Followers

Friday, January 21, 2011

PENANGGUNGAN (Wijaya Mala)


Sinopsis

Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang maragut nyawa Baharum, seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengendalikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

Tema

Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kepten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah Baharum yang mnjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum. Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya.

Persoalan

  1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.
  2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum, suami masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.
  3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami.
  4. Persoalan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

Watak dan perwatakan

Watak utama

Kapten Mamat

-          Bekerja sebagai kapten kapal
-          Seorang pesara.
-          Seorang yang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum.
-          Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tidak akan dipersiakan.

Watak sampingan

  1. Masnah
-          Janda Baharum
-          Mempunyai dua orang anak.
-          Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
-          Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.

  1. Isteri Kapten Mamat
-          Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.
-          Percaya kepada perubatan bomoh. Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

  1. Bahar
-          Anak Baharum
-          Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap.


Nilai

  1. Nilai simpati, contohnya Kapten Mamat bersimpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.
  2. Nilai kasih sayang, contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.
  3. Nilai berani, contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai. Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.
  2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati. Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
  3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting. Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

No comments:

Post a Comment