Setelah menghantar Ekah ke asrama pada Ahad lepas, sevenofus sempat melawat Kellie's Castle yang telah tertangguh semasa sevenofus melawat ke Cameron Highland. Memandangkan asrama Ekah berhampiran dengan istana ini kami ambil peluang ini untuk singgah!..
Kellie Castle atau Istana Kellie yang terletak beberapa kilometer dari bandar Ipoh mengamit kami mendekati istana lama di negeri Perak ini.
Kallie's Castle yang masih gah berdiri menyimpan seribu rahsia.. |
Sejarah Kellie Castle ini menarik perhatian kami kerana seperti sejarah pembinaan Taj Mahal di Agra, India, sepertimana Shah Jehan membina Taj Mahal untuk isterinya Mumtaz begitu juga dengan William Kellie Smith, seorang peniaga yang berasal dari Scotland membina istana ini untuk isterinya Agnes. Istana ini dibina di atas tanah pemilik estate iaitu Alma Baker yang merupakan rakan perniagaannya.
Ruang di tingkat dua istana, di sini dikatakan roh Kellie kelihatan |
Istana ini dibina pada tahun 1915 oleh tenaga kerja dari Madras, India. Kellie mengagumi budaya Hindu dan kerana itulah beliau menggunakan tenaga kerja dari India.
Ain dansyukri tekum membaca sejarah Kallies.. tapi dalam kereta masih tak puas hati, pelbagai kemuskilan diajukan! |
Istana ini tidak dapat disiapkan kerana semasa proses pembinaannya beberapa tragedi buruk berlaku terhadap pekerja-pekerjanya seperti wabak Spanish yang mengorbankan beberapa orang pekerja dan antara sebab yang lain ialah berlaku peperangan dunia kedua yang terus membantutkan usaha pembinaannya.
Ruang lif yang gagal melakar sejarah! |
Pada tahun 1926 ketika Kellie berkunjung ke Portugal untuk menempah lift yang akan digunakan di Istananya , beliau mengalami masalah radang paru-paru dan meninggal dunia di Portugal. Lift yang ditempah merupakan lift pertama yang akan diguna pakai di Malaya pada masa itu dan merupakan lift pertama di Malaysia tetapi beliau tidak sempat membawa lift itu ke Malaya. Isterinya yang masih berada di Malaya pada masa itu terus berpindah ke Scotland dan Kellie's Castle dijual kepada syarikat Harrisons & Crossfied.
Di tingkat 3.. istana. |
Kini, Kelly Castle masih berdiri kukuh di tempatnya dan diambil alih penjagaannya di bawah syarikat persendirian dengan pemantauan dari kerajaan negeri. Kisah-kisah misteri di Kellie Castle turut juga menjadi tumpuan, kerana ada dalam kalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya.
Ruang/tingkat paling atas... kalau tak berani jangan cuba.. tengok Sakinah merangkak... |
Rumah lama Kallie yang telah roboh kesan peperangan. |
Setelah beberapa jam, kami menghantar semula ekah ke asrama. Lawatan sejarah yang sungguh menarik dan meniggalkan kesan di hati kami khususnya Ain dan Syukri. Keciwa tak dapat jumpa... hehehe.. Kellie.
Wassalam
wow
ReplyDeletegila
Delete不错
ReplyDelete