Followers

Tuesday, January 12, 2010

MENULIS PENGENALAN RUMUSAN

Banyak pelajar yang masih tidak dapat menulis pengenalan rumusan dengan betul.
Terdapat dua cara yang biasa digunakan untuk menulis pengenalan rumusan iaitu :
1. Mengemukakan tema keseluruhan petikan rumusan. (Tema ialah persoalan pokok/ utama).
2. Menggantikan kata kunci/ arahan pertama soalan dengan perkataan sama erti/ sinonim.

Daripada kedua-dua cara tersebut, hampir 90 peratus pelajar menulis pengenalan dengan cara menukar arahan pertama soalan dengan perkataan sama erti.
Contoh :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur.
Arahan tugasan dalam rumusan :
1. Kepentingan tidur dari segi saintifik ( Isi tersurat )
2. cara-cara mengatasi masalah sukar tidur ( Isi tersirat )

Untuk menulis pengenalan, hanya arahan isi tersurat sahaja digunakan.

Tema : Petikan membincangkan kebaikan tidur dari segi saintifik bagi menjamin kecerdasan seseorang.Menukar kata kunci "kepentingan" menjadi :

1. Faedah

2. Kelebihan

3. Peranan

4. Keutamaan

5. Keperluan

6. Manfaat

7. Maslahat

8. Mustahak

9. Afdal

Dianggap salah jika menukar arahan menjadi : Kemestian, keistimewaan, fungsi.
Jika pelajar mengulang kata kunci "kepentingan" juga mendapat markah 0.
Arahan kedua soalan iaitu cara-cara mengatasi masalah sukar tidur tidak perlu ditulis sebagai pengenalan rumusan.

HARAP SIAPKAN TUGASAN CIKGU!...
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan