Wah!... pejam celik pejam celik dah bulan November. Dah hampir sangat ke penghujung tahun 2009. November bermakna beberapa hari sahaja lagi pelajar sekolah akan bercuti panjang. Namun para guru banyak senarai kerja yang menanti. Yang paling memeningkan anak-anak akan bercuti, maka mereka telah sibuk mengatur perancangan hendak bercuti kemana? Anak-anak umi, tiada percutian selagi along tak habis SPM.
Sebenarnya umi bukan nak sentuh tentang cuti tapi ada perkara lain yang lebih penting iaitu "Penghuni Desa Damai". Topik ini ada kaitannya dengan peredaran masa....
Umi baru menerima langganan majalah Pelita Bahasa umi untuk bulan November... biasa la, bila dapat sesuatu majalah baru yang umi langganan tak sabar-sabar rasanya hendak umi membeleknya. Tiba-tiba umi tertarik dengan satu artikel " Menghargai Penghuni Desa Damai". Terdetik dalam hati mengapa pulak nama Desa Damai tertera dalam majalah ini. Sebagai salah seorang penghuni Desa Damai (taman perumahan ana tinggal) pastinya rencana ini sangat menarik perhatian umi....
Setelah habis umi membaca rencana ini tahulah umi apa yang dimaksudkan dengan Menghargai Penghuni Desa Damai . Timbul sebak yang mendalam di hati umi. Mahu rasanya umi menitiskan air mata.... rasa insaf dan sedar akan kehidupan yang fana ini. Bila-bila sahaja kita akan dijemput Allah... Seperti mana Penghuni Desa Damai yang telah disenaraikan dalam artikel yang umi baca itu. huhu... anak-anak umi kita dahpun lama menghuni Desa Damai ini, tapi kenapa kita tidak pernah terfikir rupanya nama desa yang damai ini digunakan oleh ahli-ahli bahasa untuk menamakan tempat persemadian orang-orang yang telah pergi dan tak kembali.
Umi harap ini satu peringatan untuk kita, anak-anakku! supaya sentiasa mengingati tempat persemadian kita yang kekal abadi, kerana sememangnya kita telah lama di sini !....
Mencari Damai di sini!...
ReplyDeleteWah!... along paling best!. Desa Damai maksud nama along. Sakinah. Sebab itu surau kita dinamakan Surau As-Sakinah.. Doa umi along sentiasa Sakinah seperti namanya! Amin
ReplyDeleteAssalamualaikum. Tentu akak tengah dok tengah sibuk make up nak p sekolah ni. Saja saya nak kacau pg2. Jgn lupa bila nak keluar rumah tu baca wajaalna ye...Malulah saya apa yg sy sms kat akak tu masuk dlm blog akak, nanti org kata nak menunjuk2 lak.Sebenarnya apa yg suami n sy wat 2 kerana ALLAH, keluarga, agama ,msyk, n negara. Allah maha mengetahui hati kita. (ada Visi n Misi lah tu....). Lagipun ini adalah amanah aruwah ayah saya.....op tak leh cakap le...off record. Macam Nabi Muhammad dulu menyebar agama Islam lah, byk rintangannya (semua org pun tau kan). Sebut pasai nabi sy amat kagum sgh. Kalu ( ikut cara Dr. Mahathir cakaplah tuu..)boleh nak jd macam 2 gak. Tapi sampai mati pun tak akan jd punya. Kalu d Malaysia ni org yg sy kagum Dr. Mahathirlah (semua org tau)n Jutawan Malaysia Syed Mokhtar Al-Bukhari. Depa ni ada power n aura tersendiri.
ReplyDeleteSy suka depa pasai depa ni anak2 org Kedah belaka sekapai dgn sy. malah Dr. Mahathir 2 jiran sekampung saya (Kg. Titi Gajah, Aloq Setaq)
bau2 bacang org kedah saja. Depa X kenai sy pun tapi kerabat yg d kg Dr. Mahathir 2 ngan ayah saya kenai la dok mengaji pondok sekali. Teringin gak nak jd macam depa, kalau tak dapat pun turunkan amanah kat anak2 sy lak. Itupun kalu Allah izinkan,Amin.
Akhir kata apa yg kita buat tu ada matlamat sendiri. Kita boleh merancang Allah yg menentukan segala2nya. Untuk semua terutama pelajar2 SMKSI bersikap positiflah dari skrg. Cikgu Ropishah doakn anda semua berjaya dlm apa shj peperiksaan, Jangan tinggai sembahyang, hormati guru2 n ibu bapa. Wassalam.