"Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian 9jalan0 hidup yang kita pilih selama didunia. itulah sebabnya setiap hari kita meminta ditunjukkan jalan yang lurus (sirotolmustaqim) dalam solat kita setiap hari.oleh sebab itu sesiapa yang memilih jalan allah, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk mencapai syurga idaman"
(petikan majalah SOLUSI isu #18 m/s 103)
wahai saudara sesama Islamku sekalain,,
marilah kita bersama-sama saling membantu antara satu sama lain bagi memudahkan lagi proses kemasukan kita semua ke syurga. janganlah dipersulitkan satu sama lain dengan turut mengajak atau menyeru kearah kejahatan.lagi pun, kan Rasulullah suruh kita berebut2 buat kebaikan.sekurang-kurangnya sekiranya kita tak mampu dan tak mahu memudahkan proses pendaftaran kita ke syurga janganlah diajak orang lain sekali. Kejahatan itu bukan sesuatu untuk dibanggakan.sayang sekali, saya melihat begitu ramai sekali (remaja khususnya) begitu bangga menunjukkan kejahatan atau kesalahan yang mereka lakukan.
''You dah berapa kali couple?.what? tak pernah.OMG so outdatedlah.tulah kan i suruh you pakai BOTOX .you tak nak.tengok sekarang.."
''eh, takkan nak pegi masjid kot.ko dah nak meninggal ke''
''pakai tudung?hisy apa you merepekni.Rambutkan mahkota setiap wanita.pakai tudung mana nampak.wait a minute.mungkin boleh kot but i nak yang jarang sikit.batu class''
mungkin ni antara dialog biasa kedengaran di corong2 televisyan dan radio. biase tapi tak betul. bingung jugak kepala ini memikirkan sebabnya.tetapi saya rasa benda yang paling pnting yang menyebabkan semua ini terjadi kerana
"bila benda yang salah itu dirasakan biasa malah yang baik itu dirasakan terlalu janggal maka malulah kalau I dipandang janggal oleh orang lain.so,,tak payah buatlah''
betul tak?.ke saye je yang fikir macamtu.memanglah tak boleh dinafikan banyak lagi faktor lain.tapi macam geng2 BADAR cakap.it all about BIAH SOLEHAH.suasana banyak memainkan peranan penting dalam pembangunan seseorang.contoh paling senang.PEMBANGUNAN KANAK2.seorang kanak2 itu lebih besar kebarang kalian (ada ke perkataan ni?) untuk menjadi soleh sekiranya dibesarkan dalam SUASANA Islam yang praktikal dan sebaliknya.kenapa saya kata suasana islam yang PRAKTIKAL. hal ini kerana zaman sekarang ramai yang rajin hantar anak2 pergi mengaji agama secara teori tapi bila balik rumah praktikalnya tiada, maka apakah ada penghayatan disitu?
A :kitorang tak mengaji agama dulu.tulah sebab kitorang suruh anak kitorang pergi mengaji.bila balik rumah kitorang nak bagi ape kat die.?
B : belajarlah agama.pergi ikut ceramah kat masjid tu pun dah ok
A :kau tau ape? cakap boleh lah. cuba kau try tengok nak keje dengan urus anak2.praktikal konon.kitorang sibok lah.mana ada masa.
saya tak nafikan mmg saya belum berkeluarga malah jauh sekali untuk rasa beratnya beban ibu bapa yang perlu mendidk anak2 dan nak bahagikan masa pulak dengan kerjaya. tapi kalau nak boleh je. takde alasan. kalau kita boleh paksa anak2 kita pergi sekolah agama takkan tak boleh paksa sikit masa kita untuk dengar ceramah2 agama. bukan untuk orag lain. untuk diri dan keluarga sendiri jugak.
baiklah berbalik kepada tajuk kita ,lagi satu,,cuba kita tengok graduan lepasan luar negara.antara timur tengah dan barat.antara orang LONDON,IRAQ,CHINA dengan Malaysia. mesti ada lain sikit.kenapa?. sebab SUASANA. yang penting dalam apa suasana sekali pun,sentiasa ada cara untuk menghala kearah kebaikan cuma caranya berbeza.sebab itu jalan keSyurga dan pertimbangan Allah yang maha Adil itu juga berbeza.Allah tak letakkan syarat masuk syurga bagi para Rasul, Nabi dan Wali itu sama dengan syarat kemasukan golongan biasa macam kita. tapi biasa2 pun payah kan?tak sebenarnye kalau kita mahu. KEMAHUAN mampu meroboskan segala pagar Kemasalan.percayalah. kalau tak percaya cuba tanya budak budak yang tengah struggle nak SPM.(hehehehe..ade yang terase ke?).
pokoknya saya rasa isu ni kene mengena dengan semua sebab saya percaya semua adalah pemimpin sekurang2nya pemimpin pada diri sendiri dan kita bertanggungjawab keatas pimpinan kita.Apatah lagi seorang ketua syarikat atau paling senang para bapa.binalah sebuah keluarga yang indah.kalau benar kita pernah melakukan kesilapan dalam hidup kerana tersalah memilih jalan dan pilihan kehidupan janganlah menarik sama ahli keluarga dan anak2 yan tak tau apa2 tu.mereka membesar dengan cara tanganmu melakar diatas kain putih mereka.
Ya Allah, panjang pulak aku menulis.yelah,, dah lama tak buat karangan BM. dah nak naik berkarat kepala ni. jangan macam tu. akal yang Allah bagi ni. tak lama. manfaatkan utk kebaikan.
Hemmmmmm........... bahasa orang muda memang susah nak faham.
ReplyDeleteumi.
MANTAP!!!!!
ReplyDelete-farah atika-
salam farah atika....orang mesir
ReplyDeletetak sangka sudi comment!
cekgu_zalina