
Tiba-tiba masuk seorang penjual majalah berbangsa Cina yang memang ana telah kenal sangat kerana hampir setiap minggu dia akan datang ke bilik ana untuk menjual majalah. Selalunya kedatangnnya menyebabkan ana rasa serba salah. Nak beli, entah apa-apa majalah yang dibawanya, tak beli, kesian pulak.

Situasi yang sama jugak berlaku semalam, dengan rasa terpaksa ana cari juga satu majalah agar dapat memuaskan hati penjual tersebut. Tapi kali ini pilihan ana amat berbeza, kiranya majalah yang ana pilih ini amat bermanfaat dan amat sesuai dengan jiwa dan keperluan ana. Majalah tersebut ialah SOLUSI.
Seharian ana membacanya, ruangan Muslimah, i-pods, hinggalah Pesan nenek memang kena dengan rutin harian sebagai wanita, isteri dan ibu. Begitu juga banyak tip-tip diberikan untuk memantapkan keimanan kita. Inilah solusi kepada banyak permasalahan ana. Kini rasa tak sabar untuk memiliki keluaran yang akan datang.
Semoga majalah yang ana temui ini harap dapat terus menunjuk jalan menuju hidayah dalam kesesatan belantara kehidupan.
Salam.insyaAllaha ana akan mula berjinak2 dgn solusi..satu lagi pengisian minda yang bagus..mari mari dptknnya segera!!!
ReplyDelete