Followers

Saturday, October 31, 2009

ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?

Buku ini sebenarnya pemberian daripada suami tercinta. Dia belikan untuk umi masa pameran buku di tempat kerjanya.. Abahpun kena baca jugak tau!...
Umipun sebenarnya belum sempat baca. Tapi dah go throw la... Buku yang ikah beripun belum abis lagi...

Berikut Intisari buku tersebut.



Judul : ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?
Harga : RM17.00
Judul : ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?
Pengarang : Dato' Dr. Haron Din
Mukasurat : 176 halaman
Cetakan Pertama : 2007

Islam itu Indah. Islam itu fitrah. Kenali ia, Cintai ia. Walaupun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan mengenai erti dan tujuan hidup manusia. Ia hanya dapat dijawab oleh agama.

Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak dahulu hingga kini, walaupun di mana sahaja manusia berada pasti memerlukan agama. Mengapa? Rasa ingin beragama adalah fitrah dan tabiat semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Mereka yang memilih untuk tidak beragama cuba melawan fitrah. Kesannya, jiwa mereka kosong. Hidup mereka tiada pedoman dan panduan.

Oleh kerana itu, Allah menurunkan agama kepada manusia bagi dijadikan panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia di dunia yang sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi. Sekiranya Allah tidak menurunkan agama, sudah tentu manusia sesat kerana fikiran dan pengalaman manusia terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan bagi memahami erti kehidupan, matlamat hidup, cara terbaik untuk hidup, persoalan ketuhanan, persoalan kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya.

Buku ini memfokuskan aspek pengembangan ilmu berkaitan pandangan Islam sebenar dengan kesedaran yang ilmu ini adalah aspek penting dalam memastikan masyarakat Islam terus maju dan cemerlang. Perkara-perkara dasar dalam Islam perlu sentiasa diulang kaji supaya ia terus mengukuhkan pendirian kita pada pegangan agama. Justeru, saya berusaha dalam memastikan dasar-dasar ajaran Islam diperjelaskan secara komprehensif di dalam buku ini. Ini termasuk rukun iman yang merupakan perkara paling asas bagi seorang Muslim. Jangan sekali-kali kita memandang ringan kepentingan rukun iman ini kerana ia berupaya menjulang seorang manusia tinggi ke langit mengatasi kemuliaan malaikat yang tidak pernah melakukan dosa.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mendapatkan jawapan, “Ada apa dengan Islam?” Saya berusaha memberikan yang terbaik namun hanya Allah yang berupaya melakukan yang terbaik. Oleh itu, ini sahaja yang mampu saya usahakan daripada ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya yang pastinya sedikit. Namun, daripada yang sedikit itulah, saya berusaha menyebarkannya kepada manusia seluruhnya. Semoga mereka mendapat mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Allah sahaja yang maha mengetahui dan kepada Allah jua kita memohon taufik dan hidayah.

1 comment: