Alhamdulillah seperti dijanjikan, ana dapat jua coretkan sesuatu di laman ini tentang buku terbaru yang baru sahaja habis ana baca.... Huhu memang menakjubkan! Kekuatan doa. Sebagai hamba Allah yang pasrah, keajiban doa memang tidak ada tepinya. Tidak kering air mata membaca buku ini. Takjub dengan kepasrahan penulisnya.... mempukah ana?
Tajuk : Di Dunia Ada SyurgaPengarang : Asma Nadia
Penerbit : PTS Millennia Sdn BhdI
Mukasurat : 152 halaman
Tarikh Terbit: 12 October 2009
Buku ini mengisahkan liku-liku kehidupan yang perlu dilalui oleh seorang insan bernama wanita. Setiap cubaan dan dugaan yang datang, diharungi penuh sabar dan disusuli dengan tahajud serta doa pengharapan supaya insan lemah ini mampu menempuhnya, di samping tidak lupa kepada Allah yang maha mengasihani pada setiap hambanya.
Dengan kisah-kisah yang dipaparkan yakinlah kita dengan keajiban doa, mengadulah kepada Allah atas segala yang berlaku kepada kita,
Allah ada berfirman "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) yang Aku adalah dekat. Aku mengbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, hendaklah dia memenuhi segala perintahku, supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran" Surah al-Baqarah, ayat 186.
Berdoalah kepadanya dengan khusyuk dan pasrah, InsyaAllah Dia memakbulkannya kerana Allah maha pengasih dan penyayang kepada hambaNya.
MasyaAllah.
No comments:
Post a Comment