Followers

Friday, April 2, 2010

Majlis Bacaan Yasin






Salam alaik....

Sebagai penerus tradisi tahun-tahun sudah, Majlis Bacaan Yasin setiap pagi jumaat diteruskan lagi.... Bezanya kalinya mengikut kehendak Bos, semua mesti ada kertas kerja mesti ada dokumen... so dengan prosedur yang ada dan perlu dipatuhi, akhir dapat juga dilaksanakan. Untuk tahun 2010, ini kali kedua program ini diadakan setelah diadakan semasa Majlis Maulidur Rasul lepas sebagai pembukanya...


Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat yang jitu kepada semua warga SMKSI untuk terus istiqamah mengamarahkan suasana sekolah dengan kesepaduan dengungan dan kemerduan bacaan Yasin para pelajarnya dan guru-gurunya pada setiap pagi Jumaat yang indah. Semoga dengan itu kita sama-sama mendapat barakah dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah swt. sentiasa tenang dan sabar menghadapi apa jua cabaran dan dijauhi daripada segala ancaman dan mara bahaya. Amin ya Rabilalamin.

Nak ambil kesempatan juga nak ucapkan selamat meneruskan perjuangan di tempat lain kepada Cikgu Sofiah Daud yang dapat bertukar ke PPK. Jangan lupakan kami di Seri Indah!.. Semoga ukhuwah terus berkekalan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment