Followers

Showing posts with label Karangan Contoh. Show all posts
Showing posts with label Karangan Contoh. Show all posts

Monday, March 11, 2013

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR

Dasawarsa, pihak kerajaan sering menyeru orang ramai terutama golongan pelajar untuk mengamalkan uswah membaca demi kemaslahatan mereka. Isu-isu ini sering berkumandang di corong-corong radio dan terpampang pada rubik-rubik akhbar. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat rencaman manfaat yang akan diperoleh jika semua rakyat menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan tabiat membaca kerana membaca jambatan ilmu. Malangnya budaya membaca masih tipis dalam kalangan pelajar kerana sifat hindonisme mereka. Sebenarnya terdapat banyak langkah untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar.

Pincang keluarga, pincanglah masyarakat. Salah satu usaha yang proaktif untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar ialah peranan efektif ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ibu bapa memainkan peranan yang sangat signifikan kerana anak ibarat sehelai kain putih, dan ibu bapa yang akan mencorakkannya. Ibu bapa sayogia memberi perhatian kepada anak mereka dan bukannya sibuk bekerja semata-mata. Seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya", ibu bapa harus memberi galakan kepada anak mereka untuk mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh istiqamah dan konsisten.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Muhamed pernah menegaskan bahawa sekolah merupakan kilang yang menghasilkan produk model insan yang cemerlang. Namun begitu, kebanyakan sekolah pada alaf ini hanya mementingkan kecemerlangan akademik pelajar sehingga mengabaikan  penerapan minat membaca dalam sanubari pelajar. Pihak sekolah sepatutnya mengadakan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM ) dengan membawa cendekiawan ke perpustakaan untuk menelaah buku cerita, buku rujukan, majalah dan seumpamanya seminggu sekali. Dengan ini, pastinya minat membaca dapat disemai ke dalam sanubari pelajar  dengan jayanya.

Genggam bara api biarlah sampai jadi arang. Penjualan buku dengan harga yang berpatutan merupakan langkah yang bijak untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Sikap peniaga pada harini  boleh dikatakan terlalu meterialistik kerana mereka menjual barangan dalam harga yang mahal terutamanya buku sehingga menyebabkan pelajar kurang berminat untuk membaca buku. Kemelut ini perlu dibendung secepat mungkin kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Oleh itu, amalan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing harus disisihkan oleh setiap peniaga untuk masa depan pelajar yang bergelar tulang belakang kepada sesebuah negara.

Rentetan itu, penganjuran kempen membaca juga boleh , meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Pihak berwajib seharusnya mengadakan kempen membaca untuk menyedarkan betapa pentingnya amalan membaca. Menerusi kempen membaca ini, para pelajar mampu membezakan antara kaca dengan permata dan memahami banyak perkara seperti manfaat membaca,, keburukan melepak dan sebagainya. Bangsa membaca, bangsa berjaya, pihak berwajib sememangnya perlu menganjurkan
kempen membca ini secara drastik dan intensif.

Tiada kusut yang tidak dapat dilerai, tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika semua lapisan masyarakat barganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah minat membaca dalam kalangan pelajar pastinya akan ditingkatkan dengan jayanya. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang, cemerlang dan terbilang.

Karangan hasil tulisan;
LEE JIAN JET - (4 SAINS 1 - 2013)
SMK SERI INDAH,
SERDANG

Monday, December 27, 2010

Karangan Contoh: Gaya Hidup Sihat


CARA-CARA MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT.

Mahfum daripada sepotong hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “Jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit”. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita meneruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera

Tuesday, October 26, 2010

Karangan SPM: Perpaduan Dalam Masyarakat Majmuk

Kepentingan Perpaduan dalam kehidupan Masyarakat Majmuk

Malaysia bumi nan bertuah. Manakan tidaknya, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, India, Cina, India, Iban dan kadazan yang membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh. Malah kehidupan masyarakat majmuk di negaa ini berlandaskan elemen perpaduan yang disuntuk dalam diri individu sejak dahulu lagi. Tragedi 15 Mei ternya menjadi penanda aras kepada masyarakat sarwajagat di Malaysia untuk terus mengekalkan Integriti Nasional yang bepaksikan dengan penghayatan sepenuhnya terhadap Rukun Negara. Perdana Menteri  Malaysia yang ke-6 turut memandang penting isu ini lalu merencanakan Gagasan ’1 Malaysia’ dengan tema, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Melalui pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia, rakyat di negara ini digesa untuk terus memelihara serta mengekalkan perpaduan antara kaum. Terdapat beberapa kepentingan perpaduan  dalam kehidupan masyarakat majmuk.

            Perpaduan merupakan kunci kepada pembangunan negara. Dengan Wawasan 2020 yang menghampiri penghujung sekali gus menjadi misi utama negara yang perlu dikecapi. Perpaduan penting dalam memastikan tanah air kita yang tercinta ini terus maju mengorak langkah ke hadapan. Masyarakat majmuk tanpa mengira bangsa dan agama masing-masing berusaha dan bekerjasama antara satu sama lain untuk meletakan Malaysia di peta dunia, agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negaa maju yang lain. Pelbagai bidang di negara ini mempu meraih kecemerlangan apabila wujud perpaduan  dalam kalangan masyarakat. Dalam bidang sukan umpamanya, kita akan mempu menjulang kejayaan sekiranya warga sukan menolak elemen perkauman. Datuk Misbun Sidek, yang merupakan jurulatih kepada Datuk Lee Chong Wee menjadi tertimoni terhadap kepentingan perpaduan apabila Datuk Lee Chong Wee berjaya menempa nama sebagai  Pemain Nombor Satu Dunia. Gandingan mantap kedua-duanya terus-menerus memastikan Malaysia mengungguli gelaran tersebut untuk sekian lamanya. Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata, ternyata dan sudah terbukti betapa elemen perpaduan menjadi asas kepada pembangunan negara.

