Followers

Friday, October 29, 2010

Allah Tempat Mengadu

Sahabat-sahabat dan anak-anak didikku,

Miskipun kita bersendirian, meskipun diuji dengan kesibukan atau dengan kesenangan, diuji dengan kepayahan dan kesusahan, janganlah sesekali-kali kita manjauhi Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Maka mengadulah kepada-Nya

Pernah malaikat berjumpa dengan Allah dan mengatakan bahawa insan sekian-sekian telah meminta pertolongan daripada-Mu berkali-kali. Perkenankanlah. Namun Allah mengatakan, biarkan si insan terus-terusan meminta daripada-Ku. Kerana aku rindu untuk mendengar keluh  tangisannya… Allah sedikitpun tidak rugi jika kita meminta-minta daripada-Nya. Namun kitalah yang rugi jika tidak meminta daripada-Nya. Dia-lah yang menentukan takdir kalian. Maka seharusnya hanya pada Dia sahajalah yang layak diadukan masalah.

Serahkan sepenuh jiwa raga kita kepada-Nya. Biar Dia sahaja yang menilai tahap cinta kita dan membalasnya setimpal dengan apa yang telah kita berikan. Jika sedikit yang diberi, maka sedikitlah yang kita peroleh. Jika banyak yang diberi maka banyaklah yang kita peroleh. Sesiapa yang mencari cinta-Nya sahaja yang nampak dan merasai kemanisan bercinta dengan Tuhan yang Maha Agung ini.


Ya Allah, kini diri ini terasa ingin sekali mencintai dan dicintai-Mu ya Rahman. Maka kurniakanlah cinta agung-Mu agar diri ini terasa tenang berada di samping-Mu. Beribadah kepada-Mu, berjihat untuk agama-Mu berkasih sayang dengan redha-Mu dan mencintai apa yang dicintai-Mu.



Walallahualam.

No comments:

Post a Comment