Followers

Friday, March 12, 2010

SMKSI: Sambutan Maulidur Rasul

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah dan kerjasama ustaz, ustazah dan guru-guru SMKSI berjaya juga akhirnya kami menganjurkan Majlis Maulidur Rasul yang memang tak dinafikan rintangannya. Kawan rapat ana berkata, "Ina nak buat kerja baik ni memang banyak rintangan... dan kena banyak bersabar"... Dalam saat-saat getir begini memang kepada Allah sahaja tempat kita mengadu... InsyaAllah, Allah akan sentiasa mendengar pengaduan kita dan alhamdulillah, Allah membantu, tiada perkara buruk yang berlaku. Kita lakukan semuanya untuk faedah para pelajar dan kerana Allah.

Pertandingan melukis kain sepanduk... pelajar begitu tekun. Diadakan tiga hari sebelum program

Sanggup bersabar mendengar ceramah walaupun terpaksa dibakar mentari pagi

Kumpulan yang menjadi johan pertandingan Sepanduk; macam anakanda Amira dan Sara je?...

Perarakan maulidur rasul; guru-guru dan pelajar mengelilingi padang sekolah sambil bersalawat

Para pelajar lelaki berbaris mengambil makanan, selepas penat berarak

Pelajar sesi petang sedang mendengar ceramah

Tokoh Maulidur rasul sesi petang; Tahniah kekalkan kecemerlangan kamu!

Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah iaitu ustaz Ismail Hashim (sesi pagi) dan Ustaz Abd. Razak (sesi petang) menjadi iktibar kepada kita. Sama-samalah kita menjadikan akhlak Rasulullah sebagai ikutan dan panduan. Yang penting juga semoga majlis seperti ini akan dapat meningkatkan kecintaan kita kepada kekasih Allah itu.

No comments:

Post a Comment