Followers

Friday, October 23, 2009

Peranan Ibu Bapa Mengatasi Masalah Sosial Remaja



Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penemuan seorang bayi yang baru lahir dalam bilik air di sebuah sekolah menengah di Gurun. Apa yang lebih menyedihkan ialah masalah ini melibatkan golongan remaja yang diharapkan bakal mencorak kegemilangan negara kelak. Pelbagai strategi telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membendung masalah ini. Namun, masalah ini masih gagal diatasi. Dalam hal ini, ibu bapa selaku golongan yang paling hamper dengan remaja perlu memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah remaja pada masa ini.



Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kasih sayang yang mencukupi akan dapat menghalang anak-anak untuk mencari keseronokan di luar. Namun, sering kali kita lihat, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak kepada pembantu rumah lantaran sibuk dengan kerjaya, seperti kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Tidak dapat dinafikan pada zaman ini, ibu bapa perlu bekerja keras demi menjamin kehidupan yang stabil. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlulah bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Contohnya, ibu bapa membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu. Melalui kasih sayang yang secukupnya, anak-anak tidak akan terasa tersisih sehingga menyebabkan mereka terdorong untuk mencari keseronokan di luar dan terjebak dengan budaya yang tidak sihat seperti melepak, merempit, dan mengunjungi pusat-pusat hiburan.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah sentiasa menjaga kerukunan rumah tangga. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun 2007, 90 peratus daripada pelajar yang bermasalah mempunyai latar belakang keluarga yang juga bermasalah. Ibu bapa seharusnya berusaha untuk mewujudkan suasana `Rumahku Syurgaku’ supaya anak-anak berasa seronok dan tidak tertekan berada di samping keluarga. Bait lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ada menyatakan ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Masalah dalam keluarga memang tidak dapat dielakkan, namun ibu bapa perlu bijak menyelesaikannya, tanpa perlu sama mengheret anak-anak. Anak-anak yang berasa tertekan dengan keadaan keluarga, mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mereka melepaskan tekanan tersebut di luar rumah. Contohnya, mereka akan membuli rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi, ibu bapa perlulah terlebih dahulu memelihara keharmonian rumah tangga.

Di samping itu, ibu bapa perlu prihatin terhadap kehidupan sosial anak-anak. Sepertimana yang kita ketahui, rakan merupakan golongan kedua terhampir dengan remaja selepas ibu bapa. Pepatah arab ada menyebut, sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya kita turut berbau harum dan sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi, kita juga akan turut terkena percikan apinya. Ibu bapa seharusnya mengetahui dan memastikan anak-anak mempunyai rangkaian rakan-rakan yang positif dan berminat untuk belajar. Sifat lepas tangan sesetengah ibu bapa yang tidak menghiraukan keadaan anak-anak, mereka akan mendedahkan remaja tersebut untuk berkawan dengan mereka yang bersifat negatif dan terdorong untuk terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merokok, mencuri, dan penyalahgunaan dadah. Sesungguhnya, keprihatinan ibu bapa sangat penting dalam memastikan remaja tidak terlibat dengan masalah sosial dan jenyah.

Ibu bapa juga perlu menunjukkan teladan yang baik dan menerapkan budaya-budaya sihat kepada anak-anaknya. Kebiasaannya, anak-anak akan terdorong untuk mencontohi perlakuan ibu bapa mereka. Seperti kata pepatah Melayu, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah terlebih dahulu membudayakan sifat-sifat positif seperti menghormati orang tua, bersifat penyayang dan berdisiplin dengan harapan anak-anak akan berasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa mereka dan seterusnya terdorong untuk mencontohi sifat-sifat tersebut. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya menyiapkan anak-anak dengan sifat-sifat terpuji sejak kecil lagi sebelum mendedahkan mereka kepada masyarakat kini yang semakin buas seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif. Namun, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas-kelas tambahan akademik berbanding program-program kerohanian, dengan alasan unsur-unsur kerohanian tidak memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan diri seseorang. Pandangan ini sudah semestinya salah dan harus diubah. Sesungguhnya, tamadun Rom yang pernah gah suatu ketika dulu mampu membina tamadun dan melakar sejarah yang agung kerana rakyatnya mementingkan kestabilan antara unsur rohani, mental, dan fizikal. Sesungguhnya, didikan agama penting dalam mengawal perlakuan remaja supaya mereka tidak terjebak dengan budaya negatif.

Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah remaja pada masa ini. Ibu bapa haruslah menyedari bahawa anak-anak ibarat pohon kecil yang perlu sentiasa dibaja dengan kasih sayang dan digemburkan dengan semangat dan harapan agar mereka dapat tumbuh menjadi remaja yang mampu menggalas aspirasi negara pada masa hadapan.



Markah: 76/100

Karangan hasil karya;
NUR SAKINAH BINTI MUHAMMAD FAIZAL
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG

57 comments:

  1. sesiapa yang ambil karangan sebagai rujukan mohon tinggalkan kesan/comment

    ReplyDelete
    Replies
    1. omg!!
      i use this beautiful essay ang get 37 / 40!!!
      thx so much !!!

      Delete
    2. Assalamualaikum.. Kak Fikaisa, saya nak guna karangan ini. Namun, saya hanya memerlukan rangka. Macam mana ye?