Monday, October 25, 2010

Karangan SPM: Usaha-usaha mengalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam

komuter
pengangkutan bas










feri



Belakangan ini isu kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan bandar semakin giat diperkatakan di media-media massa. Bagi membendung masalah ini, kerajaan telah menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Walau bagaimanapun saranan kerajaan tersebut disambut hambar oleh masyarakat, sebaliknya orang ramai masih memilih untuk menggunakan pengangkutan sendiri. Sebenarnya terdapat beberapa wasilah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti bas, komuter dan teksi.

Kerajaan perlu menyediakan peruntukan khas bagi membaikpulih kemudahan pengankutan awam. Keadaan yang kurang kondusif seperti kerusi yang rosak, alat pendingin hawa yang tidak berfungsi dan keadaan pengangkutan yang kotor telah menyebabkan pengguna berasa tidak selesa. Keadaan sebegini lazimnya dapat kita lihat pada pengangkutan awam seperti bas, dan feri. Dengan adanya perutukan untuk menambahbaik dan membaiki keadaan sedia ada akan meningkatkan lagi tahap keselesaan  pengangkutan awam dan seterusnya menggalakkan masyarakat untuk menggunakan kemudahaan awam tanpa ragu-ragu.

Selain itu pihak pengusaha sesebuah pengangkutan awam perlulah menyediakan perkhidmatan yang lebih pantas dan efesyen. Kebanyakan pengangkutan awam tidak menepati jadual perjalanan yang dijadualkan. Hal ini telah menimbulkan kesulitan kepada pengguna. Pada era globalisasi ini, masa telah menjadi sangat berharga dan seharusnya tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang sebegini. Dengan perkhidmatan yang pantas dan efisyen pengguna dapat  merangka jadual perjalanan  mereka dengan lebih baik dan teratur.

Di samping itu pihak kerajaan perlulah mempergiatkan kempen-kempen kesedaran di seluruh negeri. Rakyat perlu diberi kesedaran mengenai kepentingan penggunaan pengangkutan awam seperti kempen menaiki keretapi ke pusat-pusat bandar dan kempen teksi cemerlang. Melalui kempen-kempen sebegini masyarakaat akan menjadi lebih prihatin dan tertarik untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan juga boleh mengadakan promosi-promosi bagi menarik masyarakat menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

Kesimpulannya, tedapat pelbagai langkah yang dapat diambil untuk menggalakkan penggunaan kemudahan awam. Seperti kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Walau bagaimanapun bertepuk sebelah tangan pasti tidak berbunyi. Masyarakat perlulah bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menjayakan matlamat ini.

Oleh,
Nur Sakinah bt Muhammad Faizal (501)
Kolej Islam Sultan Alam Shah,
Kelang.

Monday, October 18, 2010

Karangan SPM 2010- Kesedaran Sivik

Punca-punca wujudnya keadaan ini dan langkah-langkah yang diambil untuk menyuburkan kesedaran sivik.
Kesedaran sivik boleh ditakrifkan sebagai rasa sedar yang mendalam dan berterusan serta muncul dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak dan kepentingan awam. Kesedaran sivik akan menjadikan seseorang individu itu warganegara yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kepentingan awam untuk dikongsi bersama. Hari ini, kita begitu megah mengatakan bahawa negara kita telah maju dan pesat membangun seiring dengan era globalisasi namun, tanpa kita sedari kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia begitu rendah malah semakin luntur ditelan arus pemodenan. Hal ini terbukti apabila masih terdapat dalam kalangan masyarakat kita, individu-individu yang masih tidak menghormati satu sama lain. Kata-kata, “Yang muda disayangi, yang tua dihormati,” tidak dapat kita lihat daripada perlakuan mereka. Apabila berada di dalam pengangkutan awam seperti bas, monorel mahupun kereta api, masih banyak lelaki yang sasa dan bergaya, tidak sanggup untuk memberi tempat duduk kepada wanita tua atau ibu mengandung yang tidak berdaya. Di perhentian-perhentian bas pula, sampah-sarap yang mengotorkan dan menyakitkan mata memandang juga bukan perkara asing di mana-mana tempat di negara kita. Di manakah silapnya sehingga pada zaman negara mengorak langkah ke arah menjadi negara maju pun, fenomena negatif yang memperlihatkan kerendahan kesedaran sivik masyarakat kita masih berleluasa dan dapat kita lihat di mana-mana? Pada pendapat saya, kita harus meneliti dan mendalami permasalahan ini agar langkah yang ampuh dan berkesan dapat dilaksanakan bagi menyuburkan kesedaran sivik ini dalam kalangan masyarakat kita.

