Followers

Tuesday, March 30, 2010

Solat pada Awal Waktu

Salam alaik.
Renungan bersama..... .....Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Ana rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi system metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Hal ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan system penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d elta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .



Wallahualam.

Monday, March 29, 2010

KESAN BENCANA ALAM- karangan contoh

Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan bencana alam.

Sudah lebih dari 5 tahun kita digembar-gemburkan dengan urutan kes bencana alam. Cukup merangkumi semua jenis bencana seperti pemanasan global, gempar bumi, ribut taufan, banjir, dan yang paling mengejutkan dunia sehingga kini iaitu tsunami. Pelbagai konklusi telah dibuat oleh pakar meteorologi dan geologi seluruh dunia mengenai persoalan wujudnya bencana alam tersebut. Justeru, ramai daripada mereka berpandapat bahawa bencana alam yang menghantui kita pada abad kini berpunca daripada kelalaian manusia terdahulu menjaga amanah tuhan; bumi ini. Berikutan dengan bencana alam yang sering menimpa kaum manusia seluruh dunia kini, terdapat banyak kesan yang dapat kita peroleh.

Salah satu bencana alam yang boleh dikatakan paling popular sekarang ialah kes pamanasan global. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia diundang untuk menyertai seminar pemanasan global peringkat antarabangsa, bukan untuk berbual kosong bahkan bersama-sama membincangkan permasalahan tersebut dan cuba merungkai idea untuk menyelesaikannya. Secara umum, kita mengetahui bahawa pemanasan global ini berpunca daripada kesan rumah hijau. Bentuk muka bumi dunia yang kian ketandusan hutan tidak dapat menyerap kesemua gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh peralatan bermotor menyebabkan cuaca duniamakin meningkat. Hal ini membawa kita kepada permasalahan lain iaitu pencairan bongkah ais di kutub utara dan selatan, lalu menyebabkan paras air laut meningkat. Lantas, bencana lain seperti banjir pula berlaku. Akibat daripada banjir, ramai penduduk dunia kehilangan tempat tinggal. Mungkin suatu hari nanti jika tiada tindakan diambil dalam masa terdekat, banyak negeri-negeri seluruh dunia akan lenyap ditenggelami air laut.

Kejadian tanah runtuh di Malaysia daripada dahulu sehingga tidak pernah selesai. Manakan tidak, pada zaman globalisasi kini manusia lebih mementingkan poket sendiri daripada nyawa ribuan manusia lain. Dek sifat mementingkan diri sendiri menjurus segelintir manusia ini menoreh lantas menggondolkan bukit-bukau dan gunung-ganang yang sepatutnya menjadi pasak bumi. Pokok-pokok serta tunbuhan hijau yang tumbuh meliar di lereng-lereng bukit bukan sekadar hiasan semata-mata, bahkan tumbuhan tersebut menggalas tanggungjawab mencengkam tanah dan mengelakkan berlakunya hakisan justeru mengelakkan tanah runtuh. Sudahlah kejadian tanah runtuh itu meragut nyawa, memusnahkan kediaman, mewujudkan masalah lalu lintas, tanah runtuh juga menyebabkan haiwan kehilangan habitat semulajadi mereka. Inikah yang kita mahu untuk generasi akan datang? Melihat dan mengenali haiwan, hanya terdapat di muzium sahaja.
walaupun telah pelbagai jenis bencana alam yang kita alami kini akibat kelalaian manusia terdahulu, namun ada perkara yang patut kita banggakan yang telah dilakukan oleh manusia pada zaman sekarang. Mungkin benar peribahasa ‘sudah terhantuk baru terngadah’ mampu membawa keinsafan dalam diri seseorang insan. Lihatlah disekeliling kita pada hari ini, kerana telah insaf akan kerosakkan yang dilakukan dahulu, para saintis telah melahirkan idea baharu untuk menyelamatkan dunia seperti penggunaan air dan elektrik untuk menggantikan penggunaan minyak petrol sebagai peneraju alatan bermotor. Selain itu, kebanyakkan pendingin hawa telah digantikan dengan bahan mesra alam iaitu bebas CFC. Perubahan-perubahan tersebut mungkin kelihatan terlalu kecil untuk dibenggakan namun tanpa kita sedari perkara seperti inilah yang bakal merubah keadaan dunia menjadi lebih baik.

