Followers

Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

Sabar dan Mengeluh.

Salam alaik..


Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau,"Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari, ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara. Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda.

Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orang itu tidak mendapat ganti melainkan sia-sia belaka."Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan kerana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap musibah dan dugaan daripada Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan
Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Ya.. Allah berilah aku kesabaran menghadapi setiap ujian-Mu.


Saturday, July 10, 2010

19 HADITH MENGENAI WANITA



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-Anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

by:ekah@iGop

Sunday, January 24, 2010

Kita Layak Diuji?

Salam. Slamat hari jadi buat umi tersayang! Slamat menghadapi umur baru ini. InsyaAllah umi sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Dan hari ke hari sentiasa dilimpahi kurnia-Nya, insyaAllah.

Ha… di sini… nak berceloteh sedikit… buku Bercinta Sampai ke Syurga karangan Hasrizal Abdul Jamil. Buku ini sangat 'special' bagi ana, ada sejarahnya! Banyak kisah di sebaliknya! Buku itu kini dah jadi milik ana, merupakan hadiah daripada umi untuk hari lahir ana dan hadiah ana untuk hari lahir umi.... Kebetulan!...

Ada satu topik yang amat ana tertarik. ‘Kamu Sentiasa Layak Diuji’. Dalam topik ini, penulis banyak berbicara dengan merujukan kepada sebuah novel tulisan Habiburrahman ‘Ayat-ayat Cinta’. Tertimbulnya persoalan; mengapakah watak utamanya, Fahri, yang terkenal dengan kekuatan agamnya, dengan kehidupannya di kelilingi nilai-nilai agama, diuji dengan ujian-ujian yang begitu berat? Dituduh merogol seorang gadis. Sekiranya dia seseorang yang baik akhlaknya, kuat agamnya, mengapakah dia mendapat ujian Allah sehingga menyebabkan maruah dan hidupnya tercela dengan tuduhan yang sebegitu?


Mungkin kita sentiasa menjaga diri kita, terpancar keimanan kita, dengan diri kita yang kuat berqiamullail, bertahajud, berpuasa sunat, menjaga pergaulan dan segala-galanya. Kita boleh mendakwa bahawa kita telah melakukan bermacam-macam perkara, kita mengharapkan diri kita sentiasa bawah pertolongan Allah, agar kehidupan kita sentiasa lancar bagai air yang mengalir. Tetapi, apabila kita dipertemukan dengan ujian demi ujian yang tersangat mencabar, apakah perasaan kita? Sehingga kita bertanya, apakah salah yang telah kita buat sehingga 'layak' menerima ujian sebegini hebat? Kita berpegang, yang baik dibalas baik. Tapi sedarkah kita bahawa tidak dikatakan beriman seseorang muslim itu sehingga dia menerima ujian daripada Allah. Semakin tinggi iman seseorang maka semakin besar pula ujian Allah untuknya.

Hasrizal menutup bicaranya dengan beberapa ayat yang amat menusuk sanubari.

Hamba sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki
Hamba sentiasa sedar dirinya layak diuji.
Hamba sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk Allah.

wasalam.

Tuesday, November 10, 2009

Petua Murah Rezki!



Pesanan orang bijak pandai dan alim ulamak.
Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )
".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua-dua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua-dua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua-dua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)...
..Mari kita cuba….Allah huakhbar. .. Insya Allah Allahu Akbar !

Tuesday, October 13, 2009

Syair Beriman dan Bertakwa



Wahai manusia yang berakal
Hidup ini tidak kekal
Ilmu dan amal jadikan bekal
Kepada Allah hendaklah bertawakal.




Sementara hidup diberi nyawa
Kuatkan tekad azam di jiwa
Jangan cuai sambil lewa

Kepada Allah beriman bertakwa.



Berusaha beramal janganlah malas
Berbuat ibadat dengan ikhlas
Jangan merewang leka dan culas
Usaha yang baik akan dibalas


Kepada Allah beriman sentiasa
Tidak sesekali berbuat dosa
Ingat-ingatlah akan seksa
Azab Allah amatlah bisa.



Jika nafsu menyerang datang
Kita lawan kita tentang
Dengan gigih mengalah pantang
Bersama iman tinggi ditatang.


Jangan sesekali menyerah kalah
Teruskan bertakwa kepada Allah
Mengikut amalan sunnah Rasulullah
Bukan mengikut jalan yang salah.


Jika ada sebarang masalah
Hendaklah mengadu kepada allah

Cari di mana silap dan salah
Bukan berbalah salah-menyalah.




Jangan lalai membuang masa
carilah ilmu beramal berjasa
Demi agama, nusa dan bangsa
Kelak baktimu dikenang sentiasa.





Diubahsuai daripada,
Pelita Bahasa
Oktober 2009
















Eksplorasi Hati


Buat renungan dan santapan minda.

Hati yang bercahaya adalah hati yang diterangi dengan sifat-sifat terpuji. Sifat-sifat seperti sabar, redha, tawakal, tawaduk, berbaik sangka dan suka memaafkan orang lain. Eksplorasi ke dalam hati sendiri untuk menemui jawapan?.. Terokai sisi-sisi di dalam sama ada hati itu bercahaya atau zulmat!

Untuk memelihara kesucian hati akhlak Islamiah menganjurkan sesuatu yang sangat berharga,
"Ingatlah dua dan lupakan dua. Ingatlah kebaikan orang kepadamu dan lupakan kesalahan orang lain serta lupakanlah kebaikan mu kepada orang lain dan ingatlah kesalahan mu kepada mereka."

Zikir juga dapat menyucikan hati... namun tindakan ini perlu selari.. kerana Islam mengajar kita, HabluminalAllah, di samping itu Hablum minannas! perlu dipelihara... (Hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia)

WaAllahualam bissawab....