Dalam beribadah selain tidak bersifat riak (menunjuk-nunjuk) dan ujub (kagum dengan diri sendiri) kita juga ditegah bersifat sum’ah. Walaupun jarang orang bercakap mengenainya, reality penyakit jiwa ini talah menimpa ramai ahli ibadat.
Maksud Sum’ah
Perbuatan seseorang yang menceritakan amalan-amalannya agar didengar oleh orang lain lalu mereka memujinya. Contohnya, orang yang menbaca al-Quran lalu memperindahkan suara dan lagunya tatkala mengetahui ada orang lain yang mendengar dan memerhatikannya.
Selain itu Sum’ah juga sikap sengaja menceritakan kepada khalayak tentang amal ibadahnya bahawa dia beramal dengan ikhlas kerana Allah agar orang lain memberikan pujian dan sanjungan yang tinggi kepadanya.
Ancaman Allah kepada orang-orang ini, seperti terkandung dalam hadith Jundub r.a. Beliau berkata, “sesiapa melakukan perbuatan sum’ah, nescaya Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa yang melakukan perbuatan riak, nescaya Allah akan memperlihatkan aibnya” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Pendapat lain, “Sesiapa yang hendakkan pujian manusia dengan ilmu yang dimilikinya, maka Allah s.w.t akan mendedahkan rahsianya kepada sekalian manusia (di akhirat).
Bayangkan saat malunya manusia di hadapan Allah bila mana fail amalan yang rosak didedahkan Allah. Justeru, sama-samalah kita memantau dan memelihara perjalanan hati kita supaya amalan kita makbul sejahtera dan indah gemilang dijulang mengadap Rabbul Alamin, dan berdoalah agar kita tidak termasuk golongan sum'ah yang di maksudkan. Amin, amin ya Rabilalamin.
Rujukan,
No comments:
Post a Comment