Followers

Saturday, January 2, 2010

Panorama Lawatan Ke Taiping

Keindahan tasik Taiping memang tak terungkap dek kata-kata. Kami percaya tasik semula jadi antara yang tertua ini menyimpan seribu rahsia dan kisah sejarah. Kami sempat merakamkan beberapa panorama untuk tatapan dan sebagai perbandingan bagi membuktikan bahawa sememangnya tasik ini masih cantik seperti yang kami lihat panoramanya menerusi gambar-gambar yang kami cari melalui internet. Cuma, beberapa kemudahan awam khususnya untuk yang ingin melakukan riadah di sini kayu-kayu yang digunakan telah agak uzur dan membahayakan. Hal ini membayangkan keuzuran dan lanjut usianya tasik ini. Namun hal ini tidak sedikitpun mencacatkan pemandangan di tasik ini. Hal yang cukup menarik juga melalui pemandangan kami yang singgah sekejap pada lewat petang 23 Disember dan semasa joging seawal tujuh pagi pada 24 Disember, kami tidak nampak perbuatan sumbang anak-anak muda yang sedang mabuk bercinta yang biasa kita nampak di Tasik cempaka yang sangat popular dengan aktiviti ini sehingga menimbulkan kontroversi suatu masa dahulu atau di Tasik perdana Kuala Lumpur yang tak kurang hebatnya. Hal yang menyenangkan ini membuatkan kami selesa berjoging atau berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan senja dan pemandangan awal pagi yang sangat sibuk dengan ramainya penghuni Taiping (mungkin) melakukan riadah dan joging.... Tetapi yang paling menariknya kebanyakan mereka itu ialah kalangan wargatua. Hal ini mungkin kerana hari itu hari bekerja, wargamuda sibuk ke pejabat menguruskan hal negara!....

Indahnya Tasik Taiping, Semoga Allah mengizinkan kami hadir ke sini lagi. insyaAllah











tempat permainan kanak, walaupun tidak banyak tetapi tetap ada..






Ain ke tu?.....

No comments:

Post a Comment