Followers

Monday, October 12, 2009

Jamuan Raya II

Dalam kesempitan waktu dengan tugas-tugas sekolah dan urusan rumah tangga, ukhuwah dengan rakan-rakan juga satu keutamaan dalam hidup penulis. Tak sempurna rasanya kalau raya tahun ini penulis tak undang teman-teman datang bertamu ke rumah. Di sinilah ruang dan peluang penulis bertemu dan bermesra dengan teman-teman yang sekian lama tak bersua muka.. Alhamdulillah ramainya sahabat yang hadir... terharunya. Berbaloila dengan penat lelah.

Rakan-rakan setugas di SMKSI... yang banyak membantu.




pick hour....

Dengan tawakal yang padu kepada Allah penulis teruskan juga rancangan nak buat opend house. Walaupun kalau ikut kudrat dan logik akal rasa macam tak mampu aje. Tapi dengan kata-kata semangat anakanda Amira dan Lam penulis tawakal teruskan juga. Alhamdulillah dengan menu yang tak seberapa, (yang penting masak sendiri) akhirnya majlis dapat berjalan lancar. Ramai pulak teman-teman yang hadir. Teman-teman satu U, satu sekolah dulu dan sekarang, kawan-kawan masjid suami, kawan-kawan sepejabat suami, kawan-kawan amira, kawan-kawan Lam, kawan-kawan setaman. Yang paling best kawan-kawan sebilik masa di Mekah dulu. Terharunya jumpa mereka..... rindu tak terkata.

Kak Maznah; teman sebilik di Mekah dan Madinah 2007



Dr. Manaf dan Dr. Faezah; tetap datang walaupun dah berpindah jauh.

Geng UNITEN


Kepada suami dan anak-anak yang membantu, terima kasih sayang.... Kesian Amira walaupun arini ada exam, dialah yang paling sibuk menguruskan tetamu dan juadah. Ila sempat jugak menjengok walaupun sangat sibuk dengan kuliah dan palapisnya.


Tini dan keluarga; banyak berkongsi suka dan duka sejak dulu kala.

Dah nak penghujung, datang jugak kak Rusni sayang!


Syukran jazillan khasiran kepada semua datang.... sesungguhnya penulis amat tahu dan yakin bahawa tetamu yang hadir itu datang membawa rezeki.... Kesudian semua yang hadir sangat-sangat penulis hargai. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dapat kita bertemu lagi. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment