Sinopsis
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal, Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut menjadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.
Tema
Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (pungut)
Persoalan
- Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
- Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
- Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.
Watak dan perwatakan
Watak utama
Mak Timah
- Perempuan tua
- Selalu sakit-sakit
- Ibu angkat Pungut
- Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.
- Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minum dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.
Watak sampingan
- Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong
- Berusia 24 tahun.
- Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor.
- Anak angkat Mak Timah
- Bertubuh sangat kecik (pekak dan bisu).
- Bibik
- Nenek Pungut
- Berbangsa Cina peranakan.
- Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.
Nilai
- Nilai kasih sayang. Contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut.
- Nilai keikhlasan. Contohnya Mak Timah mengurus dan menjaga Pungut dengan ikhlas.
- Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya. Contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.
- Nilai setiakawan. Contohnya semangat setiakawan iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik.
- Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian anak mereka.
Pengajaran
- Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja. Contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.
- Kita hendaklah ikhlas memberikan pertolongan. Contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
- Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya. Contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.
- Kita hendaklah mengamalkan setiakawan. Contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik.
- Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa. Contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.
minta izin untuk copy ye..terima kasih
ReplyDeletecopy ler kau...
ReplyDeleteNilai murni yang ke 5 tuu. 'Menghormati pendirian anak mereka atau ibu mereka????
ReplyDeleteisteri saya nangis baca cerita ni.. isteri saya memang budak kememe
ReplyDeletethanks for sharing...
ReplyDeleteterima kasih ya
ReplyDeleteterima kasih....
ReplyDeletethanks alot...
ReplyDeletenice.. thanks.. baru baca harini (first day of exam) haha ^_^
ReplyDeletenak copy ye , thank you . may allah bless you
ReplyDeletemane plak latar dye prgi..??? kew ade kaki..???
ReplyDeletebla blo bla blo bla blo bla blo bla blo bla blo
ReplyDeleteGaya bahasa xda ka ?
ReplyDeletebro minta izin sy copy yer...tq
ReplyDeleteMane Latar Tempat?
ReplyDeletefuyyooooo
ReplyDelete