Followers

Tuesday, March 23, 2010

Imam Syafie

Salam alaik,
Dapat menghabiskan buku Iman Syafie satu kepuasan. Sebagai pengikut mazhab Iman Syafie memang seharusnya kita mengetahu secara lebih mendalam kehudupan Ia imam yang sangat hebat ini..


Nama sebenarnya ialah Muhammad bin idris bin uthman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Melihat daripada susur galur keluarga tersebut tahulah kita beliau daripada keturunan Rasulullah. Beliau mendapat nama Syafie kerana wajah beliau mirip wajah moyangnya yang sangat alim. Dan menurut salah seorang saudara tertua keluarga Imam Syafie, wajah moyangnya yang bernama Syafie itu ada mirip Rasulullah, dan semenjak daripada itu beliau dipanggil dengan nama Syafie.

Beliau dilahirkan di Palastine pada malam kematian Imam Abu Hanifah di dalam penjara di Baghdad semasa pemerintahan Khalifah al-Mansur kerajaan Abbasiyah. Setelah ayahnya meninggal dunia ketika itu beliau baru berumur 2 tahun beliau telah dibawa kembali ke Mekah atas wasiah ayahandanya... Ibunya Ummu Habibah al- Uzdiyyah telah menjaga Imam Syafie sebaiknya kerana sedari kecil Allah telah menunjukkkan kepintaran yang luar biasa, khususnya setelah Imam Syafie bermimpi bertemu Rasulullah. Namun oleh kerana kemiskinan ibunya tidak mempu menghantarnya ke sekolah. Beliau hanya belajar daripada ibunya. namun atas keinginannya yang begitu kuat dan sangat mencintai ilmu akhirnya beliau telah Allah permudahkan baginya untuk menuntut ilmu.

Beliau telah berguru dengan banyak guru. Termasuk Murid-murid Imam Hanifah, Imam Malik bin Anas dan banyak lagi. Beliau tidak boleh mendengar ada guru yang mahir dalam apa bidang beliau pasti akan mencarinya. Hal ini menyebabkan beliau telah mengembara ke banyak tempat termasuk Madinah, Iraq, Yaman, Parsi dan Mesir.

Pelbagai bidang telah dikuasainya termasuk ilmu hadith, seorang penyair, ilmu kedoktoran, ilmu peperangan, ilmu Firasat dan sebagainya.

Beliau meninggal dunia pada usia yang dikira masih muda iaitu 54 tahun, berbanding Imam Malik 87 tahun. Beliau dimakamkan di mesir, walaupun ada cubaan untuk memindahkan makannya ke Baghdad tetapi gagal.

Terlalu banyak pesana yang disampaikan antaranya,


  1. Tuntutla ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

  2. Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

  3. Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan

untuk mengetahui lebih lanjut kisah dan pesanan Imam Syafie baca sendiri buku ini.


Wassalam




No comments:

Post a Comment