Tiada dalam gambar pn Haslina. Takziah kepada kak ina kerana ibu mertua baru meninggal.
Salam Alaik
Setelah sekian lama tidak berpeluang berjumpa dangan "Shifu" kami akhirnya pada hari ini kami dapat juga berkumpul, berdakap mesra dan bertukar-tukar pengalaman dengan mantan boss kami yang sangat kami hormati dan kasihi ini.. Semalam genap usia Datin Rajimah 58 tahun... dah tiga tahun beliau bersara. Namun Datin alhamdulillah tetap sihat, sangat aktif dengan aktiviti harian dan sedang aktif menimang cucu. Kali terakhir kami bersua Datin semasa beliau datang dengan ke SI berjumpa kami dan warga SI semata-mata ingin mengucapkan terima kasih beliau kerana baginya Seri Indah yang membantunya menarih gelaran Tokoh Guru Selangor 2009. Bangganya kami masa itu!
Memang tidak dapat dinafikan walaupun telah tiga boss bersilih ganti selepas beliau tetapi kasih sayang kami dan perhatian beliau kepada kami masih tidak luntur.. Datin memang banyak mengajar kami dalam kerjaya sebagai guru khusus dalam bidang pentadbiran sesebuah sekolah. Jadi memang tidak hairan jika beliau mendapat Anigerah Tokoh Guru Selangor 2009..
Perkembangan terbaru tentang Pn. Siti Hawa, sememangnya amat mengembirakan Datin. Pelbagai panduan dan semangat tentunya menghujani Pn. Siti Hawa. Kami cadangkan kepada Pn. Siti Hawa "ambik je Datin jadi konsultannya."
Akhirnya, terima kasih Datin atas segala-galanya. Tentunya kami akan sentiasa mendokan kesejahteraan Datin di dunia dan akhirat. Mohon Datin juga doakanlah agar kami juga suatu hari berjaya seperti datin. Amin.
Semoga kita bertemu lagi.
Seri Indah rindukan kepimpinan Datin
No comments:
Post a Comment