Followers

Tuesday, October 26, 2010

Karangan SPM: Perpaduan Dalam Masyarakat Majmuk

Kepentingan Perpaduan dalam kehidupan Masyarakat Majmuk

Malaysia bumi nan bertuah. Manakan tidaknya, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, India, Cina, India, Iban dan kadazan yang membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh. Malah kehidupan masyarakat majmuk di negaa ini berlandaskan elemen perpaduan yang disuntuk dalam diri individu sejak dahulu lagi. Tragedi 15 Mei ternya menjadi penanda aras kepada masyarakat sarwajagat di Malaysia untuk terus mengekalkan Integriti Nasional yang bepaksikan dengan penghayatan sepenuhnya terhadap Rukun Negara. Perdana Menteri  Malaysia yang ke-6 turut memandang penting isu ini lalu merencanakan Gagasan ’1 Malaysia’ dengan tema, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Melalui pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia, rakyat di negara ini digesa untuk terus memelihara serta mengekalkan perpaduan antara kaum. Terdapat beberapa kepentingan perpaduan  dalam kehidupan masyarakat majmuk.

            Perpaduan merupakan kunci kepada pembangunan negara. Dengan Wawasan 2020 yang menghampiri penghujung sekali gus menjadi misi utama negara yang perlu dikecapi. Perpaduan penting dalam memastikan tanah air kita yang tercinta ini terus maju mengorak langkah ke hadapan. Masyarakat majmuk tanpa mengira bangsa dan agama masing-masing berusaha dan bekerjasama antara satu sama lain untuk meletakan Malaysia di peta dunia, agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negaa maju yang lain. Pelbagai bidang di negara ini mempu meraih kecemerlangan apabila wujud perpaduan  dalam kalangan masyarakat. Dalam bidang sukan umpamanya, kita akan mempu menjulang kejayaan sekiranya warga sukan menolak elemen perkauman. Datuk Misbun Sidek, yang merupakan jurulatih kepada Datuk Lee Chong Wee menjadi tertimoni terhadap kepentingan perpaduan apabila Datuk Lee Chong Wee berjaya menempa nama sebagai  Pemain Nombor Satu Dunia. Gandingan mantap kedua-duanya terus-menerus memastikan Malaysia mengungguli gelaran tersebut untuk sekian lamanya. Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata, ternyata dan sudah terbukti betapa elemen perpaduan menjadi asas kepada pembangunan negara.


            Perpaduan juga dapat mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi. Hal ini dianggap begitu penting apabila  suatu masa dahulu Tanah Melayu perlu mewujudkan perpaduan antara kaum dahulu sebelum dijanjikan kemerdekaan oleh pihak British. Kerjasama politik yang ditunjukkan oleh setiap kaum pada ketika itu merupakan tunggak kejayaan Malaysia pada hari ini. Malah Bapa Kemerdekaan Malaysia Tungku Abdul Rahman bersama-sama denganTun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan berusaha gigih dalam memastikan Tanah Melayu ketika itu, mengecapi kemerdekaan yang sepenuhnya. Pada hari ini perpaduan masih lagi menjadi teras dalam memastikan kestabilan politik apabila UMNO, MCA, dan MIC masih di bawah satu bumbung yang sama, iaitu Barisan Nasional (BN). Sikap toleransi, kerjasama dan tolak ansur yang diamalkan oleh pemimpin masyarakat marcapada ini memastikan Malaysia terus mengekalkan kestabilan dari aspek politik. Mereka memimpin Malaysia hanya dengan satu matlamat yang sama diiringi perasaan taat dan setia yang tak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agung selaku ketua negara.

            Di samping itu perpaduan dalam kalangan masyarakat mewujudkan suasana yang aman dan tenteram. Setiap pihak berusaha mewujudkan suasana yang aman dan harmoni untuk kesejahteraan semua pihak. Amalan hormat menghormati yang diamalkan oleh masyarakat berbilang bangsa di Malaysia berjaya mengekalkan keharmonian dalam kehidupan. Suasana yang aman dan tenteram tanpa perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek sahsiah diri, rohani, mentel dan fizikal. Oleh hal yang demikian , hal ini penting untuk terus  dikekalkan bagi memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat terjamin.

            Kongklusinya, atas apapun alasannya,  perpaduan harus diberi penekanan dan keutamaan dalam setiap agenda perdana negara. Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing agar nilai perpaduan terus terpelihara dari masa ke masa. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Malah sekiranya masyarakat memandang enteng isu perpaduan ini idak hairanlah sekiranya negara Malaysia bakal menjadi kucar-kacir, bak kata pepatah pecah telur sebiji habis telor sesangkak.

Oleh,
MUHAMMAD HAIDAR BIN IBRAHIM (5SN -2010)
Sek. Men. Keb. Seri Indah
Seri Kembangan,
Selangor

12 comments:

  1. u such a great guy! gudluck!

    ReplyDelete
  2. wah..bkn shj pndi dlm membuat krgan,anda jga pndai dlm fakta sjrah..all de best in your life..succes!

    ReplyDelete
  3. wah3..,bestnye karangan..,mesti A++++ kan BM..,

    ReplyDelete
  4. you do such a great essays...

    ReplyDelete
  5. karangan trrrbaek!!!!!gudluck

    ReplyDelete
  6. Knape 3 isi shj ??

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete