Followers

Monday, November 30, 2009

Hari Tasyrik - Antara hari yang diharamkan puasa!!...

"Na, bangun dah pukul 5 pagi", kejut suamiku.
Aku bingkas bangun.... selalunya aku bangun dahulu daripada suami.... tak tahu kenapa hari ini perlu dikejut baru aku terbangun...
"Along Biologi ada tiga paper ari ni", suami mengingatkanku.
"Kita sahur simple je la ye.. dah lewatni", aku mohon persetujuan suamiku.
"Takpe... rotipun cukup".

Aku beredar dari bilikku lantas mengejutkan Amira dan Syafiqah. Merekapun ingin berpuasa hari ini. Aku menyediakan juadah sahur ala kadar sahaja.... nak masak pastinya dah tak sempat kerana waktu imsyak sekarang awal. Hampir 5.20 suami dan anak-anak turun. Kami sahur bersama-sama. Seperti biasa waktu makan suamiku akan buka satu topik untuk dibincangkan. Pagi ini dia memulakan ceritanya dengan mengingatkan kami bahawa hari ini hari terakhir hari tasyrik!

"Betul ke bang?" tanyaku sekali lagi meminta kepastian.
Dia membilang hari semula, "Jumaat, 10 Zulhijjah so betullah hari ini 13 zulhijjah! masih hari Tasyrik," balas suamiku penuh keyakinan.
"Kalau macam tu hari ni hari yang diharamkan puasa!..." Balasku.
"Wah, kita breadfast awal la hari ni!" sambung Amira.
"Takpe nanti Iqah cek dalam buku," celah Iqah pula yang sedang menyuapkan roti ke dalam mulut...
"kalau macamtu baiklah umi solat tahajjud dulu". Aku meninggalkan meja makan lalu mengambil air wuduk.

Pagi itu along menelefon umi. Rutin biasa along kalau ada exam. Terutama paper yang along rasa sangat sukar. Maka restu umi perlu didengarinya dahulu sebagai penguat semangat sebelum melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan. Umi menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah awal pagi tadi. rupanya alongpun sama!....

"So, hari ini along periksa tapi umi dan abah tak boleh puasa.... Takpe nanti dalam solat Dhuha umi , umi akan buat solat hajat juga untuk along macam selalunya, InsyaAllah"

SEMOGA ALONG BOLEH JAWAB DENGAN BAIK DAN ALLAH PERMUDAHKAN SEMUANYA UNTUK ALONG! AMIN

No comments:

Post a Comment