Followers

Wednesday, January 6, 2010

Kolam Air Panas Sg Klah

Bersiap sedia memakai gelongan tangan tanda anda masuk bukan secara haram!.... masuk dengan izin.


Abah paling seronok berendam... maklumlah dah kali kedua abah ke sini











Pemandangan di kolam air sejuk yang menjadi kegilaan kanak-kanak... dulu ada rupa sotong tapi kini sotongnya dah tak menyerupai lagi .. tak pasti kenapa?... mungkin kurang disenagi oleh penduduk setempat atau hasil vandalisme!





Aktiviti merebus telur sangat menyeronokan... tak sempat lak nak bawa telur... ada setengah tu bawa sampai 10 papan telur ... Nak kenduri kahwin apa!... Kalau nak beli telur dan rebus di sini pon boleh, tapi sangat mahal... cekik darah betul mereka ni!
Kolam air paling panas 60 hingga 70 darjah celcius.... tak ramai yang tahan!,,
Mulakan berendam dengan kaki sahaja dulu.... pastu baru badan! tak tahan ooo.... Panas!... pastu okeylah. Rasa tak nak keluar pulak.
Tempat kanak-kanak ada yang kurang panas sikit.... 30 - 40 darjah celcius.






Salam ,
Berjumpa lagi, Kami nak sambung cerita pengembaraan kami. Tempat terakhir dalam pengembaraan kami ke Perak ialah Taman Rekreasi Kolam Air Panas Sungai Klau.

AllahuAkhbar!... dalam kawasan yang agak jauh di pedalaman, di kelilingi ladang kelapa sawit, Allah telah mengurniakan keunikan yang tak banyak diperoleh di tempat-tempat lain, sebuah kolam air panas yang bukan buatan manusia tetapi memang anugerah Allah semata-mata. Terlalu banyak nikmat dan hikmah yang tersurat dan tersirat dapat kita peroleh bila berkunjung di sini.
Tempat perlancongan yang sepenuhnya diusahakan oleh Felda ini telah membuka ruang pekerjaan dan seterusnya melimpahkan sumber rezki yang bukan sedikit kepada penduduk tempatan, khususnya kepada anak-anak muda di sini. Alhamdulillah, semoga diberkati Allah!
Dengan kesedaran masyarakat sekarang yang semakin mementingkan kesihatan, mereka pasti memilih tempat ini sebagai destinasi pelancongan keluarga kerana di samping boleh membawa anak-anak beriadah, golongan dewasa turut mendapat manfaatnya yang bukan sedikit... Pemerhatian dan tinjauan ke tempat ini, kami dapati tempat ini memang sangat diminati ramai. Pengunjungnya datang dari dalam dan luar negeri... manakala pengunjung tempatan sendiri yang datang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Cuma sedikit kekurangan, kemudahan yang disediakan untuk menampung jumlah pelancong yang memang ramai tidak memadai dan mencukupi... Pondok-pondok rehat juga amat berkurangan. Kolam air panas yang lebih digemari oleh golongan dewasa atau golongan berumur berada agak jauh dengan kolam air sejuk yang lebih digemari oleh golongan kanak-kanak, justeru, agak sukar untuk memantau aktiviti anak-anak mereka dalam masa yang sama. Jalan yang selesa menghubungkan kolam air panas dan sejuk juga tiada, kami terpaksa berjalan agak jauh.... semoga sedikit kekurangan ini akan segera diatasi oleh pihak Felda.

Bayaran masuk sebanyak Rm10.00 untuk dewasa dan Rm8.00 untuk kanak-kanak dirasakan memang berbaloi. Datanglah sendiri untuk lebih merasai Kebesaran dan nikmat Allah ini, memang ada kelainannya setelah berendam lama di dalam kolam ini. Tapi kita dinasihatkan tak boleh berendam lebih lama daripada 30 minit... bimbang bila keluar nanti jadi macam telur rebus pulak!.... hehehe.... Wassalam....

No comments:

Post a Comment