Followers

Wednesday, November 11, 2009

Majalah SOLUSI yang dicari!

Semalam, usai mengajar ana terus balik ke bilik GKMP.. memang penat... selalunya kalau hari Rabu ana memang akan keletihan kerana ana kena sediakan relief untuk cikgu-cikgu yang tidak hadir ke sekolah. Tambahan pula sekarang ini semua guru BM tingkatan 5 kena buat Kelas Bestari untuk pelajar yang BMnya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Tiba-tiba masuk seorang penjual majalah berbangsa Cina yang memang ana telah kenal sangat kerana hampir setiap minggu dia akan datang ke bilik ana untuk menjual majalah. Selalunya kedatangnnya menyebabkan ana rasa serba salah. Nak beli, entah apa-apa majalah yang dibawanya, tak beli, kesian pulak. Pernah satu kali tu oleh kerana ana seorang sahaja dalam bilik tu, ana beli jugak entah apa-apa majalah asalkan dia cepat beredar dan lebih kepada rasa simpati kepada dia kerana sikapnya yang begitu tekun mengeluarkan semua majalah yang ada dalam bagnya.
Situasi yang sama jugak berlaku semalam, dengan rasa terpaksa ana cari juga satu majalah agar dapat memuaskan hati penjual tersebut. Tapi kali ini pilihan ana amat berbeza, kiranya majalah yang ana pilih ini amat bermanfaat dan amat sesuai dengan jiwa dan keperluan ana. Majalah tersebut ialah SOLUSI.
Seharian ana membacanya, ruangan Muslimah, i-pods, hinggalah Pesan nenek memang kena dengan rutin harian sebagai wanita, isteri dan ibu. Begitu juga banyak tip-tip diberikan untuk memantapkan keimanan kita. Inilah solusi kepada banyak permasalahan ana. Kini rasa tak sabar untuk memiliki keluaran yang akan datang.

Semoga majalah yang ana temui ini harap dapat terus menunjuk jalan menuju hidayah dalam kesesatan belantara kehidupan.

1 comment:

  1. Salam.insyaAllaha ana akan mula berjinak2 dgn solusi..satu lagi pengisian minda yang bagus..mari mari dptknnya segera!!!

    ReplyDelete