Followers

Friday, March 19, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010

Salam alAik,

Dalam kesempatan waktu yang ada, sempat juga ana membawa anak-anak perkunjung ke pesta Buku Antarabangsa 2010. Walaupun hari itu hari Jumaat dan hari pertama pesta tapi bilangan pengunjung amatlah ramai.


Hal ini memang telah ana duga namun, bagi memenuhi kehendak ekah yang akan tamat percutiannya pada hujung minggu ini maka ana gagahkan juga kederat mengharungan lautan manusia tersebut. Berbanding anak-anak yang lain, Ekah memang belum pernah berkesempatan berkunjung ke Pesta buku yang diadakan setiap tahun ini..


Pergi dengan menggunakan "public transport" memang memeritkan. Lebih-lebih lagi komuter! pergi balik macam tin sardin... Tapi apa boleh buat itulah yang paling mudah.

Antara buku yang dapat dibeli dalam pameran tersebut,


  1. Dahsyatnya Doa Ibu, Samsuddin Noor (PTS)

  2. Dahsyatnya Qiamullail, Mahmuddin Abdullah (PTS)

  3. Solat Dhuha, Muhammad Mokhtar (PTS)

  4. Aisyah Ummul Mukminin, Sulaiman Al-Nadawi (PTS)

  5. KHALID memburu syahid, Abdul Latip Talib,(PTS)

  6. SALAHUDDIN AYUBI, Abdul Latip Talib, (PTS)

  7. Ini Suatu cerita, Faizal Dzasrik (PTS)

  8. Denyut Kasih Medik, Dr. Farhan Hadi (Telaga Biru)

  9. Shootz. Jil 1 & 2, (Komik-M.com)

  10. Dear YAYAH, (Komik-M.com)

  11. Nostalgia Ana Solehah, (Ana Muslim)

  12. Komik2 daripada GEMPAK STARZ Collection (rasanya ada tujuh buah)

  13. majalah-majalah.
  14. Koleksi Kertas Peperiksaan SEBENAR SPM 2010 EDITION [Additional Mathematics, Chemistry, Physics]

Buku-bukunya memang menarik dan terkini, rasa nak beli semua.


Akhirul kalam, kata anak-anak memang seronok tengok buku... cuma yang tak bestnya dah nak buka sekolah dan bagi Amira buka sekolah nanti terus EXAM!...




Ish Ain, adalah yang tak kena tu!.... walaupun sebelum pergi dah buat perjanjian



memang penat..... itupun tak abis round!


Ikahlah yang paling seronok sebab hasrat tercapai!.... boleh cete kat orang Gopeng, dapat pergi pesta buku



huhu..... ramainya manusia.... macam....



Mentor Umi.... bersama-sama A. Samad Said. Sasterawan Negara!



Syukri dan Ain dalam Trainpun baca komik


Semoga dapat berkunjung lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah.



3 comments:

  1. dah besar syukri dan ain. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Amiin..

    ReplyDelete