Oleh hal yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa masalah bancana alam ini berlaku akibat kelalaian dan kecuaian kita sendiri. Oleh itu, sikap saling menuding jari tidak harus ada, malah kita seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelasaikan masalah ini. Selain itu, perkara utama yang amat penting dalam sesuatu permasalahan adalah perlu wujud kesedaran. Dalam kes ini iaitu bencana alam, kesedaranlah yang menjadi punca manusia berhenti daripada melakukan kerosakkan dan daripada sinilah tercetusnya idea pembikinan peralatan-peralatan baharu yang menggunakan bahan mesra alam. Walaupun kita sudah terhantuk baru terngadah untuk berubah menjadi yang lebih baik namun kita tidak harus berhenti setakat ini sahaja kerana kita pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali.


Oleh,
NUR AMALINA BT AHMAD AFFANDI
5 LT/TK- 2010
SEK. MEN. KEB. SERI INDAH

Menanti di Barzakh..di PNM smksi 2010



Salam alaik,
Kali ini cekgu nak menarik perhatian kepada persembahan para pelajar yang telah membuat persembahan sempana pelancaran Program Penerapan Nilai-nilai Murni SMKSI 2010 pada 29 Mac 2010 di Dataran Seri Indah semasa perhimpunan rasmi mingguan....

Persembahan yang singkat ini telah dapat menarik seluruh perhatian para pelajar SMKSI baik yang bukan Islam apatah lagi yang Islam.... Persembahan yang yang dimulakan dengan jeritan Sakaratul Maut!!..... telah menyebabkan penonton tergaman dan dan terdiam seketika. Satu gimik yang sangat baik.

Persembahan ini bertambaha menarik dan para pelajar agak terpegun apabila sekujur mayat yang dibalut dengan kain kapan di usung ke atas pentas, cikgu kira persembahan yang sangat menarik dan berjaya menarik perhatian semua pelajar selepas mendengar ucapan perasmian pengetua yang tak pernah sekejap. Walaupun bahang panas mentari semakin terik tetapi tidak memberi kesan kepada pelajar SMKSI yang memang telah biasa dengan kepanasan. Tahniah semua pelajar SMKSI. Cikgu kagum dengan kalian. Walaupun suara solo pelajar yang membawa lagu menanti di barzakh tidaklah sehebat penyanyi asalnya api tetap berjaya mencuri tupuan semua warga SMKSI.


sekujur mayat di usung ke pentas... siapala tuh?..




Para pelajar yang terlibat membuat persembahan.


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat dan kepada ustazah Aisah tang melatih dan menguruskan pelajar...

Saturday, March 27, 2010

HAC smksi 2010





Salam alaik,
Hari Anugrah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG 2010 disambut meriah hari ini. Ramai gak ibu bapa dan exstudent yang datang. Program dua dalam satu ini memang telah dirancang rapi... huhu khususnya dengan boss baru ni.... Tak mahu nak cakap panjang-panjang, nanti tersasul-sasul pulak... Yang pastinya cikgu memang bekerja keras. Mesyuarat hingga nak masuk Asar. Cikgu Zamalina yang menyelaras upacara pentas sampai demam-deman namun tetap datang juga walaupun dengan mata yang bengkak... Tahniah Zamalina n team!... begitu juga dengan cikgu-cikgu lain juga.

Cuma, senario biasala..... cikgu bertungkus lumus, berhempas pulas, bermati-matian memerah otak dan kederat tapi jumlah parents yang datang mendukacitakan. Selesai je ambil hadiah merekapun balik. Nak buat macam mana, walaupun cikgu memerah otak memikirkan cara mana nak tarik parents datang dan stay sampai habis mesyuarat Agung PIBG... Akhirnya adala.. sekerat dua, nak lantik AJK baru pun sukar!... Takpelah yang penting AJK yang ada tu komited!

Senario yang sempat dirakamkan oleh Sakinah...
Ucapan perasmian oleh Pengarah Belia Negeri
Paluan kompang oleh pelajar2 Smksi menyambut perasmi dan tetamu
Tahniah Amira... dapat juga untuk subjek Lukisan Kejuruteraan!
Tahniah Azril, Anugerah Tokoh Pelajar 2009... 10A

































Persembahan warna warni oleh para pelajar SMK Seri Indah.

Wassalam. jumpa lagi di lain isian


Wednesday, March 24, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ALONG!..

Assalamualaikum wrm.wbt.

Selamat Hari Lahir Along daripada umi, abah, angah. alang, abang dan adik

Tiada kata-kata yang dapat kami ungkapkan di sini, semuanya telah tersurat dan tersirat dala kad ucapan...

Doa kami semoga along sentiasa berjaya di dunia dan akhirat dan sentiasa menjadi contoh dan teladan kepada semua. Sentiasa istiqamah dan iltizam dalam semua perkara. InsyaAllah.

Wassalam

SURAT UNTUK ALLAH


Ya Allah ya Rahman Ya Rahim…

Dari depan Mihrab-Mu nan suci dan agung, izinkan aku menulis surat ini sebagai rasa kerinduan tanpa batas aku pada-Mu, sebagai ganti pertemuan terakhir kita disaat aku berziarah kepada-Mu dalam istana yang Maha Indah, Istana yang seluruh makhluk dimuka bumi mencarinya, tapi hanya segelintir orang-orang pilihan yang Kau izinkan singgah disana, terima kasih yang tak terhingga atas karunia ini, Engkau izinkan diri hina dina ini tuk menatap wajah agung-Mu, dalam Istana-Mu, dalam Surga-Mu. Setiap kali kita berjumpa, Engkau selalu meyakinkan aku dengan firmanMu: “datanglah pada-Ku, kaki kiri hapus dosa dan kaki kanan bikin pahala”. Tuhanku… bukan aku tidak mau dosaku dihapus, tapi aku malu, amat malu, setiap kali Engkau hapus dosa, setelah aku meninggalkan istana-Mu, kembali aku melakukan dosa yang sama. Bukan pula aku tidak ingin derajatku naik di dunia dan akhirat, sungguh tidaklah pantas aku menerimanya, aku hanyalah debu kecil di telapak-Mu, hanyalah setetes air didalam samudera-Mu yang Maha Luas, Engkau izinkan aku menatap wajah-Mu saja sudah merupakan karunia yang tidak bisa ku balas walau dengan nyawa sekalipun.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…

Saat Engkau berikan aku cobaan, teramat berat dan menyakitkan, pernah aku ingin lari dari takdir-Mu, meninggalkan semua rencana-rencana yang telah Engkau firmankan kepadaku, pernah aku setengah kesal dengan-Mu, ampuni aku wahai pemilik kasih, ampuni kejujuran ini dan tanpa ku sampaikan melalui surat inipun Engkau Maha Mengetahui. Setelah semua badai kehidupan berlalu, barulah aku tersadar bahwa seburuk apapun kemalangan menimpa masih jauh lebih indah jika masih beserta-Mu.

Ya Allah Yang Maharahman dan Maharahim, yang senatiasa membentangkan tangan-Nya pada waktu malam agar bertaubat orang yang melakukan kesalahan di siang hari, dan membentangkan tangan-Nya di siang hari agar bertaubat orang yang melakukan kesalahan dimalam hari, terus dan terus hingga matahari terbit dari barat. Ampuni aku yang belum bisa mencintai-Mu, sebagaimana Engkau yang senantiasa menghadirkan cinta dan pengampunan. Yang tak mampu menghadirkan tangis kerinduan, sebagaimana tangisan dan kerinduan Muhammad di Jabal Nur. Yang tak mampu melamunkan-Mu, sebagaimana kekhusukan Imam Ali yang mengalahkan datangnya maut.

Ya Allah Yang Maharahman dan Maharahim,

izinkan aku untuk terus bisa berkunjung ke istana-Mu,

izinkan aku untuk bisa mengenal para kekasih-Mu agar aku bisa ikut mencintai mereka karena Engkau pernah berfirman: “mencintai yang Aku cinta maka Aku cinta”.

Izinkan aku untuk bisa bergaul dengan sahabat-sahabat-Mu agar aku bisa terus merasakan getaran cinta-Mu lewat mereka.

Ya Allah Yang Maharahman dan Maharahim,

Ajarkan aku cara mencintai-Mu

Ajarkan aku untuk menyayangi-Mu

Ajarkan aku mengasihi-Mu,

Aku ingin wahai junjunganku Engkau merasakan setiap getaran yang ku kirim disaat malam pekat, dengan linangan air mata dan rasa bersalah nan teramat dalam.