Karangan SPM 2010- Gaya Hidup Sihat

Cara-cara mencapai gaya hidup sebegini.

          Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

         Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu di samping menjauhi obesiti dan penyakit kronik.

Wednesday, June 16, 2010

Karangan contoh peperiksaan pertengahan Tingkatan 5 tahun SMKSI 2010


Usaha-usaha yang dapat Kita Lakukan untuk Membantu Meningkatkan Taraf Hidup Orang Kurang Upaya (OKU)

Dalam kerancakan masyarakat sarwajagat bergerak seiring bayang-bayang pemodenan, kebajikan golongan kurang berupaya semakin mendapat perhatian orang ramai. Walaupun golongan kurang berupaya mempunyai kecacatan minda, anggota badan, deria, dan sebagainya, namun, golongan ini mempunyai hak yang sama rata dengan manusia biasa dan dengan bantuan orang ramai, insan-insan istimewa ini dapat menjalani kehidupan secara berdikari seperti masyarakat konvensional. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin dan penyayang patut mengambil prakarsa untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU) ini.

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) seharusnya diberi peluang dalam bidang kerjaya. Bengkel,kursus dan latihan kemahiran serta pertukangan patut diberikan oleh kerajaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya golongan kurang upaya dapat menyara hidup sendiri. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan yang lain berperanan dalam memastikan golongan ini mendapat hak pekerjaan yang sama rata dengan orang lain. Tambahan pula, majikan Orang Kurang Upaya (OKU) Harus menghormati hak pekerja mereka melalui penyediaan kemudahan, pembahagian tugas secara adil dan pemberian ganjaran dan insentif.Kesannya, taraf hidup golongan kurang upaya ini dapat ditingkatkan.

Selain itu, manhaj lain yang dapat kita aplikasikan untuk menjaga kebajikan insan istemewa ini adalah dengan menyediakan kemudahan khas di tempat awam. Kontraktor-kontraktor perlu mempertimbangkan keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) semasa membina perhentian bas, kompleks membeli-belah, bangunan pejabat dan sebagainya. Kemudahan seperti tandas khas, tempat meletak kereta khas dan tempat duduk khas perlu disediakan untuk memudahkan golongan masyarakat ini. Misalnya, di Brickfields, Kuala Lumpur, laluan pejalan kaki khas telah dibina untuk memudahkan pergerakan orang buta. Oleh itu, secara tegasnya, kemudahan khas perlu disediakan untuk memelihara hak golongan kurang berupaya.

Seterusnya, kemudahan dalan pendidikan amat diperlukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU). Hal ini demikian kerana dengan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan ilmu, golongan ini dapat menempuh kehidupan yang berliku-liku dan serba mencabar ini. Penubuhan sekolah pendidikan khas di seluruh pelosok negara telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk ibu bapa menghantar anak-anak istimewa mereka ke sekolah. Dengan kurikulum khas, pelajar-pelajar istimewa ini akan dapat berkomunikasi dengan orang lain melalui bahasa isyarat. Perkara ini secara langsung akan melahirkan masyarakat kurang berupaya yang berilmu, berketerampilan dan berjaya.

Di samping itu, taraf hidup golongan istimewa ini dapat ditingkatkan dengan bantuan kewangan. Bantuan kewangan ini amat diperlukan oleh sebahagian daripada mereka untuk mendapatkan keperluan asas untuk keluarga, menyara perbelanjaan pendidikan anak-anak dan sebagainya. Selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang ramai perlu bermurah hati dan ikhlas dalam memberi sumbangan kepada mereka. Hal ini demikian kerana tuhan telah menanugerahkan kita dengan kecergasan anggota serta kesihatan minda dan kita bertanggungjawab membantu individu-individu yang memerlukan bantuan kita.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai uslub yang dapat kita usahakan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Usaha kerajaan Malaysia untuk untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara atas angin tidak akan berjaya tanpa kerjasama menyeluruh daripada semua pihak, termasuklah golongan kurang berupaya. Justeru, bersama-samalah kita menghulurkan bantuan kepada individu-individu yang kurang bernasib baik agar nusa tercinta kita akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang


LOH CHOOI SHAWN

5 sains

Sek. Men. Keb. Seri Indah

2010

Perpaduan Asas Pembangunan Negara

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Seri Indah;

Pemanis kata selamat datang,

Salam sejahtera pembuka madah.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana para hakim yang budiman, yang dikasihi guru-guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.Salam sejahtera saya tujukan.

Berdirinya saya dengan penuh hormat dan bangga di dewan yang serba indah ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk ’Perpaduan Asas Pembangunan Negara’.

Sidang hadirin sekalian,

Perpaduan bermaksud bekerjasama ataupun saling membantu. Pembangunan pula bermaksud segala pembaharuan dan kemajuan yang membawa kepada taraf hidup yang lebih baik. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa amalan bersatu padu dalam kalangan rakyat merupakan dasar kepada kemajuan sesebuah negara seiring dengan gelombang modenisasi.

Para pemimpin negara kita saban hari dan setiap ketika menyeru rakyat Malaysia membentuk benteng pertahanan yang teguh menentang anasir-anasir luar. Hubungan dan kerjasama yang erat akan memastikan negara Malaysia terus maju dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, harapan dan aspirasi pemimpin kita pada masa lalu akan menjadi ’angan-angan Mat Jenin’ sahaja. Perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan akan sia-sia sahaja. Justeru, sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi dan berhati waja, kita haruslah menghargai kemerdekaan yang telah diperoleh ini dan berusaha mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam jiwa kita demi pembangunan negara.

