Followers

Monday, March 29, 2010

Menanti di Barzakh..di PNM smksi 2010



Salam alaik,
Kali ini cekgu nak menarik perhatian kepada persembahan para pelajar yang telah membuat persembahan sempana pelancaran Program Penerapan Nilai-nilai Murni SMKSI 2010 pada 29 Mac 2010 di Dataran Seri Indah semasa perhimpunan rasmi mingguan....

Persembahan yang singkat ini telah dapat menarik seluruh perhatian para pelajar SMKSI baik yang bukan Islam apatah lagi yang Islam.... Persembahan yang yang dimulakan dengan jeritan Sakaratul Maut!!..... telah menyebabkan penonton tergaman dan dan terdiam seketika. Satu gimik yang sangat baik.

Persembahan ini bertambaha menarik dan para pelajar agak terpegun apabila sekujur mayat yang dibalut dengan kain kapan di usung ke atas pentas, cikgu kira persembahan yang sangat menarik dan berjaya menarik perhatian semua pelajar selepas mendengar ucapan perasmian pengetua yang tak pernah sekejap. Walaupun bahang panas mentari semakin terik tetapi tidak memberi kesan kepada pelajar SMKSI yang memang telah biasa dengan kepanasan. Tahniah semua pelajar SMKSI. Cikgu kagum dengan kalian. Walaupun suara solo pelajar yang membawa lagu menanti di barzakh tidaklah sehebat penyanyi asalnya api tetap berjaya mencuri tupuan semua warga SMKSI.


sekujur mayat di usung ke pentas... siapala tuh?..




Para pelajar yang terlibat membuat persembahan.


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat dan kepada ustazah Aisah tang melatih dan menguruskan pelajar...

No comments:

Post a Comment