dapatkan soalan untuk antalogi Dirgahayu Bahasaku????

    ReplyDelete
  10. thaks sngt2...sume ni sngat berguna...hahaha

    ReplyDelete
  11. ringkas tapi padat ...

    ReplyDelete
  12. boleh juga lihat blog komsas di http://makhfi6.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Salam ....terima kasih cikgu ...saya amat seronok cikgu mengajar saya sampai taham cemerlang ..
    terima kasih cikgu zaid....

    ReplyDelete
  14. bagus sangat-sangat ia amat membantu saya

    ReplyDelete
  15. thanx 4 this note

    ReplyDelete
  16. minta izin menggunakan bahan-bahan yang disediakan untuk pelajar saya

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum...izinkan saya copy segala nota dalam blog tuan..

    ReplyDelete
  18. terima kasih kerana membantu saya semoga tuhan membantu kamu bye..............ha.ha.ha.....

    ReplyDelete