Followers

Thursday, January 13, 2011

Isu Interlok: Berdialog dengan kementerian


Oleh ZULKIFLI JALIL, HASHNAN ABDULLAH dan NAZMIL NASIRUDDIN


Pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 12 Jan. - Kabinet hari ini meminta masyarakat India memilih beberapa orang wakil mereka untuk berdialog dengan Kementerian Pelajaran bagi membincangkan kandungan novelInterlok yang dikatakan mempunyai elemen rasis seperti didakwa pihak tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setakat ini Kabinet belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.





"Kita minta supaya pihak kaum India memilih beberapa orang untuk berdialog dengan Kementerian Pelajaran supaya kita dapat menentukan cara mana kita boleh tenangkan keadaan ini.


"(Setakat ini) belum ada apa-apa keputusan, kita bincang dulu," kata beliau selepas meraikan skuad bola sepak negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 di Seri Perdana di sini.


Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.




[Sumber : Utusan Malaysia 13/1/2011] - sebahagian berita telah diedit.

No comments:

Post a Comment