Followers

Sunday, November 15, 2009

Kenangan Terindah

Cuti pendek hujung minggu ini, ana dan famili (fiveofus, without along n ekah) ambil peluang pulang ke kampung untuk menghadiri walimahtul-urus jiran paling dekat ana di kampung (Acik Melan). Di samping itu, serampang banyak mata, ingin berjumpa ayahbonda yang kali terakhir ana cium tangannya pada Hari Raya yang lepas. Tak dinafikan juga inilah peluang ana ingin berjumpa rakan-rakan sepermainan yang memang dah lama tidak ana temui. Dalam majlis2 kenduri kendara seperti ini sahajalah ana berpeluang bertemu dan beramah mesra sengan kawan-kawan lama.

Tentunya bila bersua muka isu yang paling hangat ditanyakan ialah "anak dah berapo?". Mungkin itulah nilai kekayaan diri yang sebenarnya.. Dalam kalangan rakan-rakan ana termasuk dalam kategori bilangan anak agak ramai...
"baru limo!"
"Wah...baru lima? Den dah tigo!"... maka berderailah gelak ketawa dengan gurau senda.
Memang sangat menghiburkan..

Anak-anak Acik Melan sendiri dah macam saudara dengan keluarga Ana. Kami semasa kecil-kecil dulu sama-sama mengharungi susah senang hidup di kampung. Anak-anak acik Melanpun alhamdulillah dah berjaya membina kehidupan sendiri.. Namun, masing-masing tak pernah lupa rumput di mana mereka pernah berpijak... walaupun masing-masing telah mengapai bintang di langit. Kemesraan dan luhur hati budi mereka tetap seperti kami sama-sama bergelumang lumpur dahulu. Terlalu banyak kenangan dengan keluarga ini. Alasan itulah yang kuat memanggil ana untuk pulang dan turut sama-sama memeriahkan majlis Acik Melan yang telah sendirian sejak suaminya Wak Harun meninggal dua tahun yang lepas.

Semasa hendak bertolak pulang ke Bangi, ana telah terserempak dengan seorang tua, Pak Embeh... Kiranya dia masih kenal ana. Sempat ana bertanya khabar. Raut wajahnya dia nampak sihat dan teruja berjumpa ana... banyak pertanyaan yang diujarkannya. Kepada anak-anak ana ceritakan dialah Tok Siak kampung ana semasa ana kecil-kecil dulu. Dialah yang selalu mengejar dan menghalau ana dan rakan-rakan kerana suka terjun kolam dekat surau tempat orang ambil wuduk... kini semuanya tinggal kenangan yang amat berharga bagi ana..... Satu ayat ejekkan yang sangat ana benci dan paling ana tak boleh lupa hingga kini, "Inna bolo-bolo, ayah tokeh telor"... Mereka akan melagukan ayat tersebut (macam lagu hindustan), kalau nak mengusik ana... dari budak-budak sampailah orang dewasa.... cumaaa... sekarang mereka mungkin dah tak ingat... tapi ana akan tetap ingat sebagai kenangan terindah menjadi anak seorang taukeh telur di kampung Baru Sungai Ling, Temerloh, Pahang.

Kepada anak-anak Acik Melan, Along, Angah, Cuie (sebaya ana), Gayah, Suri, Amie,Kumar, dan dek Man (yang melangsungkan perkahwinan) ana doakan ukhuwah kita akan berkekalan walaupun dah membawa haluan masing-masing.

No comments:

Post a Comment