Followers

Thursday, January 28, 2010

Kelebihan Ilmu Berbanding Harta

Tajuk : Ali Bin Abi Talib
Pengarang : Abdul Latip B Talib
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3892-30-3
Mukasurat : 328 Halaman
Kisah Khalifah Islam keempat sejak kecil hingga kewafatan beliau

Membaca buku ini rasa tidak mahu berhenti sebelum selesai membacanya, kezuhudan Saidina Ali memang tidak boleh dinafikan lagi... Terlalu banyak keistimewan Saidina Ali untuk diketengahkan. Hal ini hanya dapat dihayati sekiranya kita membaca buku ini. Satu perkara yang ingin ana ketengahkan dan kongsikan di sini ialah tentang "kelebihan Ilmu Berbanding Harta". Hal ini amat bertepatan kerana pada minggu ini ana memang sedang mengajar anak-anak murid tingkatan 5 tentang syair "Kelebihan Ilmu". Apa yang ana sentuh di sini juga telah ana sentuh dalam P&P ana sebagai tambahan dan membuka minda mereka..

Sebelum itu, Rasulullah pernah bersabda, "Rasulullah adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya".
Dalam satu majlis ilmu datang 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan ilmu saidina Ali. Lalu lelaki pertama bertanya, manakah lebih baik ilmu atau harta dan apakah dalilnya? Ali dengan tegas menjawab "Sudah tentu ilmu lebih baik daripada harta".
Lelaki pertama hinggalah yang kesepuluh bertanyakan soalan yang sama kepada Ali. Namun kebijaksanaan Ali beliau telah menjawab kesepuluh soalan lelaki tersebut dengan jawapan yang sama tetapi dalil yang berbeza.
dalil-dalil tersebut diringkaskan seperti berikut.

1. Ilmu itu warisan para nabi dan rasul, manakala harta warisan Qarun, Firaun dan Syaddad dan lain-lain.
2. Ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.
3. Orang yang menpunyai banyak harta mempunyai ramai musuh, sebaliknya orang yang banyak ilmu mendapat ramai kawan.
4. harta itu apabila dibelanjakan akan berkurang tetapi ilmu jika diamalkan semakin bertambah.
5. Orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati sebaliknya orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.
6. Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.
7. Harta mejadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.
8. Harta semakin lama disimpan semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.
9. pemilik harta akan berkata harta itu milik mereka. Pemilik ilmu akan berkata ilmu itu milik Allah.

Akhirnya sepuluh lelaki yang hendak menduga Ali beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Saidina Ali dapat menjawab banyak jawapan hanya dengan satu soalan. "Sekiranya 100 orang yang bertanya sau soalan yang sama aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza", kata Khalifah Ali bin Abi Talib

Terima kasih cikgu Linda kerana meminjamkan buku ini kepada Ana... Alhamdulillah ana sekarang sedang membaca sebuah lagi buku yang sangat menarik,, yang dipinjamkaan oleh seorang lagi rakan yang lain... InsyaAllah jika berkesempatan ana akan kongsikan di sini nanti. Wassalam

No comments:

Post a Comment