Alhamdulillah, terubat segala penat lelah menguruskan Program Solat Hajat untuk SPM dan PMR 2009 kerana ramainya ibu bapa yang hadir. Sehingga ada sebahagian yang terpaksa solat maghrib di surau dan sebahagian lagi di dewan. Majlis pula berjalan dengan lancar tanpa ada masalah serius. Pelajar pula nampak sangat gembira datang dengan baju raya masing-masing kerana hari ini baru 12 Syawal.
Mula-mula tu bimbang jugak kalau makanan tak mencukupi, tapi tindakan menambah lagi bilangan makanan pada saat-saat akhir tengah hari tadi memang wajar, walaupun mula-mula pihak kantin menyatakan kerisauan bimbang makanan berlebihan... Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk tambah jumlah makanan.
Jutaan kesyukuran, Allah permudahkan segala urusan, walaupun cuma bersedia dalam beberapa hari sahaja kerana cuti raya. Terima kasih semua guru yang sangat membantu. Tidak tersebut nama guru-guru di sini, baik yang menyumbangkan tenaga mahupun wang ringgit. Para pelajar yang hadir dengan ceria dan bergaya mengharapkan kurnia Ilahi agar mendapat kejayaan cemerlang. Kasih sayang ibu bapa yang sanggup mengorban masa yang sangat berharga sehingga sanggup datang memberi motivasi kepada anak-anak yang akan memduduki peperiksaan. Tidak lupa kepada penceramah, yang memang berkesan dan bersahaja serta memahami situasi di sekolah.
Satu yang penulis nampak, semenjak menguruskan segala program sekolah berbentuk keagamaan, Allah menampakkan kepada penulis banyak kekuasaan-Nya. Adakalanya tak terduga oleh akal pemikiran biasa. MasyaAllah, Alhamdulillah!. Hal ini memberi semacam inspirasi dan semangat kepada penulis untuk terus melaksanakan program demi menegakkan syiar-Mu di bumi Allah ini. InsyaAllah. Segalanya dengan izin dan kurnia-Mu jua ya Allah. Semoga Allah terus memudahkan segala urusan dan memberi petunjuk-Nya dalam melancarkan segala program yang dirancang.
No comments:
Post a Comment