Sidang hadirin yang dihormati,

Lihatlah keadaan kini di Bangkok, Thailand. Rakyat negara jiran kita tidak berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi secara diplomasi dan sebagai akibatnya demonstrasi, pergaduhan, keganasan dan lain-lain berlaku pada setiap hari.Perkara yang menyedihkan ialah banyak nyawa yang tidak berdosa melayang begitu sahaja.Lihatlah juga keganasan yang berlaku di Madura, Indonesia pada beberapa ketika yang lalu. Penduduk di situ diseksa dan diperkosa untuk orang-orang yang mereka kenali. Pembangunan yang wujud sebelum tercetusnya huru-hara dan kemaslahatan di kedua-dua lokasi ini tidak memberi sebarang erti lagi akibat tidak mempunyai modus operandi yang berkesan serta tidak wujud perpaduan yang mantap dalam kalangan rakyat yang berlainan agama, bangsa, budaya, kepercayaan dan pandangan.

Para hadirin yang dimuliakan,

Negara kita kini telah berjaya mencapai tahap yang tinggi dan dihormati di mata dunia. Kecermelangan negara kita dalam pelbagai bidang walaupun mempunyai rakyat yang berbilang bangsa menyebabkan negara lain cemburu dengan pencapaian negara kita. Malah, negara Malaysia telah dijadikan negara contoh oleh negara-negara dunia ketiga. Biarlah mereka cemburu melihat pencapaian nusa kita yang sememangnya merupakan berkat amalan nilai bantu-membantu dan nilai toleransi. Pepatah Melayu ada mengatakan ”bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Para hadirin yang dikasihi,

Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada bulan Mac 2009 merupakan usaha beliau untuk menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah satu slogan yang akan menjadi

identiti rakyat negara ini. Hasrat Perdana Menteri kita untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia sekiranya mendapat sokongan padu semua lapisan masyarakat negara ini. Mengikut beliau, segelintir masyarakat perlu membuat anjakan paradigma daripada masyarakat yang terkongkong dengan pemikiran yang dangkal, cetek dan pesimistik kepada masyarakat yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Dengan semangat Satu Malaysia, Wawsan 2020, aspirasi rakyat Malaysia pasti akan dapat direalisasikan.

Sedang hadirin sekalian,

Sebelum saya mengundurkan diri saya dari pentas serba cantik ini, saya berharap agar nilai perpaduan dan patriotisme akan disemai dan dibajai dalam diri anak-anak muda. Jangan biar titik hitam 13 Mei 1969 berulang semula dalam sejarah negara kita supaya negara dapat terus berkembang dan maju mengikut acuan kita sendiri. Akhir kata,

Bersatu teguh bercerai roboh,

Bermuafakat bertambah berkat,

Bersatu bertambah mutu;

Ala bisa tegal biasa,

Berbahasa kita berbangsa.


LOH CHOOI SHAWN

5 sains

Sek. Men. Keb. Seri Indah,

2010

Kebaikan Program Pertukaran Pelajar Antara Negara


Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Generasi muda adalah aset terbesar bagi sebuah negara era globalisasi yang semakin progresif ke arah pembangunan. Wawasan 2020 merupakan mauduk utama Malaysia sebagai negara yang maju. Untuk mencapai matlamat tersebut, generasi muda perlu disiapkan di bahagian hadapan bagi memperjuangkan anjakan paradigma yang semakin berkembang.Negara-negara di dunia telah melaksanakan banyak program pertukaran pelajar antarabangsa. Di Malaysia pula, pelajar-pelajar cemerlang telah dihantar untuk belajar di luar negara dan mengambil contoh yang baik untuk dioperasikan di Malaysia.

Program Pertukaran Pelajar ini mempunyai banyak faedah yang boleh didapati sama ada Malaysia atau negara lain yang terlibat.Para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru untuk kebaikan negara mereka. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik genersi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pendapat. Pelajar akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya.Teknologi yang berkembang di luar negara dapat di bawa ke Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar.

Program ini juga mengajari generasi muda untuk pandai berfikir dan lebih dinamik dalam menyesuaiakn diri. Budaya hedonistik di negara-negara Barat yang kerap menjadi tujuan utama destinasi untuk Program Pertukaran Pelajar dapat meracuni minda pelajar pelajar untuk ikut terjerumus dalam gaya hidup bebas yang bertentangan dengan ukhuwah islam. Hal ini akan meranapkan maruah dan identiti bangsa sebagai negara yang bermoral dan bertatasusila tinggi.Pelajar pula akan seperti kacang lupa akan kulitnya jika mereka tidak mempunyai semangat nasionalisme. Mereka akan terkena oleh keseronokan hidup di negeri orang dan melupakan negaranya sendiri. Ini merupakan salah satu bentuk imperialisme Barat untuk menjejaskan apresiasi generasi muda negara-negara di Asia.

Selain itu, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dapat mempromosikan pelbagai budaya di Malaysia. Masyarakat dari negara yang terlibat akan merasa tertarik untuk mengenali budaya di negara kita. Budaya dan adat adalah salah satu kelebihan negara ini. Negara-negara mempunyai kemajuan teknologi tanpa limitasi tetapi mereka tidak mempunyai budaya seperti tarian khas atau makanan khas negaranya yang menunujukkan identiti bangsa. Mereka tidak mempunyai adat yang dapat mengawal kehidupan kita.Sebab itulah, mereka akan tertarik untuk menyelami budaya Malaysia dan dapat menigkatkan aset negara melalui industri pelancongan.


Pelajar cemerlang yang memiliki pegangan agama Islam yang baik juga dapat membuktikan bahawa Islam adalah agama yang bertamadun dan mulia.

Pelajar dari malaysia dapat belajar sekaligus berdakwah di negara Barat tempat pertukaran pelajarnya.Hal ini akan membuktikan kepada negara-necara Barat yang memandang rendah terhadap Islam bahawa umat Islam ialah insan yang baik dan terpelajar. Pengeboman dan segala bentuk terorisme oleh orang Islam telah menjadi suatu penyataan yang retoris bagi pihak negara Barat. Oleh sebab itulah, pelajar Malaysia yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar. Dapat mengharumkan kembali nama Islam kerana jati diri pelajar yang baik akan merefleksikan agama, bangsa dan negaranya.

Kepentingan lain daripada program ini adalah menciptakan insan muda yang terpelajar dalam bidang teknologi. Selain itu, aspek kepandaian ini juga meliputi aspirasi generasi muda yang tidak pupus,rasa cinta akan tanah air dan kemampuan untuk percaya diri dan tidak mudah diperalat.Program Pertukaran Pelajar mampu menciptakan insan muda yang sempurna dalam segala bidang untuk memenuhi azam negara.

Sebuah negara akan merasa bangga dengan pencapaian belia saat ini. Individu yang pernah merasakan hidup di negara orang akan lebih dewasa dan mandiri dalam mengharungi cabaran hidup. Pelajar yang kembali ke negaranya setelah mengikuti programe pertukaran pelajar adalah modal baru bagi negara untuk mencapai matlamat kemajuannya. Seperti kata peribahasa, hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri.Setiap pelajar itu akan kembali ke negaranya dan memperjuangkan nasib negara ke arah yang lebih baik. Kita patut berbangga kepada pelajar-pelajar cemerlang tersebut.


KEYSHIA NUR YAZID

5 sains

Sek. Men. Keb. Seri Indah

2010

Friday, June 11, 2010

GEJALA PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN MENULIS ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU SMKSI

GEJALA PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

Saban hari, terdapat pelbagai berita yang terpapar di dada-dada akhbar harian tentang jenayah yang tidak asing lagi seperti gejala pembuangan bayi. Kadar pembuangan bayi yang tidak berdosa itu kian meningkat. Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan berita yang amat memilukan hati di setiap media massa dan media elektronik mengenai penemuan seorang mayat bayi dijumpai di dalam tin biskut dan berita mengenai bayi yang digonggong oleh seekor anjing jalanan. Persoalannya, di manakah letaknya sikap bertanggungjawb dan belas kasihan si ibu yang berani-berani membuang bayinya begitu sahaja? Mereka yang tidak mahu bertanggungjawab seharusnya berfikir mengikut akal bukan bertindak mengikut hati dan nafsu serakah. Bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadi, kita sebagai insan yang berguna mesti menjauhkan diri daripada terjebak dalam melakukan jenayah tersebut.

Masyarakat sarwajagat akan acap kali menunding jari kepada remaja-remaja yang sedang merentasi zaman permodenan. Hal ini demikian kerana, kita dapat melihat anak-anak muda tidak kira lelaki mahupun perempuan mengamalkan pergaulan bebas. Gejala yang tidak sihat ini secara tidak langsung menjadi faktor pembuangan bayi yang semakin meningkat. Remaja yang sering melepak dan membuang masa di pusat- pusat beli belah dianggap sebagai sampah masyarakat. Fungsi minda remaja yang cetek, malah keinginan malakukan perzinaan yang mendalam merupakan salah satu sebab perzinaan secara sesuka hati berlaku. Remaja kurang asas pendidikan agama yang kukuh dan hilang rasa bertanggungjawab terhadap bayi tersebut lalu mengorbankan nyawa bayi yang tidak berdosa itu. Jadi, dalam konteks ini, remaja harus beringat sebelum kena, jimat sebelum habis dalam bersosial sesame masyarakat.

Selain itu, punca pembuangan bayi ialah ledakan kemajuan teknologi atau media elektronik yang semakin meluas dan canggih memberi pendedahan unsure seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Di samping itu, terdapat tayangan filem yang berunsurkan seks rangsangan minda, VCD, gambar- gambar porno di dalam internet menjadi sebab yang turut mendorong terjebak ke dalam lembah perzinaan. Sebenarnya, apa-apa yang berlaku berpunca daripada diri remaja itu sendiri sama ada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Segala keputusan terletak di tangan mereka sendiri. Hanya mereka sahaja mampu mengubah pendirian pilihan dalam hidup mereka. Kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Seterusnya, didikan agama daripada ibu bapa bekurang atau terlebih merupakan faktor pembuangan bayi. Namun begitu, wajarkah kedua-dua ibu bapa kita dipersalahkan? Sudah tentu kita sama sekali perlu bepandangan terbuka dalam hal- hal pembuangan bayi. Ini bermakna, ibu bapa tidak patut dipersalahkan kerana mereka telah berhempas pulas memberi didikan yang sempurna, tetapi anak- anak berubah persepsi setelah membawa haluan sendiri. Anak- anak bersikap seperti membujur lalu melintang patah dengan bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. Terutamanya, anak- anak yang belajar di IPT-IPT berasa diri mereka bebas dan boleh melakukan apa-apa sahaja. Oleh itu, janganlah kita gemar menunding jari terhadap orang lain yang mesalahnya berpunca daripada diri kita sendiri.

Bagi mengatasi gejala pembuangan bayi di negara kita, modus operandi yang berkesan hendaklah diambil oleh semua pihak. Salah satu cara mengatasi pembuangan bayi ialah pihak kerajaan berperanan menguatkuasakan undang-undang mengenai kes pembuangan bayi dengan mengenakan hukuman dan denda yang setimpal.Misalnya, pihak polis harus mengingatkan mana-mana pasangan yang membuang bayi akan disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh. Sebagaimana yang kita ketahui, membunuh ialah sesuatu kesalahan besar yang dianggap jenayah apabila melakukannya. Dengan ini,pasangan remaja yang berkeinginan membuang anak akan berasa takut dan gentar sekaligus pembuangan bayi boleh berkurangan.



Alpukah lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi gejala tersebut ialah peranan ibu bapa memastikan anak-anak di bawah penjagaan yang baik. Ibu bapa seharusnya mengawasipergerakan anak-anak ketika berada di luar rumah dan dengan siapa mereka berkawan. Justeru, pergaulan bebas dalam kalangan remaja dapat membendung masalah pembuangan bayi. Sehubungan dengan itu, ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihatinakan keadaan anak-anak. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri jika tidak diawasi dengan baik.

Intihanya, gejala pembuangan bayi yang semakin serius tiada penghujung sekiranya tidak ada kesedaran dalam kalangan masyarakat sarwajagat untuk megubah sikap. Langkah- langkah yang diambil seharusnya menjadi anjakan paradigma dalam kehidupan seperti kata pepatah sediakan paying sebelum hujan agar tidak berlakunya perbuatan terkutuk itu. Gejala tersebut merupakan satu kesalahan yang amat kejam daripada haiwan. Sedangkan haiwan pun tidak berlaku kejam terhadap anaknya, malah haiwan itu lebih menyayangi anaknya. Anak itu suatu anugerah daripada Tuhan. Oleh itu, kita mestilah menghargainya dengan baik dan penuh kasih sayang.


Nur Amalina bt Khairul Azam
5 sains
Sek. Men. Keb Seri Indah
2010



Satu Malaysia Teras perpaduan Negara

PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU SMKSI



1 MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA

Dalam kerancakan penduduk jagatraya berjalan bersama-sama bayang-bayang keharmonian, riang berlagu gembira, pemimpin diumpamakan sebagai jantung sesebuah negara. Pemimpin perlu bijak mengorak langkah proaktif untuk mengekalkan kestabilan keharmonian dan keamanan negara.. Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan sejagat. Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke lima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalam mengetengahkan gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk kepimpinan yang lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. 1 Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata Datuk Seri Najib, beliau berbicara “saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik”. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang patut dibanggakan. Disini jelas menunjukkan bahawa negara mengekalkan keadilan setiap kaum tanpa mengubah pegangan dan cara hidup mereka. Rakyat diberi kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. Memetik kata-kata daripada seorang peguam di Indonesia, beliau berkata “keadilan yang hakiki hanya ada disyurga, tetapi kita di dunia cuba hampiri ke tahap itu”. Justeru, kelebihan yang diperoleh apabila menjadi warga Malaysia seharusnya diiringi dengan rasa syukur kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana harmoni tanpa sebarang diskriminasi.

Seterusnya, 1 Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun India, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tetapi masyarakat masih mengamalkan gaya hidup berkelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati. Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan bangsa lain dan begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri . Kita tidak boleh bersikap serperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat kerana apabila hidup di bawah satu bumbung bersama tiga kelompok berbeza adalah suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah dan dipandang enteng kerana setiap perlakuan dan tutur kata perlu dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Justeru, sinergi daripada setiap lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.

Pemimpin perlu bijak dalam memainkan peranan untuk membina rumpunan bangsa Malaysia yang bahu-membahu atau bantu-membantu agar dapat memperkukuh ikatan kaum yang akan menjadi tunjang kepada pembangunan dan keharmonian negara. Apakah ikatan dan jalinan ini akan berterusan jika ada rakyat yang tidak tahu menilai perpaduan negara?. Oleh yang demikian, konsep 1 Malaysia yang diketengahkan mampu menyemai sikap saling bekerjasama sesama rakyat. Sekadar mengambil contoh daripada persekitaran sekeliling, rakyat Malaysia mampu menjalankan urusan perniagaan secara perkongsian walaupun berbeza bangsa. Selain itu, jika dinilai dari alam persekolahan, sekolah-sekolah Cina tidak lagi hanya didiami oleh bangsa tersebut semata-mata, malahan anak-anak Melayu dan India turut menuntut di sekolah yang sama. Begitu juga dengan bangsa India, mereka tidak hanya tertumpu kepada sekolah jenis kebangsaan tamil atau SJK(T) sahaja. Di sini jelas menunjukkan bahawa sikap kerjasama tidak hanya wujud dalam golongan profesional sahaja, anak-anak di bawah umur mahupun belia-belia harapan bangsa turut mampu mengamalkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, konsep 1 Malaysia membantu memepertingkatkan lagi sikap tersebut seterusnya perpaduan negara lebih mudah dicapai.

Ketulusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan perpaduan yang dikecapi. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Teras perpaduan yang diterapkan iaitu penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu dengan menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan tidak jujur. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa sahaja perkara baik dan mendapat persetujuan secara kesepakatan. Penerimaan semua kaum mendapatkan apa yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Justeru, perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

Tuntasnya, konsep satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaimana setianya Hang Tuah kepada sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan gagasan 1 Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara bangsa. Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menyirup udara segar hasil kemerdekaan perlu dikekalkan supaya keaman dan perpaduan ini tetap berterusan hingga generasi akan datang. Mantan Perdana Menteri Indonesia ada menyatakan, “jika ingin melihat generasi pada masa akan datang, lihatlah generasi pada hari ini.”

NURUL ATHIRAH BINTI MOHAMAD YADI
5 IK 1
SEK. MEN. KEB. SERI INDAH
2010

Tuesday, April 20, 2010

Kesan negatif Permainan Video.


Dasawarsa, selari dengan kecanggihan sains dan teknologi masa kini, corak permain golongan kanak-kanak dan remaja juga berubah. Jika dahulu permainan seperti gasing, layang-layang, congkak menjadi pilihan kanak-kanak dan remaja. Tetapi kini semuanya telah berubah. Permainan video komputer merupakan aktiviti yang sangat digemari oleh golongan pelajar tidak kira di bandar mahupun desa. Hal ini telah menjadi duri di dalam daging kepada masyarakat kita. Pelbagai kesan negatif telah merungsingkan banyak pihak.

Golongan pelajar yang terlibat dalam permainan ini akan menghabiskan masa berjam-jam di pusat-pusat permainan komputer . Keasyikan dan keseronokan ketika berada di pusat tersebut menyebabkan mereka lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Masa muda yang sepatutnya diisikan dengan menuntut ilmu sebanyaknya buat bekalan hari muka diabaikan begitu sahaja. Amanah dan harapan ibu bapa yang menggunung tinggi dipersia semata-mata kerana leka dengan bermain video.

Selain itu, para pelajar yang terlibat dalam aktiviti permainan ini perlu menyediakan wang secukupnya bagi setiap jam permainan. Jika beberapa jam diperuntukkan untuk bermain, sudah pasti wang yang diperlukan juga bertambah. Mereka akan menggunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa untuk tujuan yang tidak berfaedah ini. Justeru, permainan ini merudikan wang mereka. Sepatutnya para pelajar menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku rujukan dan sebagainya. Atau disimpan biarpun sedikit kerana sedikit lama-lama menjadi bukit

Pelajar yang ketagih dengan permainan ini sanggup ponteng sekolah atau melepak di pusat-pusat video komputer. Ada pelajar yang sanggup membawa pakaian persalinan untuk memudahkan mereka memasuki pusat permainan video tersebut. Justeru, pengusaha pusat permainan tersebut tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka merupakan pelajar sekolah atau sebaliknya. Ada juga pengusaha pusat video ini yang menyediakan kemudahan menyewa pakaian kepada pelajar sekolah ini. Hal ini tidak sewajarnya berlaku.

Permainan video komputer juga boleh mempengaruhi minda pelajar ke arah unsur-unsur negatif seperti peperangan dan keganasan. Aksi-aksi seperti ni juga akan merosakkan pemikiran mereka serta meracuni fikiran para pelajar. Gejaga ini dikhuatiri meninggalkan kesan dalam pemikiran mereka dan amempengaruhi mereka untuk melakukan aksi tersebut di luar bilik darjah.

Kesimpulannya , sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa permainan komputer hanya membawa kesan buruk kepada golongan pelajar. Ibu bapa dan masyarakat perlu memberi perhatian terhadap isu ini. Kita tidak mahu generasi muda terus alpa dan menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah ini.


Monday, March 29, 2010

KESAN BENCANA ALAM- karangan contoh

Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan bencana alam.

Sudah lebih dari 5 tahun kita digembar-gemburkan dengan urutan kes bencana alam. Cukup merangkumi semua jenis bencana seperti pemanasan global, gempar bumi, ribut taufan, banjir, dan yang paling mengejutkan dunia sehingga kini iaitu tsunami. Pelbagai konklusi telah dibuat oleh pakar meteorologi dan geologi seluruh dunia mengenai persoalan wujudnya bencana alam tersebut. Justeru, ramai daripada mereka berpandapat bahawa bencana alam yang menghantui kita pada abad kini berpunca daripada kelalaian manusia terdahulu menjaga amanah tuhan; bumi ini. Berikutan dengan bencana alam yang sering menimpa kaum manusia seluruh dunia kini, terdapat banyak kesan yang dapat kita peroleh.

