Followers

Saturday, April 10, 2010

Dalam Jauh Kita Terasa dedikasi buat Pn Sofiah


Salam alaik,

Sajak karangan En Amin ini ditujukan khas buat Pn Sofiah yang akan bertugas ke Kementerian

Pn Sofiah menahan sebak, semasa ucapan terakhirnya kepada para pelajar SMKSI

Dalam Jauh Kita Rasa

Ini ucpan mesra daripada anak-anak dan setiakawan
keberangkatanmu atas nama mengelilingi pusingan hari
yang pergi tetapi jasanya masih berada di sini
yang dikenali bukan dengan wajah tetapi atas warkah dan aksara
yang disusun sehuruf demi sehuruf menjadi ucap dan suara
batini kita menyampaikan salam bahagia dan pesan seadanya
kepada dunia dan segala makna bahasa yang diajarnya!

Sekalung doa dan tahniah tetap iringkan juga, puan
hijrah adalah anugerah dan pertambahan rezki murah
rahmah dan redamu bakal menumpuki makna syukurmu
sedkit bukan ukuran banyak bukan kemegahan
pengiktirafan bermakna kata-katamu membias
dalam rona kertas yang bersuara ke langit jagatraya!

O guru yang berangkat tetapi wajahnya tetap tertera di layar mata
kirimkan terus suaramu ke cuping-cuping tugas nan setia
dan gendangan telinga tak lagi menangkap suaramu di corong juruacar
simpanlah kenangan itu di sebalik lembar-lembar seri nan indah ini
buat hari-hari esok untuk kaunukilkan suara batini kami
di sela-sela karyamu yang sekian banyak memperoleh pengiktirafan
kerana erti perpisahan itu sekadar jauh di mata tetapi dekat di hati
sekali gerimis, makna perpisahan esok lusa tetap hujan lagi

Biar semakin jauh
semakin jauh kita semakin hampir

Biar kita semakin jauh
dalam jauh kita terasa hampir sungguh

AMINHAD
SMK SERI INDAH
8 APRIL 2010

Panorama sekitar majlis perpisahan pn Sofiah

Hilang dah sudah tepat bermanja.... dan mengadu hal...

menerima sedikit cenderamata daripada warga SMKSI

dalam majlis potluck di bilik guru

En Amin, YM Raja Othman dan para pelajar mempersembahkan sesuatu untuk pn Sofiah.
Semoga Allah sentiasa merahmati Pn. Sofiah dan sentiasa maju jaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment