Makna
a) Rangkap 1: Betara menitahkan Laksamana ke Patani untuk mendapatkan cogan Raja Senggora.
b) Rangkap 2 : Hukum an terhadap yang bersalah itu kekal, walaupun ada permohonan maaf.
c) Rangkap 3 : Laksamana tidak berani menunjukkan kebimbangannya setelah menerima arahan daripada Betara kerana arahan itu berkaitan dengan tanggungjawabnya memelihara keamanan negeri. Sekiranya arahan itu diingkari, akan menimbulkan keadaan huhu-hara di dalam negeri pula.
d) Rangkap 4 : Ibu saudara Laksamana, iaitu Bonda Duli Mahkota Indera sedang sakit tenat. Oleh itu, Laksamana berasa serba salah untuk meninggalkan ibu saudaranya itu.
e) Rangkap 5 : Bencana yang bakal menimpa itu akan menyebabkan kemudaratan kepada negeri. Oleh itu, Betara bertitah agar orang yang bersalah itu dijatuhi hukuman bunuh
f) Rangkap 6 : Setelah mendengar arahan Betara yang juga disebut sebagai Sang Nata, Laksamana telah membulatkan hatinya untuk melaksanakan arahan tersebut sambil menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T..
g) Rangkap 7 : Laksamana mahu menjunjung daulat raja. Dia sanggup menghadapi sebarang kesusahan demi memastikan keselamatan negerinya.
h) Rangkap 8 : Laksamana berjalan dengan perasaan hampa. Dalam masa yang sama, dia tidak melupakan ibu saudaranya yang sedang sakit itu. Laksamana juga yakin bahawa dia tidak akan berjumpa dengan ibu saudaranya itu lagi kerana beliau sakit tenat.
i) Rangkap 9 : Laksamana mengutamakan kepentingan negeri lebih daripada kepentingan diri. Hal ini demikian kerana yang sakit itu cuma seorang, sedangkan ancaman musuh akan memusnahkan seluruh negeri.
j) Rangkap 10 : Titah Betara untuk mendapatkan cogan Raja Senggora dilaksanakan tanpa bertangguh-tangguh lagi.
Tema
Semangat patriotik seorang tokoh sejarah, iaitu Laksamana.
Persoalan
- Ketaatan kepada pemerintahan dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
- Kepentingan negara adalah lebih utama daripada kepentingan diri dan keluarga.
- Tanggungjawab dan sifat amanah pegawai kerajaan amat penting untuk memastikan negara berada dalam keadaan baik dan selamat.
- Sikap pasrah dan berserah kepada Allah menjadi penguat dalam melaksanakan tugas.
- Kesanggupan berkorban jiwa dan raga untuk kemakmuran negara.
- Pemilihan kata (diksi) yang indah.
- Laksamana tiada berani dura
- Bahasa klasik
- Dura , pegari , bermara
- bahasa istana
- dititahkan , bonda , daulat
- Inversi
- Berjalan ia berhati hampa (sepatutnya : ia berjalan berhati hampa)
- Asonansi
- kerana negeri hendak dipelihara (pengulangan bunyi vokal e)
- Aliterasi
- Riak demikian menjadi balak (pengulangan bunyi konsonan k)
Nilai
- Taat akan perintah pemerintah. Contohnya, Laksamana taat akan perintah Betara untuk pergi ke pantai memerangi musuh.
- Rela berkorban. Contohnya, Laksamana sanggup meninggalkan ibu saudaranya yang sedang sakit tenat demi menjaga keamanan negara
- Amanah dalam menjalankan tugas. Contohnya, Laksamana amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan.
- Taat akan agama. Contohnya, Laksamana menyerahkan nasibnya kepada Allah S.W.T
Pengajaran
- Setiap pegawai kerajaan mestilah taat akan perintah pemerintah untuk memastikan kelancaran ke kelicinan pemerintahan sesebuah negara.
- Setiap rakyat haruslah berani menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan negara.
- Kita hendaklah mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan diri dan keluarga
- Kita hendaklah sanggup berkorban jiwa dan raga demi keaulatan negara.
- Janganlah melengah-lengahkan urusan negara.
nak copy blh untuk presentation dalam kelas..blh?
ReplyDeleteThanks for sharing,it help me a lot=]
ReplyDelete