      Delete
  2. thanks it very helpful essay keep up guys Malaysia boleh..i will use this essay for my final years exam..2010 spm bahasa melayu karangan.if the topic will written on my bahasa melayu exam essay

    ReplyDelete
  3. sangat membantu. terima kasih. =)

    ReplyDelete
  4. Karangan yang baik....penuh dgn kata-kata gramatis...peace.:)

    ReplyDelete
  5. karangan yang baik dan banyak membantu pelajar spm, mohon papar lebih banyak karangan yang berkaitan dengan isu-isu semasa. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. sangat memebantu karangan ini..terima kasih untuk kongsi sebagai rujukan :)

    ReplyDelete
  7. isi lgkap,,,,gud!,,,>_<

    ReplyDelete
  8. menarik contoh-contoh yg diberikan...
    peribahasa yg cukup sesuai untuk menggambarkan situasi sebenar...

    ReplyDelete
  9. inilah karangan yang saya cari........ade banyak isi dan ayat yg gramatis

    ReplyDelete
  10. isi yg lengkap. bagus untuk rujukan. terima kasih. :)

    ReplyDelete
  11. sy suke sngt dgn blog ni..selain memberi ilmu,blog ini jga menarik dan ada lgu dpt menghiburkn dri spaya x bsan..

    ReplyDelete
  12. saya mengambil karangan ini sebagai rujukan. Karangan ini sangat mantap ! :)

    ReplyDelete
  13. salam..krgan ni mmg mantap dh,tp trlalu bnyk peribahasa n krg bahasa berdarjat tggi..nway,point dia sya bole ambil utk spm 2011 ni...tq..(soalan spot spm)

    ReplyDelete
  14. karangan yang cukup mantap... bole d jadikan rujukan buat semua termasuklah diri saya.... terima kasih...

    ReplyDelete
  15. tima kasi yahh??sngt membantu pelajar2x pd msa nie??bole d jdkan rujukn??

    ReplyDelete
  16. karangan yg bgus dn ianya sgt mmbntu sy dlm mbuat prsiapn untk spm 2011..tanz

    ReplyDelete
  17. betul2 sesiapa yang baca karngan nim boleh membntu seseowank itu..

    ReplyDelete
  18. karangan yg sgt bagus...saya sukaa...sangat membantu sebagai rujukan :) terima kasih banyak2

    ReplyDelete
  19. thank u very much for helping me to complete my karangan. terima kasih banyak banyak

    ReplyDelete
  20. seronook dpat salin free...ngeheheh..tenx yawpp..

    ReplyDelete
  21. Sangat membantu, terima kasih!!

    ReplyDelete
  22. syukran .. mohon ambil sbgai rujukan yaa ?

    ReplyDelete
  23. saya ambil ya kak , terima kasih :D

    ReplyDelete
  24. sya ambil ya ! nk buat rjukan untuk krngan BM STPM , tengs :)

    ReplyDelete
  25. hi assalamulaikum, penuh dengan isi menarik sangat.

    ReplyDelete
  26. Thanks for publish this easy . Sangat membantu :)

    ReplyDelete
  27. terima kasih banyak2. ia sangat membantu saya dalam peperiksaan akhir tahun yang akan datang :)

    ReplyDelete
  28. Karangan ini sgt membantu. Banyak ayat ayat gramatis, terima kasih :-)

    ReplyDelete
  29. sy ambik untuk rujukan esok .. =)

    ReplyDelete
  30. waa .. good essay la ~~

    ReplyDelete
  31. saya guna untuk rujukan , terima kasih .

    ReplyDelete
  32. waa... memang best, bolehlah saya ambil isinya
    terima kasih...

    ReplyDelete
  33. Terima kasih... :) Tak ambil penuh.. Sbgai rujukn...

    ReplyDelete
  34. Terima kasih... sangat membantu dan memberi inspirasi. Semoga kamu diberkati. Syukran

    ReplyDelete
  35. 76/100 ? o.O kenapa tidak di beri 85 dan lebih ?

    ReplyDelete
  36. sangat membantu utk persiapan SPM 2013. terima kasih

    ReplyDelete
  37. thanx utk karangan ni....

    ReplyDelete
  38. karangan yg bagus :-)








    ReplyDelete
  39. karangan ini sangat lengkap dan memuaskan sebagai rujukan untuk semua org.. saya hrp sesiapa yg mmbaca karangan ini akan mndapat lebih banyk pengetahuan.:-)

    ReplyDelete
  40. Thanks for this essays . I will use for my next exam

    ReplyDelete
  41. saya takut.... btw terima kasih :D

    ReplyDelete
  42. suka sangat krg ini !!!
    mmg best !!!

    ReplyDelete
  43. Thank you. Sharing is caring. May God bless.

    ReplyDelete
  44. Minta izin utk djadikan rujukan :-)

    ReplyDelete
  45. terima kasih...karangan ini telah saya gunakan sebagai panduan untuk menjawab soalan karangan yang dikemukakan oleh guru saya...

    ReplyDelete
  46. terima kasih...karangan ini telah saya gunakan sebagai panduan untuk menjawab soalan karangan yang dikemukakan oleh guru saya...

    ReplyDelete