Salam. Slamat hari jadi buat umi tersayang! Slamat menghadapi umur baru ini. InsyaAllah umi sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Dan hari ke hari sentiasa dilimpahi kurnia-Nya, insyaAllah.
Ha… di sini… nak berceloteh sedikit… buku Bercinta Sampai ke Syurga karangan Hasrizal Abdul Jamil. Buku ini sangat 'special' bagi ana, ada sejarahnya! Banyak kisah di sebaliknya! Buku itu kini dah jadi milik ana, merupakan hadiah daripada umi untuk hari lahir ana dan hadiah ana untuk hari lahir umi.... Kebetulan!...
Ada satu topik yang amat ana tertarik. ‘Kamu Sentiasa Layak Diuji’. Dalam topik ini, penulis banyak berbicara dengan merujukan kepada sebuah novel tulisan Habiburrahman ‘Ayat-ayat Cinta’. Tertimbulnya persoalan; mengapakah watak utamanya, Fahri, yang terkenal dengan kekuatan agamnya, dengan kehidupannya di kelilingi nilai-nilai agama, diuji dengan ujian-ujian yang begitu berat? Dituduh merogol seorang gadis. Sekiranya dia seseorang yang baik akhlaknya, kuat agamnya, mengapakah dia mendapat ujian Allah sehingga menyebabkan maruah dan hidupnya tercela dengan tuduhan yang sebegitu?
Mungkin kita sentiasa menjaga diri kita, terpancar keimanan kita, dengan diri kita yang kuat berqiamullail, bertahajud, berpuasa sunat, menjaga pergaulan dan segala-galanya. Kita boleh mendakwa bahawa kita telah melakukan bermacam-macam perkara, kita mengharapkan diri kita sentiasa bawah pertolongan Allah, agar kehidupan kita sentiasa lancar bagai air yang mengalir. Tetapi, apabila kita dipertemukan dengan ujian demi ujian yang tersangat mencabar, apakah perasaan kita? Sehingga kita bertanya, apakah salah yang telah kita buat sehingga 'layak' menerima ujian sebegini hebat? Kita berpegang, yang baik dibalas baik. Tapi sedarkah kita bahawa tidak dikatakan beriman seseorang muslim itu sehingga dia menerima ujian daripada Allah. Semakin tinggi iman seseorang maka semakin besar pula ujian Allah untuknya.
Hasrizal menutup bicaranya dengan beberapa ayat yang amat menusuk sanubari.
Hamba sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki
Hamba sentiasa sedar dirinya layak diuji.
Hamba sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk Allah.
wasalam.
Hasrizal menutup bicaranya dengan beberapa ayat yang amat menusuk sanubari.
Hamba sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki
Hamba sentiasa sedar dirinya layak diuji.
Hamba sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk Allah.
wasalam.
Ai lam....
ReplyDeleteTerima kasih bebanyak kerana tulis sesuatu pada blog ini... Inipun blog Lam jugak. Keluarga umi jugak..
Jangan keluh kesah atas ujian-Nya.Sememangnya Ujian itu untuk meningkatkan keimanan kita. Sebaliknya Para Sahabat dan para ulamak akan rasa keluh kesah sekiranya dia tiadak diuji...
Boleh juga baca "Bila Allah Menduga Kita." Buku yang bagus, masuk dalam senarai MPH Best-Sellers.
ReplyDelete