Ya Allah Yang Maharahman dan maharahim. Ampuni aku yang untuk pertama kalinya menulis surat untuk-Mu, terlalu sibuk akan dunia yang tiada berguna ini, ampuni aku kalau surat ini tidak ada perasaan cinta dan hambar saat Kau cicipi, mungkin juga cintaku masih gombal kepada-Mu

Ya Allah Yang Maha Rahman dan Maharahim. Aku bermohon pada-Mu, jika saatnya tiba, izinkan aku membaca surat-surat-Mu lagi, izinkan aku menulis sepucuk surat terakhir kalinya untuk-Mu. Mungkin surat cinta, bisa jadi surat kerinduan, dan tak mustahil lamunan-lamunan kegilaanku pada-Mu. Sungguh, jika saatnya tiba, ijinkan aku mencium-Mu sekali saja.

Sembah Sujudku pada-Mu

Sufimuda

MENANG LAGI KE?

cuab tengok..hehhehe


JUARA KATEGORI KREATIF

SAIMA BT SAINUDDIN
Peti Surat 767,
90734 Sandakan Sabah.

4 FINALIS

1. Norasyikin Zainal Abidin
Pusat Pengurusan Penyelidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur

2. Nur Sakinah Bt Muhammad Faizal
9, Jalan Damai 4,
Desa Damai, Sg. Merab Luar,
43000 Kajang. Selangor


3. Aisyah Khamarudin
Mtpn Selangor, Tingkat 15,
Wisma Sunwaymas,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Sek 9,
40100 Shah Alam Selangor

4. Johari Othman)
Balai Polis Sungai Petani,
Jalan Ibrahim,
08000 Sungai Petani, Kedah

B. HADIAH UNTUK FINALIS

HADIAH untuk pemenang bagi setiap kategori akan menerima set TRIONOVEL terkini besertanovel bonus.

Pemenang SETIAP KATEGORI akan memenangi:
Satu set TRIONOVEL TERKINI + NOVEL BONUS.
Lain-lain finalis akan memperoleh sebuah novel BONUS terkini daripada kami.


10 PELAJAR TERBAIK SPM 2009

walaupun benda ni dah lama.tapi disebabkan ada nama yang penulis kenal jadi apa salahnya kita letak dekan sini kan.

Angka Giliran

Nama

Sekolah

1

SK210A016

GLADYS TAN YEE KIM

SMK GREEN ROAD, KUCHING, SARAWAK

2

BK017A042

GRACE KIEW SZE-ERN

SMK (P) SRI AMAN, PETALING JAYA, SELANGOR

3

NA261A006

KHADIJAH BINTI AHMAD JAIS

SM AGAMA PERSEKUTUAN, LABU, N SEMBILAN

4

RA001A002

AKMAL HIDAYAT BIN SABRI

SMK DERMA, KANGAR, PERLIS

5

NA221A026

SYAMILAH BINTI MAHALI

KOLEJ TUNKU KURSHIAH, SEREMBAN, N SEMBILAN

6

BG037A018

LEE WEI LING, AMELIA

SMK TAMAN MELAWATI, SELANGOR

7

DA036A056

NUR SYUHADAH BINTI MUHAMAD

SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, KOTA BHARU, KELANTAN

8

MA121A012

LAI YIN KWIN

SMK TINGGI MELAKA, MELAKA

9

BG037A010

CORINNE GUNN HUEY MIN

SMK TAMAN MELAWATI, SELANGOR

10

AG016A005

HU MAY KHEI

SMK CONVENT, TAIPING, PERAK



Tuesday, March 23, 2010

Imam Syafie

Salam alaik,
Dapat menghabiskan buku Iman Syafie satu kepuasan. Sebagai pengikut mazhab Iman Syafie memang seharusnya kita mengetahu secara lebih mendalam kehudupan Ia imam yang sangat hebat ini..


Nama sebenarnya ialah Muhammad bin idris bin uthman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Melihat daripada susur galur keluarga tersebut tahulah kita beliau daripada keturunan Rasulullah. Beliau mendapat nama Syafie kerana wajah beliau mirip wajah moyangnya yang sangat alim. Dan menurut salah seorang saudara tertua keluarga Imam Syafie, wajah moyangnya yang bernama Syafie itu ada mirip Rasulullah, dan semenjak daripada itu beliau dipanggil dengan nama Syafie.

