- Rangkap 1: Generasi muda yang masih leka diseru agar sentiasa bertindak kerana masa semakin pantas berlalu.
- Rangkap 2: Keindahan panorama dan kekayaan hasil bumi negara telah tersedia ada untuk diusahakan. Malangnya, generasi muda masih malas untuk merebut peluang tersebut.
- Rangkap 3: Generasi muda harus segera bertindak untuk menerokai hasil bumi yang banyaak sebelum habis dirampas oleh orang lain.
- Rangkap 4: Generasi muda akan berdepan dengan pelbagai masalah jika mereka terus leka. Mereka akan menangis kesal sepanjang hayat kerana kehilangan segala-galanya.
- Rangkap 5: Generasi muda diingatkan agar insaf dan tidak segera bertindak sebelum terlambat. Hal ini demikian kerana orang lain belum lagi menikmati hasil bumi tersebut.
Seruan kepada rakyat agar berusaha untuk mencari rezeki dan tidak mengabaikan peluang yang ada.
PERSOALAN
1. Usaha yang gigih untuk mencari rezeki.
2. Kerajinan untuk melakukan sesuatu untuk mendapat hasilnya.
3. Penyesalan pada suatu masa nanti tiada gunanya lagi.
4. Gunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk kesenangan hidup
BENTUK
1. Terdiri daripada lima rangkap
2.Mempunyai empat hingga lima baris serangkap
3. Rima akhir bagi sejak ini ialah
Rangkap 1 – abcd
Rangkap 2 – abbc
Rangkap 3 – abccd
Rangkap 4 – abcde
Rangkap 5 – abcd
Kesimpulannya sajak ini berbentuk bebas
GAYA BAHASA
GAYA BAHASA
1. Metafora – madu bumi, perut belantara
2. Sinkof – kaumakan, kau mahu, kau masih
3. Pengulangan - bangkitlah
4. Kata ganda – burung-burung, anak-anak, pepohon
5. Asonansi – Lihat jernihnya pagi ini
6. Aliterasi – tanah atau batu atau debu
NILAI
1. Keinsafan; contohnya generasi muda perlu sedar peri pentingnya mereka berusaha unutk kehidupan yang lebih baik..
2. Cinta akan negara; contohnya, generasi muda perlu membangunkan negara tercinta ini agar hasil negara tidak terlepas ke tangan orang lain..
3. Kerajinanl; contohnya, generasi muda diseru agar rajin berusaha.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencari kesenangan di negara yang kaya dengan pelbagai sumbernya ini.
2. Kita perlulah menggunakan peluang dan sumber yang ada untuk mencari rezeki.
3. Kita haruslah berusaha sebelum terlambat agar tidak menyesal pada suatu hari nanti.
4. Rebutlah peluang yang ada untuk mencari kesenangan hidup.
No comments:
Post a Comment