Salah satu bencana alam yang boleh dikatakan paling popular sekarang ialah kes pamanasan global. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia diundang untuk menyertai seminar pemanasan global peringkat antarabangsa, bukan untuk berbual kosong bahkan bersama-sama membincangkan permasalahan tersebut dan cuba merungkai idea untuk menyelesaikannya. Secara umum, kita mengetahui bahawa pemanasan global ini berpunca daripada kesan rumah hijau. Bentuk muka bumi dunia yang kian ketandusan hutan tidak dapat menyerap kesemua gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh peralatan bermotor menyebabkan cuaca duniamakin meningkat. Hal ini membawa kita kepada permasalahan lain iaitu pencairan bongkah ais di kutub utara dan selatan, lalu menyebabkan paras air laut meningkat. Lantas, bencana lain seperti banjir pula berlaku. Akibat daripada banjir, ramai penduduk dunia kehilangan tempat tinggal. Mungkin suatu hari nanti jika tiada tindakan diambil dalam masa terdekat, banyak negeri-negeri seluruh dunia akan lenyap ditenggelami air laut.

Kejadian tanah runtuh di Malaysia daripada dahulu sehingga tidak pernah selesai. Manakan tidak, pada zaman globalisasi kini manusia lebih mementingkan poket sendiri daripada nyawa ribuan manusia lain. Dek sifat mementingkan diri sendiri menjurus segelintir manusia ini menoreh lantas menggondolkan bukit-bukau dan gunung-ganang yang sepatutnya menjadi pasak bumi. Pokok-pokok serta tunbuhan hijau yang tumbuh meliar di lereng-lereng bukit bukan sekadar hiasan semata-mata, bahkan tumbuhan tersebut menggalas tanggungjawab mencengkam tanah dan mengelakkan berlakunya hakisan justeru mengelakkan tanah runtuh. Sudahlah kejadian tanah runtuh itu meragut nyawa, memusnahkan kediaman, mewujudkan masalah lalu lintas, tanah runtuh juga menyebabkan haiwan kehilangan habitat semulajadi mereka. Inikah yang kita mahu untuk generasi akan datang? Melihat dan mengenali haiwan, hanya terdapat di muzium sahaja.
walaupun telah pelbagai jenis bencana alam yang kita alami kini akibat kelalaian manusia terdahulu, namun ada perkara yang patut kita banggakan yang telah dilakukan oleh manusia pada zaman sekarang. Mungkin benar peribahasa ‘sudah terhantuk baru terngadah’ mampu membawa keinsafan dalam diri seseorang insan. Lihatlah disekeliling kita pada hari ini, kerana telah insaf akan kerosakkan yang dilakukan dahulu, para saintis telah melahirkan idea baharu untuk menyelamatkan dunia seperti penggunaan air dan elektrik untuk menggantikan penggunaan minyak petrol sebagai peneraju alatan bermotor. Selain itu, kebanyakkan pendingin hawa telah digantikan dengan bahan mesra alam iaitu bebas CFC. Perubahan-perubahan tersebut mungkin kelihatan terlalu kecil untuk dibenggakan namun tanpa kita sedari perkara seperti inilah yang bakal merubah keadaan dunia menjadi lebih baik.

Oleh hal yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa masalah bancana alam ini berlaku akibat kelalaian dan kecuaian kita sendiri. Oleh itu, sikap saling menuding jari tidak harus ada, malah kita seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelasaikan masalah ini. Selain itu, perkara utama yang amat penting dalam sesuatu permasalahan adalah perlu wujud kesedaran. Dalam kes ini iaitu bencana alam, kesedaranlah yang menjadi punca manusia berhenti daripada melakukan kerosakkan dan daripada sinilah tercetusnya idea pembikinan peralatan-peralatan baharu yang menggunakan bahan mesra alam. Walaupun kita sudah terhantuk baru terngadah untuk berubah menjadi yang lebih baik namun kita tidak harus berhenti setakat ini sahaja kerana kita pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali.


Oleh,
NUR AMALINA BT AHMAD AFFANDI
5 LT/TK- 2010
SEK. MEN. KEB. SERI INDAH

Wednesday, February 24, 2010

1 Malaysia


"di mana bumi dipijak
di situ langit dijunjung
MALAYSIA
tetap di Hati"

-pengenalan
-definisi
-Perbazaan antara konsep 1 Malaysia dengan konsep Malaysian Malaysia
-kedudukan konsep satu malaysia
-hubungan konsep 1 Malaysia dengan dasar-dasar kerajaan terdahulu
-matlamat
-3 prinsip teras 1 Malaysia
-nilai-nilai 1 Malaysia


PENGENALAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yangberintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.


DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Huraian

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

1. Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.


2. Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.

2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.


KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU

Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

MATLAMAT

1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.


3 PRINSIP TERAS 1 MALAYSIA

1 Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu;

  • PRINSIP PENERIMAAN

Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

  • PRINSIP KENEGARAAN
Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Tun Hussein Onn pula sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula membawakan wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
  • PRINSIP KEADILAN SOSIAL
Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan.


NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

(untuk huraian sila rujuk link dibawah)


untuk maklumat mengenai yang lebih lengkap mengenai 1 Malaysia sila layari http://www.1malaysia.com.my/index.php option=com_content&view=article&id=4785&Itemid=71&lang=en

untuk memuat turun booklet yang sangat menarik ..