Followers

Sunday, October 11, 2009

LADAP 6

Sabtu ni, Sabtu terakhir untuk Latihan Dalam Perkhidmatan tahun ini!... Cukuplah 6 kali. Penulis kali ini sangat bersemangat. Awal-awal dah sampai. Ladap kali ini buat di UPM, cukup menarik. Pengisiannya dirasakan amat berguna dan memberi satu suntikkan baru kepada warga guru SMKSI. Di sana sini kemeriahan sambutan hari raya masih amat terasa. Lepas ladap ini sahaja ada 5 undangan rumah terbuka... kena cuba jugak penuhi undangan. Sebab Linda kata dia baca daripada sebuah buku, "antara orang mukmin yang kejam di dunia ni, ialah orang yang tidak cuba memenuhi undangan Jamuan".. takut pulak jadi orang yang kejam.
En Khalid M. Yusuff

Slot pagi di isi oleh Encik Khalid M. Yusoff. Pegawai Kanan JPS yang memang tak asing lagi. Rasanya ini dah kali kedua dia beri pengisian dalam program LADAP kami. Tapi ceramahnya memang berisi dan penuh maklumat. Banyak maklumat-maklumat terkini yang kami peroleh... Hari ni beliau membincangkan Perundangan Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia... rupa-rupanya nak buat Alumnipun kena tahu dan baca akta... Teringat geng2 Peah dan Haq buat meeting di rumah nak tubuhkan Alumni SMKSI masa opend house baru-baru ni..

Prof Dato' Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman

Slot kedua pula paling best. Pak Sheikh beri pengisian. Semua warga SMKSI yang senior tahu Pak Sheikh kalau beri ceramah memang sangat bersemangat. Kagum dengan Pak Sheikh, walaupun anaknya dah tak bersekolah di SMKSi tapi beliau sentiasa tak kedekut ilmu dan tenaga bila diminta beri ceramah. Prof Dato' Dr. Sheikh Omar walaupun telah berusia 63 tahun tapi masih bertenaga dan tak pernah kering idea. Terlalu banyak pengisian yang dicurahkannya. Antaranya yang dapat dituliskan di sini dalam apapun situasi, dalam kita membuat pertimbangan perlu merujuk kepada 4 perkara iaitu; Iman, Akal, Ilmu dan Ikhsan. Bukannya tepuk dada tanya selera! Sebaliknya tanyalah Iman, Akal, Ilmu dan ikhsan. Pada akhir ceramahnya beliau telah menyampaikan 2 buah sajak. Tapi penulis sempat kutip satu sahaja. Satu lagi agak panjang beliau janji nak e-melkan. Kita tunggu. Sajaknya begini,

One little bird was flying,
One man look up the sky,
suddently the little bird shed on his eye,
the man didn't cry,
but the man thanks god because the cow didn't fly!

Apa-apapun situasi kita jangan cepat melatah dan kena bersyukur atas apa yang telah Allah kurniakan. Pesanan terakhir dari Dato Sheikh We will do the best, lets Allah do the rest.


Dah nak abis la tuh!...


Habislah sudah LADAP tahun ini... 2009.
sekali lagi pengetua benarkan balik awal. untuk beraya katanya. penulispun pergilah beraya 2 buah rumah sekitar sekolah. Rumah En Khalid Lambak dan rumah Naqib. Lepas tu Jemput Ila di UPM...hehe esok 11/10/09 (cantik kan tarikh?) umi nak buah opend house untuk kekawan pulak. Student yang tak sempat datang dulupun dijemput datang! Kat rumah, beraya pulak sebuah rumah lagi (cikgu Akmal).. Sori ar kak Fauziah.. tak sempat dah nak gi rumah akak. Mun pun.. sori tak boleh datang, jauh sangat. Nak buat persediaan untuk esok jugak.

No comments:

Post a Comment