Beliau dilahirkan di Palastine pada malam kematian Imam Abu Hanifah di dalam penjara di Baghdad semasa pemerintahan Khalifah al-Mansur kerajaan Abbasiyah. Setelah ayahnya meninggal dunia ketika itu beliau baru berumur 2 tahun beliau telah dibawa kembali ke Mekah atas wasiah ayahandanya... Ibunya Ummu Habibah al- Uzdiyyah telah menjaga Imam Syafie sebaiknya kerana sedari kecil Allah telah menunjukkkan kepintaran yang luar biasa, khususnya setelah Imam Syafie bermimpi bertemu Rasulullah. Namun oleh kerana kemiskinan ibunya tidak mempu menghantarnya ke sekolah. Beliau hanya belajar daripada ibunya. namun atas keinginannya yang begitu kuat dan sangat mencintai ilmu akhirnya beliau telah Allah permudahkan baginya untuk menuntut ilmu.

Beliau telah berguru dengan banyak guru. Termasuk Murid-murid Imam Hanifah, Imam Malik bin Anas dan banyak lagi. Beliau tidak boleh mendengar ada guru yang mahir dalam apa bidang beliau pasti akan mencarinya. Hal ini menyebabkan beliau telah mengembara ke banyak tempat termasuk Madinah, Iraq, Yaman, Parsi dan Mesir.

Pelbagai bidang telah dikuasainya termasuk ilmu hadith, seorang penyair, ilmu kedoktoran, ilmu peperangan, ilmu Firasat dan sebagainya.

Beliau meninggal dunia pada usia yang dikira masih muda iaitu 54 tahun, berbanding Imam Malik 87 tahun. Beliau dimakamkan di mesir, walaupun ada cubaan untuk memindahkan makannya ke Baghdad tetapi gagal.

Terlalu banyak pesana yang disampaikan antaranya,


  1. Tuntutla ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

  2. Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

  3. Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan

untuk mengetahui lebih lanjut kisah dan pesanan Imam Syafie baca sendiri buku ini.


Wassalam




Monday, March 22, 2010

2012..menyingkap kedangkalan seorang insan

kepada yang berminak utk baca klik di sini

IKAH KENE BALIK ASRAMA..

Semalam umi ngan abah hantar ikah balik gopeng semula.so, macam biaseler tinggallah along,ya ngan the one and only bujang ( abang ) je kat rumah.sebab ain pun ikut sekali.ikah balik dengan suke hatinya sebab umi bagi handphone baru kat die.(hisy...ni kalau cikgu die bace ni susah pulak).eleh....hp murah je.sebab nak ganti handphone lame ikah yang dah mula bikin hal.teringat masa sekolah dulu (macam lame sangat je tinggal sekolah).kitorang selalu cakap kalau nak bawak hp jangan ckp direct nak bwk hp tapi cakap nak bawak kakulator ke,jam loceng ke.sebab mmg betul pun tak menipu.(kan salah satu kegunaan hp jugak)takpun cakap nak bwk kamera.kadang2 pelik jugak..kenape boleh bwk kamera tapi bukan hp.takut gejala sosial kot.biaselah remaja mmg tak boleh nak bukak pintu sikit kat dia.mesti die masuk.aik..ni dah cerita lain ni.ok lah tu je.




mase kat rumah amama.


Terima kasih Umi dan Abah

hari tu umi ngan abah bawak along ngan ya pergi kedai komp kat jalan reko.umi kata nak cari laptop along.aik..nak buat ape???.umi kata nanti along nak banyak pakai .huhuu terharunya.sampai je kat kedai tu terus jurujual ( ceh ..skemanyer) tu tunjuk satu kertas fotostat.bederetlah macam2 jenis laptop ada.explaination dia pun boleh tahan macam2,,tapi along bukannyer tau pun.takpe2..umi ngan abah paham ape die kate.Ya kata kawan dia ada suggest beberapa jenama tapi ya tak ingat..(lain kali tak ingat tak yah cakap!)..last2 umi pilih satu laptop jenama ACER.comel lah jugak.warna biru (HIDUP KHALID).
jadi disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada umi dan abah untuk hadiah ini.semoga 'benda' ini membawa sentiasa membawa kebaikan kepada saya.
sebenarnye takut jugak dapat bende mahal2 ni.yelah along mana reti jaga barang mahal.sebabtu jam tangan tak penah dapat selain keluaran mydin (hehehe...pernah dapat yang bagus sket tapi along pecahkan takpun along hilangkan).lagi pun along tak suka ada benda2 mahal ni.(yeke?)
kepada umi dan abah doakanlah along reti nak jaga dan gunakan device ini dengan baik dan selamat.
lebih kurang macamnilah bentuknya

Al-Fatihah

takziah kepada keluarga Yanie mentor..

Saturday, March 20, 2010

Womens

Sesekali dapat menaiki kenderaan awam memang banyak perkara hendak diceritakan dan dikongsikan dengan pembaca.... Semasa dalam perjalanan ke PWTC untuk ke pesta buku ana tertarik dengan sesuatu yang tertulis pada baju seorang pemuda. Dalam pemerhatian ana pemuda tersebut nampak baik orangnya dan kemas jugakla pakaiannya. Tulisan tersebut berbunyi seperti berikut. (macam poem)

Womens,
Womens r like internet virus,
1st enter ur life
Scan ur pocket money,
Edit ur mind,
Download her problem
Delete ur smile
and hang ur life

Susunan kata-kata tersebut benar-benar menarik perhatian ana. Itulah unitnya dan nilaian Wanita pada sesetengah lelaki. Mungkin boleh kita renungkan bersama-sama.

Wasslam, jumpa lagi dilain isian



Friday, March 19, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010

Salam alAik,

Dalam kesempatan waktu yang ada, sempat juga ana membawa anak-anak perkunjung ke pesta Buku Antarabangsa 2010. Walaupun hari itu hari Jumaat dan hari pertama pesta tapi bilangan pengunjung amatlah ramai.


Hal ini memang telah ana duga namun, bagi memenuhi kehendak ekah yang akan tamat percutiannya pada hujung minggu ini maka ana gagahkan juga kederat mengharungan lautan manusia tersebut. Berbanding anak-anak yang lain, Ekah memang belum pernah berkesempatan berkunjung ke Pesta buku yang diadakan setiap tahun ini..


Pergi dengan menggunakan "public transport" memang memeritkan. Lebih-lebih lagi komuter! pergi balik macam tin sardin... Tapi apa boleh buat itulah yang paling mudah.

Antara buku yang dapat dibeli dalam pameran tersebut,


  1. Dahsyatnya Doa Ibu, Samsuddin Noor (PTS)

  2. Dahsyatnya Qiamullail, Mahmuddin Abdullah (PTS)

  3. Solat Dhuha, Muhammad Mokhtar (PTS)

  4. Aisyah Ummul Mukminin, Sulaiman Al-Nadawi (PTS)

  5. KHALID memburu syahid, Abdul Latip Talib,(PTS)

  6. SALAHUDDIN AYUBI, Abdul Latip Talib, (PTS)

  7. Ini Suatu cerita, Faizal Dzasrik (PTS)

  8. Denyut Kasih Medik, Dr. Farhan Hadi (Telaga Biru)

  9. Shootz. Jil 1 & 2, (Komik-M.com)

  10. Dear YAYAH, (Komik-M.com)

  11. Nostalgia Ana Solehah, (Ana Muslim)

  12. Komik2 daripada GEMPAK STARZ Collection (rasanya ada tujuh buah)

  13. majalah-majalah.
  14. Koleksi Kertas Peperiksaan SEBENAR SPM 2010 EDITION [Additional Mathematics, Chemistry, Physics]

Buku-bukunya memang menarik dan terkini, rasa nak beli semua.


Akhirul kalam, kata anak-anak memang seronok tengok buku... cuma yang tak bestnya dah nak buka sekolah dan bagi Amira buka sekolah nanti terus EXAM!...




Ish Ain, adalah yang tak kena tu!.... walaupun sebelum pergi dah buat perjanjian



memang penat..... itupun tak abis round!


Ikahlah yang paling seronok sebab hasrat tercapai!.... boleh cete kat orang Gopeng, dapat pergi pesta buku



huhu..... ramainya manusia.... macam....



Mentor Umi.... bersama-sama A. Samad Said. Sasterawan Negara!



Syukri dan Ain dalam Trainpun baca komik


Semoga dapat berkunjung lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah.