Followers

Thursday, January 7, 2010

Faedah-faedah Menyertai Unit Beruniform di Sekolah

“Berilah aku seratus orang tua, aku hanya mampu menggoncang perahu yang tertangkup, sebaliknya berilah aku sepuluh orang pemuda, aku pasti mampu menggoncangkan dunia”. Kata-kata tersebut diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri Indonesia, Soekarno. Berdasarkan ungkapan berpuitis tersebut dapat dirangkumkan bahawa ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang agama’. Jika kita perhatikan daripada pelbagai sudut , ekoran daripada ledakan dunia dan bahang kemodenan, modal insan iaitu remaja sering terdedah dengan pelbagai gejala negativ. Ramai beranggapan bahawa remaja yang terlibat dengan gejala sosial dan kurang sihat ini berpokok pangkal daripada keadaan dunia hari ini. Remaja dikatakan mengalami sedikit ‘kejutan budaya’. Hal ini jika didiamkan akan menjadi api dalam sekam terhadap negara. Oleh hal yang demikian kerajaan telah mengambil langkah drastik dengan mewujudkan badan-badan beruniform di sekolah. Kewujudan badan-badan beruniform ini merupakan langkah awal yang bijak, yang telah diambil sesuai dengan ungkapan Muhammad Abduh, “bagi menyelesaikan segala kemusykilan, selidikilah puncanya dan bertindaklah semaksima mungkin”. Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi remaja jika mereka melibatkan diri dengan aktiviti badan beruniform.

Umpama serampang dua mata, kerajaan memperkenalkan badan beruniform ini bagi mengurangkan isu gejala sosial dan juga memenuhi sukatan aktiviti di sekolah. Banyak faedah yang boleh diperoleh remaja apabila menyertai badan beruniforn. Antaranya ialah kita dapat membina ketahanan mental dan fizikal badan beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, kadet Polis dan Persatuan Puteri Islam sering melakukan aktiviti perkhemahan di hutan atau tempat-tempat rekriasi. Perkhemahan tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan menguji kesabaran.Contohnya, ‘flying fox’. Aktiviti tersebut memerlukan kita mempunyai rasa berani yang menebal dalam diri. Keyakinan yang tinggi apabila melakukan aktiviti yang sihat tersebut pasti dapat memberikan kepuasan yang sangat megujakan. Selain itu, aktiviti tersebut turut memerlukan kita untuk mempamerkan riak-riak keseronokan. Justeru, apabila kita melibatkan diri dalm aktiviti beruniform kita bukan sahaja berupaya membina ketahanan mental dan fizikal bahkan kita dapat menghindarkan diri daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak bermoral.

Bagai aur dengan tebing, peribahasa tersebut amat sesuai sekali untuk mengumpamakan kelebihan dan faedah yang dapat diperoleh daripada aktiviti badan beruniform. Hal ni demikian kerana, secara umum dan dasarnya, tujuan penubuhan unit beruniform adalah untuk melahirkan remaja yang memiliki semangat kerjasama dan berdisiplin. Sebagai contoh, apabila kita menyertai ekspedisi dan pekhemahan unit beruniform kita perlu bersama-sama menggembleng tenaga dan mencurahkan keringat daripada tulang empat kerat kita untuk mendirikan khemah dan melibatkan diri dalam aktiviti badan beruniform.

Seterusnya, kaedah yang boleh kita dapati daripada aktiviti badan beruniforn ialah kita dapat menambah jumlah kenalan. Biasanya perkhemahan unit beruniform dijalan kan di kawasan lapang atau hutan dan akan disertai oleh pelbagai sekolah. Nah, disitulah kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang datang dari pelbagai pelosok tanah air. Malah, harapan Perdana Menteri Malaysia untuk mencapai ‘1 Malaysia’ dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hal ini demikian kerana peserta unit beruniform tersebut bukan sahaja datang dari pelbagai pelosok tanah air, malah mereka turut datang daripada kalangan individu yang berbeza agama, bangsa, bahasa pertuturan dan warna kulit. Malah, kita turut dapat mengetahui dan mempelajari cara hidup mereka yang pelbagai. Perpaduan kaum dapat dipertingkatkan dan menjadi utuh melalui aktiviti badan beruniform ini.umpama kata pepatah, sambil menyelam minum air.kita bukan sahaja memperoleh stu faedah, malah kita memperoleh pelbagai faedah daripada aktiviti ini

Konklusinya sudah terang lagi bersuluh terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh jika kita menyertai aktiviti beruniform kita bukan shaja dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial malah dapat m,embina jati diri yang mampan dan ampuh. Kewujudan badan beruniform ini patut dipuji kerana aktiviti ini merupakan usaha murni ke arah melahirkan modal insan yang berkredibiliti dan mantap dari segala aspek. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tertapi masyarakat masih mengamalkan cara berfikir kelas ketiga lantaran ketempangan budaya. Oleh itu tranformasi dan anjakan paradigma penting bagi mengelakkan gejala kegiatan tidak bermoral terus menerajui persada dunia kini. Akhir kalam, sertailah badan beruniform untuk kepentingan bersama.



(626 patah perkataan)

Komen pemeriksa :
Tugasan- Amat menepati tema bahan rangsangan. Idea relevan dan dihuraikan dengan
jelas dan matang.
Bahasa - gramatis dari segi kata dan ayat. Kosa kata luas dan tepat.

Markah : Cemerlang (28/30)

13 comments:

  1. terima kasih kerana memberi kan contoh yang baik di dalam karangan ini, denagn karangan inni, saya mendapat banyak contoh , terima kasih,

    ReplyDelete
  2. perkataan tidak lengakap,
    seperti membina : embina
    dalam : dalm,

    maaf kerana memberi komen kepada penulisan anda, !

    ReplyDelete
  3. yah......tdk lengkap

    ReplyDelete
  4. mintak izin nk copy esei ni ye.. tq.. :)

    ReplyDelete
  5. saya nak terima kasih untuk segala di atas, ia telah membantu saya untuk membuat buku scarp terima kasih ye......

    ReplyDelete
  6. Nak komen skit..
    ejaan byk yg salah..pemeriksa x reti nak semak ke?

    ReplyDelete
  7. rely thank u....so nice :)

    ReplyDelete
  8. panjang sangat :(

    ReplyDelete
  9. thank you...karangan yang hebat..

    ReplyDelete