Followers

Thursday, March 11, 2010

Meriahnya Sukan Tahunan SMKSI 2010.

Salam alaik,
Alhamdulillah akhirnya upacara kemuncak sukan tahunan berakhir juga dengan penuh gilang-gemilang pada 10 Mac 2010 di Stadium UNITEN.... Semangat kesukanan yang tinggi telah ditunujukkan oleh semua guru dan para pelajar. Semangat 1 Malaysia jelas terpancar. Mereka sama-sama bermati-matian ingin mengutip mata untuk rumah sekalipun kedudukan rumah mereka berada paling bawah. Cikgu amat kagum dengan semangat juang semua warga SMKSI baik yang mengambil bahagian , mahupun penyokong-penyokong. Setelah lebih 3 bulan kita berjuang menaikkan nama rumah masing-masing, akhirnya rasa puas terpancar pada wajah semua ahli rumah, kerana jika kalah sekalipun, setelah berjuang berhabis-habisan! TAHNIAH semua guru dan pelajar SMKSI.
Senario semasa sukan yang sempat dirakamkan...


pasukan unit uniform juga turut menceriakan perbarisan dengan kawat kaki yang mantap


Acara perbarisan yang penuh warna-warni dan menarik... hingga sukar hakim hendak menentukan pasukan yang terbaik
bacaan ikrar oleh Luqman al-Hakin (ketua rumah biru)
para pelajar yang memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
kumpulan gimrama yang JOHAN membuat pertunjukkan.
acara guru... semua menang, sebab semua dapat hadiah
rumah ZUHAL
Gelombang Biru, semangat juang, nombor satu telah pasti dijulang! Tahniah... semoga tahun hadapan terus mempertahankan kejuaraan.

turut memeriahkan majlis exKISAS dan student UNITEN
Kalau ada semur di ladang,
Boleh kita menunpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun hadapan berjumpa lagi.
Wassalam....

No comments:

Post a Comment