Followers

Sunday, March 14, 2010

Indahnya punya kampung

Kesempatan balik ke kampung merupakan saat terindah kami sekeluarga. Kesempatan untuk balik ke kampung selalunya tak akan kami persia-siakan sekiranya ada peluang. Umi kata, tak kisahlah walaupun kami berada di kampung kurang daripada 24 jam namun, sangat bererti kerana dapat bersama-sama atok, Wan, sepupu sepapat, mak dan pak sedara.

Kebiasaanya setiap kali kami balik, Wanlah yang paling sibuk... macam-macam resepi wan akan masak. Tentunya yang umi tak pernah masak semasa di rumah sendiri. Balik ke kampung kali ini Wan masak l0mak cili api ikan Baung ( sungai Pahang) dengan asam limau kasturi. BEST... Memang masakan kegemaran YA...

Walaupun kami sempat bersama-sama atok dan Wan sekejap sahaja kerana esok ( Isnin 15 mac) Ya dah mula ada kelas tambahan dan umi juga terlibat, namun macam-macam aktiviti sempat kami lakukan. Antaranya, Umi dan along sempat tolong Wan menanam semula deretan pokok bunga orked Wan yang memang sangat banyak dan sering menarik perhatian tetamu yang datang ke rumah atok. Selain itu, kami sempat bermain badminton di gelanggang tanah yang Pak Teh bina. Cuma yang tak sempatnya nak bermain dengan kambing-kambing atok yang sangat comel-comel tu.... huhu...
Atok, Wan maaf kerana kami tak sempat nak berada lama di kampung... Setiap kali bila umi cakap kami akan balik hari ni, atok pasti akan kata "Apo copek na nak balik? Cutikan lamo lagi"... Walaupun sememangnya kami ingin berada lama di kampung tapi apa boleh buat... InsyaAllah bila ada kesempatan kami pasti akan balik semula ke kampung... Dan memang saat itulah yang sering kami tunggu2.. Semoga Atok, Wan akan sentiasa sihat. Amin

No comments:

Post a Comment